Isuzu D-Max Facelift 2024 Kini Rasmi di Malaysia – 5 Varian, Harga Dari RM98K

Isuzu Malaysia sebentar tadi baru sahaja melancarkan Isuzu D-Max Facelift 2024, sejak dilancarkan buat pertama kalinya pada tahun 2019, D-Max generasi ketiga kini diberikan kemas kini rekaan, kabin dan pelbagai lagi ciri lain yang menjadikannya kekal relevan dan menarik kepada peminat trak pikap. Lima varian ditawarkan dengan gaya badan single dan dual cab pada harga bermula daripada RM98,949.20.
TRENKUASA & PRESTASI
Varian tertinggi, X-Terrain, dikuasakan oleh enjin 3.0 liter turbodiesel 4 silinder dengan output 188 hp (140 kW) dan tork 450 Nm. Varian lebih rendah pula menggunakan enjin 1.9 liter turbodiesel 4 silinder yang menghamburkan kuasa sebanyak 148 hp (110 kW) dan 350 Nm. Kuasa untuk kesemua varian disalurkan kepada roda melalui sama ada transmisi manual 6 kelajuan atau automatik 6 kelajuan dengan pilihan driveline 4x2 dan 4x4.

Ciri pemanduan 4x4 generasi kali ini telah diperbaik yang mana sekiranya tayar kehilangan cengkaman pada permukaan jalan, differential lock bahagian belakang akan diaktifkan, membolehkan intervensi sistem brek pada tayar yang terangkat dan menyalurkan tenaga kepada tayar lain, sekaligus meningkatkan cengkaman kenderaan di laluan off-road.
Ciri 'Rough Terrain Mode’ juga satu penambahan baharu pada generasi ini, membolehkan pembrekan yang optimum dan kawalan enjin yang lebih baik semasa pemanduan off-road. Kenderaan secara automatik akan mengawal output enjin dan brek bagi mengekalkan rpm tayar, memudahkan lagi kawalan kenderaan kerana hanya dengan tekanan pedal, sudah memberikan traksi yang cukup untuk menggerakkan kenderaan di permukaan jalan yang tidak rata.
REKA BENTUK ISUZU D-MAX 2024





Dari segi dimensi, trak pikap ini berukuran 5,305 mm panjang, 1,880 mm lebar, 1,810 mm tinggi dan dengan jarak antara roda 3,125 mm.
Menurut Isuzu, tiga konsep utama yang digunakan dalam reka bentuk model kali ini ialah ‘Kuat & Agresif,’ ‘Sporty,’ dan ‘Futuristik & Digital.’ Perbezaan utama dapat dilihat pada bonet yang bahagian tengahnya ditimbulkan ke atas, menjadikan gril hadapan kelihatan lebih lebar dan tinggi. Lampu depannya kini lebih moden dan sporty, yang mana lampu nyalaan siang (DRL) terletak kemas di atasnya. Selain itu, lingkungan rodanya juga lebih lebar dengan rekaan jejari baharu.


Bergerak ke bahagian belakang, ciri paling menyerlah ialah lampu yang direka seperti sayap burung, menonjolkan lagi kelebaran trak ini. Tailgate traik ini juga telah diperbaharui kerana kini boleh dikunci.
KABIN




Bergerak masuk ke bahagian dalam Isuzu D-Max Baharu, terserlah aura sofistikated daripada penggunaan warna, kemasan dan kelengkapan yang diberikan. Kemasan yang digunakan di sekitar panel instrumen, panel pintu dan tempat duduk diberikan unsur rekaan origami Miura untuk gaya yang lebih mewah.
Kluster panel instrumennya kini berbentuk U, seragam dengan reka bentuk skrin infotainmen. Sementara itu, skrin infotainmen kini berukuran 10 inci.
CIRI KESELAMATAN

D-Max kali ini dipasangkan dengan kamera stereo yang canggih dengan keluasan pandangan 120 darjah. Kamera ini dapat mengesan lebih bayak objek termasuk pejalan kaki kanak-kanak, mengaktifkan brek secara automatik, fungsi sama turut ditawarkan di bahagian belakang, dengan respons yang lebih pantas.
Selain itu, elemen pemanas ditambah pada sekeliling kamera untuk mengelakkan kamera kabur sekiranya udara sejuk.
HARGA
Isuzu D-Max Baharu ditawarkan pada harga bermula daripada RM98,949.20 untuk 1.9 Single Cab dan RM 157,938.40 untuk X-Terrain, harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan tidak termasuk insurans. Berikut adalah senarai lengkap harganya untuk Semenanjung Malaysia:
- 1.9L 4x4 MT Single Cab: RM98,949
- 3.0L 4x4 MT Single Cab: RM105,888
- 1.9L 4x4 AT Standard: RM116,999
- 1.9L 4x4 MT Standard: RM109,599
- 1.9L 4x2 Auto Plus: RM109,499
- 1.9L 4x4 AT Premium: RM134,649
- 3.0L 4x4 AT Premium: RM141,138
- 3.0L 4x4 AT X-Terrain: RM157,938
Pembelian adalah termasuk waranti selama 7 tahun tanpa had perbatuan khas bagi varian 3.0 X-Terrain dan 5 tahun atau 150,000 km untuk varian lebih rendah.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel
Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.
28-08-2026
Kebangkitan Isuzu D-MAX 2.2L Baharu: Penguasaan Pasaran Melonjak
Sentuhan Enjin 2.2L Baharu, Penangan Isuzu D-MAX Gegarkan Pasaran Tempatan.
04-08-2026
Berita Baik, Pusat 3S Isuzu Jalan Tun Razak Dibuka
Lebih Besar & Canggih! Isuzu Autoexec Corporation Kini Beroperasi Di Jalan Tun Razak.
22-04-2026
Isuzu Malaysia Terus Kebal! Dominasi 56% Pasaran Trak Komersial
Di sebalik trend permintaan yang semakin berkurang terhadap kenderaan diesel, Isuzu Malaysia membuktikan jenamanya tetap menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.
03-02-2026
Isuzu D-Max Laris Di Pasaran, Capai 3,081 Unit Dalam 6 Bulan
Isuzu Malaysia mengumumkan bahawa jualan model pikap terlaris jenamanya, Isuzu D-Max, telah mencapai angka 3,081 unit sepanjang enam bulan pertama tahun 2025.
29-07-2025
Pengeluaran Isuzu D-Max EV Dimulakan – Dua Motor, 66.9 kWj, Cecah 361 KM
Isuzu secara rasmi memperkenalkan trak pikapnya yang terlaris di pasaran, D-Max, dalam versi elektrik (EV).
02-05-2025
Isuzu D-Max 'Tawan' Pasaran Trak Pikap Sebab Jimat Minyak?
Ramai beli Isuzu D-Max sebab jimat minyak, cukai jalan murah dan kos selenggara murah.
21-04-2025
Dilancar: Isuzu D-Max Low-Ride 4X2 MT, Harga Mampu Milik
Tarikan utamanya ialah bahagian ruang muatan barangan kerana berada di kedudukan lebih rendah.
26-02-2025
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

