Tempoh Menunggu EV Pertama Xiaomi, SU7 Cecah 7 Bulan! – 88K Tempahan Dalam 24 Jam

Xiaomi memaklumkan kepada calon pembeli kereta sedan elektrik (EV) keluarannya, SU7 mungkin perlu menunggu lama sehingga tujuh bulan! Perkara tersebut yang dinyatakan dalam aplikasi rasminya membuktikan Xiaomi sedang rancak menerima tempahan EV pertama syarikatnya.
Minggu lalu, Xiaomi telah memulakan pengambilan pesanan untuk EV SU7 setelah mengumumkan harga model tersebut secara rasmi yang dijual pada harga serendah 215,900 Yuan (~RM141,500), lebih murah berbanding pesaingnya, Tesla Model 3.






Semakan oleh Reuters melalui aplikasi EV Xiaomi terdapat pengumuman bahawa tempoh penghantaran model Standard SU7 boleh mengambil masa sehingga 18 hingga 21 minggu, SU7 Pro 18-21 minggu dan varian tertinggi, SU7 Max, mengambil masa sehingga 27-30 minggu.


Dengan harga yang kompetitif, reka bentuk menarik dan teknologi canggih yang diketengahkan, model ini menerima 50,000 tempahan dalam tempoh 27 minit sejurus dilancarkan. Dalam tempoh 24 jam pertama pula, jumlah pra-pesanan yang terkumpul mencapai 88,898 unit!

Untuk pasaran China, SU7 ditawarkan dalam tiga varian dengan varian tertinggi menggunakan dua motor yang menggerakkan kesemua roda (AWD) dengan output 663 hp (495 kW) dan tork 838 Nm. Ini membolehkan kereta membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 2.78 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 265 km/j. Bateri varian paling berprestasi ini berkapasiti 101 kWj yang membolehkannya mencapai jarak EV maksimum 800 km (CLTC).

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge