ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

smart #3 Sudah Boleh Ditempah, Harga Marhaen

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

smart Malaysia memperkenalkan smart #3 SUV Coupe pada Malaysia Autoshow 2024 yang diadakan di MAEPS, Serdang, Selangor.

Di sebalik pengenalan smart#3 itu ke pasaran tempatan, tempahan untuk jentera comel ini juga sudah dibuka.

Dikhabarkan, pelanggan yang membuat tempahan awal berpeluang menerima barangan rasmi smart eksklusif bernilai sehingga RM1,500.

image.png

Bagaimanapun, tawaran ini  terhad ini dikhaskan kepada 333 pelanggan pertama, dengan bayaran tempahan RM1,000 yang boleh dikembalikan semula.

Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang berkata, beliau sangat berbesar hati menyambut kedatangan smart #3 ke dalam portfolio smart.

“Pengumuman mengenai tawaran smart #3 ini sebenarnya membuka peluang kepada para pelanggan untuk menjadi pemilik terawal smart #3. 

“Penghantaran smart#3 akan dibuat bagi suku ketiga tahun ini. Jadi, 13 pengedar rasmi smart telah bersedia sepenuhnya dalam menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan,” katanya.

Untuk makluman anda, smart #3 didatangkan dalam  3 varian iaitu varian BRABUS, Premium dan Pro.

Varian seperti BRABUS dan Premium, kedua-duanya menawarkan pengecas AC 22kWj yang terbaik dalam segmennya dengan keupayaan untuk mengecas bateri anda dari 10% hingga 80% dalam masa kurang dari 3 jam. 

Brabus mampu memecut dari 0-100km/j yang mengagumkan dan mencapai Mod Rocket Launch dalam masa 3.7 saat. 

Untuk memberi kuasa kepada prestasi luar biasa ini, smart #3 BRABUS dilengkapi kuasa pemanduan dwi-motor dengan pacuan empat roda (AWD) 315kW/543Nm, bagi memastikan pengendalian dan daya cengkaman yang luar biasa dan dapat memberikan jarak gerak sehingga 415km.

Selain itu, smart #3 juga sudah menambah baik teknologi keselamatan terkini, dengan menempatkan  23 sensor berketepatan tinggi yang menyokong 21 fungsi ADAS demi memastikan keselamatan pemandu di jalan raya.

Sementara itu, smart #3 Premium pula menampilkan bumbung panaromik Halo,  CyberSparksLED+ dengan bantuan lampu adaptif,  gril depan jenis bercahaya, dan pek bateri NCM 66kWj. 

Ia dilengkapi dengan motor 200kW/343Nm yang memacu roda belakang kenderaan, sekali gus memberikan jarak  sehingga 455km dengan hanya sekali cas.

Apa yang cukup menarik ialah smart Malaysia memperkenalkan struktur harga baharu mampu milik untuk model smart #1 Premium dan Pro.

Penyesuaian strategik ini selari dengan harga dari smart Global, dalam mencerminkan komitmen mereka untuk menyediakan nilai yang hebat dan memupuk inklusiviti dalam komuniti smart. 

image.png

Demi menghargai para pelanggan smart, smart Malaysia menawarkan pakej servis kenderaan 4 tahun secara percuma kepada pemilik sedia ada smart #1 Premium dan Pro. 

Harga Baru OTR (tanpa insurans) untuk smart #1 Premium dan Pro - dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan adalah seperti berikut:

smart #1 Premium RM209,000

smart #1 Pro RM169,000

Bagi yang berminat, anda boleh menghubungi pengedar rasmi smart untuk mengetahui lebih lanjut mengenai smart #3 atau memuat turun Aplikasi Hello smart dari Apple App Store, Google Play Store, dan Huawei App Gallery untuk membuat tempahan #3. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://my.smart.com/#/.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

24-12-2025
Global
Kereta Baru

14-11-2025
Kereta Baru

10-11-2025
Kereta Baru

28-08-2025
Berita Auto

08-08-2025
EV

09-05-2025
Berita Auto

15-02-2025

Berita Terkini

EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.