Setelah 119 Tahun, Geneva Motor Show Dibatalkan Selamanya

Pameran automotif tertua di dunia, Geneva International Motor Show (turut dikenali sebagai Geneva Salon) yang telah mencapai usia 119 tahun kini hanya tinggal sejarah. Setelah lebih daripada satu abad, pihak penganjur mengumumkan bahawa pameran tersebut dibatalkan untuk selamanya.
Pengumuman tersebut dibuat melalui laman Facebook rasmi mereka baru-baru ini, menurutnya, “Setelah dipertimbangkan, kami terpaksa membuat keputusan yang sukar iaitu untuk menghentikan Geneva Salon berikutan cabaran dan saingan yang semakin sengit.”
Sejak pandemik Covid-19, pameran tersebut telah berhadapan dengan kesukaran untuk bangkit kembali. Acara itu pernah dibatalkan pada tahun 2020 dan diadakan kembali pada tahun 2024, namun kemeriahannya tidak sama seperti dahulu.
Ketiadaan nama-nama automotif besar dunia seperti BMW, Mercedes-Benz, Ford, Toyota, Hyundai dan Volkswagen Group membuktikan bahawa pameran itu tidak lagi ‘hidup’ seperti yang diharapkan. Dalam acara yang dianjurkan pada awal tahun ini, kebanyakan jenama yang hadir ialah pengeluar automotif China.


Geneva International Motor Show yang pada suatu ketika dahulu pernah menjadi platform penting pengeluar kereta Eropah, menyaksikan penurunan jumlah kehadiran yang mendadak dengan hanya 168,000 pengunjung sepanjang tempoh acara yang diadakan daripada 26 Februari hingga 3 Mac lalu.
Bagaimanapun, pada tahun 2023, penganjur pernah mengadakan acara berasingan di Qatar yang menerima sambutan menggalakkan. Berita baiknya, acara spin-off bagi pameran automotif Geneva ini akan diadakan lagi di Qatar pada masa akan datang, dijangka pada November 2025.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
