- Berita
- Kereta Baru
- Tempahan Suzuki Jimny 5 Pintu Kini Dibuka – Dilancarkan di Malaysia Tidak Lama Lagi
Tempahan Suzuki Jimny 5 Pintu Kini Dibuka – Dilancarkan di Malaysia Tidak Lama Lagi

Naza Eastern Motors (Suzuki Cars Malaysia) kini menerima tempahan untuk Suzuki Jimny 5 Pintu.
Pengimport dan pengedar rasmi kereta Suzuki di Malaysia, Naza Eastern Motors, akhirnya membuka tempahan untuk Suzuki Jimny 5 Pintu. SUV 4x4 yang lebih panjang daripada versi standard ini dijangka akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini.
-full.webp)
-full.webp)
Jimny 5 Pintu hadir dengan bentuk badan lebih panjang, untuk ruang kabin dan kargo yang lebih luas.
Diperkenalkan di India tahun lalu, Jimny 5 Pintu yang baharu merupakan versi lebih panjang dengan ukuran 3,985 mm (panjang), 1,645 mm (lebar), 1,720 mm (tinggi), dan jarak antara roda 2,590 mm. Jika dibandingkan dengan versi standard, Jimny 5 Pintu adalah 340 mm lebih panjang. Saiz tambahan ini memberikan penumpang belakang ruang yang lebih lapang dan selesa, serta kapasiti kargo yang lebih besar sehigga 211 liter.
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
Walaupun tampil lebih panjang, reka bentuk keseluruhan Jimny 5 Pintu masih sama seperti Jimny standard. Kekal retro dengan bentuk ‘kotak’ yang sinonim dengan model ini. Bagaimanapun, terdapat beberapa aksesori tambahan diberikan untuk Jimny 5 Pintu yang dipasarkan di negara India, iaitu kemasan krom tambahan pada gril hadapan, serta rim 15 inci dengan jejari berbentuk Y.
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
-full.webp)
Untuk kabinnya pula, Jimny 5 Pintu pasaran India dilengkapi dengan skrin infotainmen bersaiz 9 inci yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar. Ciri lain ialah sistem audio Arkamys, kamera undur, serta pelbagai ciri keselamaatan pasif yang penting seperti enam beg udara, ABS dengan EBD, kawalan kestabilan (ESC) dan banyak lagi.

-full.webp)
Dari segi enjin, Jimny 5 Pintu ini dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter K15B aspirasi natural yang sama dengan model tiga pintunya, menghasilkan 101 hp dan 130 Nm. Untuk pasaran India, enjin tersebut dihubungkan dengan transmisi manual lima kelajuan atau automatik empat kelajuan, yang memudahkan kuasa dihantarkan kepada sistem pacuan empat roda AllGrip Suzuki dengan transmisi julat rendah.
-full.webp)
-full.webp)
Model ini memiliki jarak kelegaan tanah 210 mm, membolehkannya digunakan untuk aktiviti off-road sebenar. Namun begitu, dengan badan yang lebih panjang, sudut sua (approach angle) dan sudut berlepas (departure angle) model ini masing-masing berkurang kepada 36 dan 47 darjah. Sebagai rujukan, Jimny 3 Pintu turut memiliki jarak kelegaan tanah 210 mm, tetapi dengan angka sudut sua dan sudut berlepas yang lebih baik, masing-masing pada 28 dan 49 darjah.
-full.webp)
-full.webp)
Jimny 5 Pintu dijangka akan dilancarkan di Malaysia pada suku ketiga tahun ini. Tempahan kini telah dibuka dan boleh dibuat melalui laman web rasmi Suzuki Cars Malaysia.
Laman web tersebut masih belum mendedahkan harga jualannya namun ia dijangka akan dipasarkan pada harga yang lebih tinggi berbanding Jimny standard yang berharga RM174,600.
Baca: [PANDU UJI] Suzuki Jimny Rhino – Model Retro & Ranggi Yang Seronok Dipandu
-full.webp)
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge