Jenama EV Zeekr Bakal Masuki Pasaran Malaysia Di Bawah Sentinel Automotive
-full_normal.webp)
Pengeluar kenderaan elektrik (EV) premium China, Zeekr, dijangka akan melangkah masuk ke dalam pasaran Malaysia tahun ini selepas mengadakan acara pratonton untuk rakan kongsi perniagaan dan pelabur berpotensi di Kuala Lumpur.
Rakan Niaga Tempatan Telah Dipilih?
Bertentangan dengan jangkaan sebelum ini yang menyebut PRO-NET akan mengendalikan jenama tersebut, Zeekr telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Sentinel Automotive Sdn Bhd untuk pasarannya di Malaysia, dedah CarNewsChina.
Kenapa Tidak Memilih PRO-NET?
Tindakan ini mungkin dibuat kerana PRO-NET kini disibukkan dengan model elektriknya sendiri, smart dan juga model elektrik akan datang daripada Proton. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa Geely memilih untuk melantik sebuah entiti baharu bagi menguruskan Zeekr di Malaysia.
Baca: Proton Bakal Keluarkan 7 Kereta Elektrik Termasuk Persona, Iriz, Exora & Saga?
Baca: Projek Solar PROTON Berjaya Jimatkan Elektrik Lebih RM10 Juta
Sentinel Automotive Sdn Bhd

Apa yang kita tahu setakat ini mengenai Sentinel Automotive Sdn Bhd? Maklumat daripada pangkalan data Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendedahkan segalanya.

Pengasas Lotus Kars, Mohammed Reza Abdul Mutalib (kiri) semasa majlis pelancaran Lotus Eletre tahun lepas.
Sentinel Automotive Sdn Bhd dimiliki sepenuhnya oleh Karrus Automotive, yang ditubuhkan oleh Mohammed Reza Abdul Mutalib, yang juga pengasas Lotus Karz, pengimport rasmi kenderaan Lotus di Malaysia, lapor SoyaCincau.
Barisan Model Yang Bakal Dilancarkan Di Malaysia
CarNewsChina melaporkan bahawa Zeekr akan memperkenalkan dua model EV untuk pasaran pemanduan sebelah kanan (RHD) seperti Malaysia, Singapura dan Indonesia iaitu crossover elektrik, Zeekr X dan MPV elektrik, Zeekr 009.
Crossover EV: Zeekr X


Dibangunkan berdasarkan platform SEA Geely, Zeekr X ialah SUV crossover elektrik dalam segmen B yang dibina berdasarkan platform SEA seperti smart #1. Di China, ia ditawarkan dalam beberapa pilihan iaitu sama ada versi motor tunggal, pacuan roda belakang (AWD) dan dua motor, pacuan semua roda (AWD) yang dikuasakan oleh bateri NMC berkapasiti 66 kWj. Bateri ini boleh dicas dengan pengecas AC 22 kW dan DC 150 kW, seperti smart #1.
MPV EV: Zeekr 009


Juga berdasarkan platform SEA Geely, Zeekr 009 ditawarkan di pasaran China dalam versi trenkuasa dua motor AWD dengan output 536 hp (400 kW), dikuasakan oleh bateri CATL yang berkapasiti 116 kWj atau 140 kWj, memberikan kenderaan kemampuan untuk mencapai jarak EV maksimum sehingga 822 km (CLTC).
Cawangan Pertama Zeekr Di Malaysia
Zeekr dan Sentinel Automotive kini sedang bersedia untuk menerima kedatangan kedua-dua model ini di Malaysia. Menurut CarNewsChina, cawangan pertama Zeekr akan dibuka di Kuala Lumpur, diikuti oleh bandar-bandar lain di Selangor dan Pulau Pinang dalam tahun ini. Memandangkan penghantaran Zeekr X dan 009 dijadualkan untuk bermula pada suku ketiga tahun ini, kita boleh menjangkakan pelancaran jenama ini di negara kita akan diadakan tidak lama lagi.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN5207
SELANGOR
BST3938
JOHOR
JD4737J
PULAU PINANG
PSF2572
PERAK
APL1882
PAHANG
CFH5991
KEDAH
KGH8048
NEGERI SEMBILAN
NEL6518
KOTA KINABALU
SJT8553
KUCHING
QAB4992P
Terakhir Kemas Kini 30 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat
Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.
20-04-2026
Zeekr Malaysia Bakal Dominasi 2026? 3 Model Baharu, SUV 1,400 HP, CKD
Zeekr Malaysia mengesahkan rancangannya untuk melancarkan tiga model baharu sepanjang tahun 2026.
13-02-2026
Stok 2025 Dah Licin! Zeekr 7X Kini Dari RM182,800, Lebih Tinggi, Tapi Masih Berbaloi?
Zeekr Malaysia secara rasmi telah mengumumkan harga terkini bagi model SUV elektrik Zeekr 7X bagi tahun 2026.
09-02-2026
Imej Rasmi SUV Zeekr 8X PHEV Didedahkan, Bakal Dilancar Separuh Pertama Tahun 2026
Zeekr, telah menyiarkan beberapa imej rasmi SUV hibrid plug-in (PHEV) terbaharunya, Zeekr 8X.
22-01-2026
Imej Teaser Zeekr 8X PHEV Didedah, Bakal Dilancarkan Tahun Ini
Jenama NEV premium dari China, Zeekr, mendedahkan imej teaser SUV PHEV berprestasi tinggi terbaharunya, yang dikenali sebagai Zeekr 8X.
06-01-2026
Siti Nurhaliza, Pemilik Zeekr 7X Yang Ke-2,000
Penyanyi nombor satu di Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi pemilik Zeekr 7X yang ke-2,000 baru-baru ini.
22-12-2025
Berita Terkini
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat