ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Chery Tiggo 8 Pro Max Raih ANCAP 5 Bintang!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Chery-Tiggo8ProMax-ANCAP-(1).jpg

Chery Tiggo 8 Pro Max untuk pasaran Australia terima penarafan lima bintang dalam ujian pelanggaran ANCAP.

Chery Tiggo 8 Pro Max berjaya meraih penarafan lima bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu Australasia (ANCAP). SUV bersaiz sederhana keluaran syarikat automotif China ini menyertai model lain seperti Tiggo 7 Pro dan Omoda 5 yang telah berjaya mendapatkan skor penuh dalam penilaian keselamatan sama sebelum ini. 


Chery-Tiggo8ProMax-ANCAP-(2).jpg


Penarafan lima bintang yang diterima oleh Tiggo 8 Pro Max versi Australia diberikan untuk kesemua varian SUV tersebut. SUV tiga baris ini mencatatkan skor 88% dalam kategori perlindungan penumpang dewasa, 87% dalam kategori perlindungan penumpang kanak-kanak, 79% dalam kategori perlindungan pengguna jalan dan 86% dalam kategori sistem bantuan keselamatan.


Chery-Tiggo8ProMax-ANCAP-Details-(4).jpgChery-Tiggo8ProMax-ANCAP-Details-(3).jpg


Secara spesifik, Tiggo 8 Pro Max menerima 5.49 daripada 8 mata dalam ujian perlindungan penumpang dewasa, ujian sudut hadapan sepenuhnya mencatatkan 7.48 daripada 8 mata, ujian tiang miring (oblique pole test) menyaksikan Tiggo 8 Pro Max mengumpulkan 4.84 daripada 6 mata, dan perlindungan kesan hentakan (whiplash) mendapat 3.52 daripada 4 mata. Seterusnya, ujian impak sisi dan impak sisi jauh masing-masing mencatatkan mata penuh iaitu 6 dan 4 mata. 


Chery-Tiggo8ProMax-ANCAP-(3).jpg


Bagi perlindungan penumpang kanak-kanak, SUV ini menerima 15.70 daripada 16 mata untuk ujian dinamik hadapan dan 7.62 daripada 8 mata untuk ujian dinamik sisi. Pemasangan restraint memberikannya 11.43 daripada 12 mata dan ciri-ciri keselamatan dalam kenderaan pula menerima 8 daripada 13 mata. 


Bagaimanapun, Tiggo 8 Pro Max tidak dilengkapi dengan cangkuk penambat atas (top tether anchor) untuk tempat duduk barisan ketiga yang menjadikannya tidak sesuai untuk meletakkan kerusi khas kanak-kanak. 


Chery-Tiggo8ProMax-ANCAP-Details-(9).jpgChery-Tiggo8ProMax-ANCAP-Details-(8).jpg


Mengenai sistem bantuan keselamatan, Tiggo 8 Pro Max berjaya mendapat satu mata penuh untuk peringatan tali pinggang, 1.65 daripada 2 mata untuk pemantauan pemandu dan 2.45 daripada 3 mata untuk sistem bantuan kelajuan. Ini diikuti dengan ujian berkaitan AEB, di mana SUV ini mendapat 3.60 daripada 4 mata untuk AEB kereta ke kereta, 3.08 daripada 4 mata untuk AEB simpang dan lintasan, 0.75 daripada 1 mata untuk AEB berdepan (head-on) dan 3 mata penuh untuk sistem sokongan lorong.


Chery-Tiggo8Pro-Ext-1.jpgChery-Tiggo8Pro-Ext-15.jpg


Chery Tiggo 8 Pro versi CKD untuk pasaran Malaysia. 


Di Malaysia, Chery Tiggo 8 Pro yang dikeluarkan dari kilang CKD di Inokom Kulim telah berada di pasaran selama hampir setahun. Berbeza dengan Tiggo 8 Pro Max untuk pasaran Australia, Tiggo 8 Pro yang dijual di Malaysia hadir dalam versi pacuan roda hadapan (FWD) dan bukannya empat roda (AWD), ciri lain seperti penggunaan enjin petrol turbo 2.0 liter 4 silinder adalah sama. 

Chery-Tiggo8Pro-Ext-11.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN7425

SELANGOR

BST4359

JOHOR

JD5680J

PULAU PINANG

PSF3086

PERAK

APL2341

PAHANG

CFH6187

KEDAH

KGH8563

NEGERI SEMBILAN

NEL6817

KOTA KINABALU

SJT8784

KUCHING

QAB5107P

Terakhir Kemas Kini 03 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Chery Tiggo 8 2026 Dilancarkan, Harga Lebih Murah

Chery melancarkan secara rasminya Chery Tiggo 8 2026 ke pasaran tempatan baru-baru ini.

19-01-2026
Global

Imej Chery Tiggo 8 Generasi Terbaru Didedahkan Di China – Ada 2 'Wajah' Berbeza?

Chery akhirnya mendedahkan imej rasmi Tiggo 8 generasi kedua di China. SUV bersaiz sederhana ini tampil dengan ukuran yang lebih gah dan dua rekaan sudut hadapan berbeza.

29-09-2025
Global

Auto Shanghai 2025: Chery Tiggo 8 PHEV Bakal Masuk Malaysia?

Chery Tiggo 8 ini akan didedahkan di Malaysia pada bulan depan.

25-04-2025
Berita Auto

Chery Jual Lebih 1.2 Juta Unit Tahun 2022! Lebih 451K+ Unit Dieksport!

Syarikat automotif daripada negara China ini mencapai jumlah jualan lebih daripada 1 juta unit dalam tempoh setahun,

16-01-2023
Global

Chery Tiggo 7 Pro Raih ANCAP 5 Bintang! Lepas Ujian Ketat

Chery Tiggo 7 Pro mencapai penarafan bintang lima dalam Program Penilaian Kenderaan Baharu Australia (ANCAP). Ini pecahan skor diterima...

29-12-2023
Global

GWM Tank 500 Raih ANCAP 5 Bintang! Ada Sensor Kesan Kehadiran Kanak-Kanak Dalam Kereta

GWM Tank 500 baru-baru ini telah meraih penarafan keselamatan lima bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu Australasian (ANCAP).

29-05-2024

Berita Terkini

Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.