ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Warga Asing Beli Lesen Dari Media Sosial, Guna Nama Penduduk Tempatan Yang 'Baik Hati'

Sofea Najmi

Kongsi melalui

ROHINGYA-motor-tanpa-lesen.jpeg


Ramai warga asing terutamanya Rohingya ditahan kerana menunggang motor tanpa lesen sah. (Foto: Kosmo)


Semakin hari semakin ramai warga asing menggunakan kenderaan tanpa lesen memandu sah. Rupanya yang menjadi punca adalah ‘perasaan simpati’ segelintir penduduk tempatan terhadap warga asing dan juga kerana adanya sindiket jualan lesen palsu dalam talian. 


Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Shahrul Azhar Mat Dali, menegaskan bahawa tindakan membantu warga asing  untuk menggunakan atau mendapatkan kenderaan tanpa lesen sah adalah salah kerana ia boleh menyebabkan kes ini semakin meruncing.


Beliau menyatakan bahawa dalam satu operasi yang dilakukan baru-baru ini, 23 warga asing, kebanyakannya etnik Rohingya, telah ditahan kerana menunggang motosikal tanpa lesen sah, dengan beberapa daripada mereka memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).


Pemilik sebenar motosikal yang digunakan oleh warga asing juga akan dikenakan tindakan sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang jalan raya, termasuk terlibat dalam kemalangan.


Lesen-palsu.png


Lesen memandu palsu yang dirampas daripada seorang warga Vietnam (Foto: BH)


Turut dikesan ialah seorang warga asing dari Vietnam yang memandu kereta Perodua Myvi menggunakan lesen palsu yang dibeli daripada sindiket di media sosial dengan bayaran kira-kira RM2,000. 

"Ketika pemeriksaan dilakukan, kita mengesyaki lesen itu mencurigakan dan menahan lelaki Vietnam itu untuk membantu siasatan.

"Lesen memandu itu kemudian dihantar ke Jabatan Kimia dan didapati palsu," katanya.

Shahrul Azhar juga menyatakan bahawa pada tahun lalu, sebanyak 3,756 notis saman dikeluarkan kepada warga asing dan 939 kenderaan disita, manakala pada tahun ini sehingga bulan lalu, sebanyak 580 notis saman telah dikeluarkan dan 145 kenderaan disita.

Sumber: Kosmo, BH

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR5617

SELANGOR

BSU153

JOHOR

JE7720J

PULAU PINANG

PSF8374

PERAK

APL7186

PAHANG

CFH8390

KEDAH

KGJ2580

NEGERI SEMBILAN

NEM748

KOTA KINABALU

SJU2793

KUCHING

QAB6255P

Terakhir Kemas Kini 28 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

24-09-2026
Berita Auto

15-09-2026
Berita Auto

09-09-2026
Berita Auto

08-09-2026
Berita Auto

25-05-2026
Berita Auto

21-05-2026
Berita Auto

19-02-2026
Berita Auto

28-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto

JSPT Uji 3 Model Harley-Davidson

JSPT Uji Motosikal Harley-Davidson untuk Penguatkuasaan

25-09-2026
Berita Auto

Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi

Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.

25-09-2026
Berita Auto

Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing

Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.

25-09-2026
Berita Auto

F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma

Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.

24-09-2026
Berita Auto

Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera

Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.

24-09-2026
Berita Auto

Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan

Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.

24-09-2026
Berita Auto

Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026

Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.

24-09-2026
Berita Auto

Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan

Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.

24-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.