ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Imej Rasmi SUV Zeekr 8X PHEV Didedahkan, Bakal Dilancar Separuh Pertama Tahun 2026

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas beberapa  teaser didedahkan di media sosial, jenama NEV premium dari China, Zeekr, telah menyiarkan beberapa imej rasmi  SUV hibrid plug-in (PHEV) terbaharunya, Zeekr 8X, baru-baru ini.

Zeekr 8X dikatakan akan membuat pelancaran rasminya pada separuh pertama tahun 2026.

Sekilas pandang, jelas kelihatan persamaan reka bentuk antara 8X dan 9X, khususnya di bahagian hadapan di mana 8X turut menggunakan gril hadapan gaya “waterfall” dengan kemasan krom, yang diapit oleh sepasang lampu hadapan LED berbentuk C.

Beberapa elemen krom turut kelihatan pada bampar hadapan serta bingkai tingkap, manakala pelanggan boleh memilih rim aloi bersaiz 20, 21 atau 22 inci untuk SUV ini.

image.png

Dilihat dari sisi, 8X menampilkan gaya badan SUV yang lebih bulat berbanding 9X yang lebih berkotak dan bersegi, sekali gus menjadikannya kelihatan sama dengan model seperti Toyota Century SUV dan Bentley Bentayga.

Dari segi dimensi, Zeekr 8X juga setanding dengan kedua-dua pesaing tersebut, dengan panjang 5,100 mm, lebar 1,998 mm, dan tinggi 1,780 mm, serta jarak roda 3,069 mm.

Menjengah bahagian belakang, 8X dilengkapi lampu belakang LED penuh lebar dengan hujung berbentuk C yang sepadan dengan lampu hadapan.

image.png

Zeekr mendakwa ia hadir dengan lebih 50,000 faset berbentuk berlian bagi menghasilkan identiti pencahayaan yang unik. Ciri luaran lain yang menonjol termasuk papan sisi elektrik, cangkuk tunda boleh tarik berkuasa di bahagian belakang, serta pelbagai kekengkapan lain.

Walaupun imej dalaman belum didedahkan buat masa ini, Zeekr memaklumkan bahawa 8X akan ditawarkan dalam konfigurasi lima dan enam tempat duduk, dan dijangkakan versi enam tempat duduk akan disusun merentasi tiga baris tempat duduk.

image.png

Bagi rangkaian kuasa pula, pemfailan dengan Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat China (MIIT) mendedahkan bahawa 8X berkongsi platform SEA-S serta sistem rangkaian kuasa PHEV yang sama dengan  9X. Ia menampilkan enjin petrol 2.0 liter empat silinder turbo sebagai teras, dengan kuasa 275 hp. Pembeli boleh memilih antara bateri 55.1 kWh atau 70 kWh, di mana bateri yang lebih besar mampu menawarkan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 328 km (WLTC).

image.png

Namun begitu, masih belum dapat dipastikan sama ada 8X akan ditawarkan dengan konfigurasi tiga motor elektrik serta keupayaan pengecasan 6C seperti yang terdapat pada 9X, yang membolehkan SUV tersebut menghasilkan kuasa gabungan sehingga 1,381 hp (1,030 kW).

Seperti yang disebutkan sebelum ini, Zeekr 8X dijadualkan membuat kemunculan rasmi pada separuh pertama tahun 2026. Namun, lebih banyak maklumat mengenai SUV PHEV mercu tanda baharu ini dijangka akan didedahkan dari semasa ke semasa.




Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VSB3490

SELANGOR

BSV4164

JOHOR

JJ3324J

PULAU PINANG

PSH6951

PERAK

APN3497

PAHANG

CFJ5121

KEDAH

KGK395

NEGERI SEMBILAN

NEM7309

KOTA KINABALU

SJV3892

KUCHING

QAB1400Q

Terakhir Kemas Kini 27 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Zeekr Lounge X Park Sunway Serene Dibuka, Pengecas 480kW, RM 1.20/kWh

Zeekr Lounge X Park Sunway Serene Dibuka, Pengecas 480kW, RM 1.20/kWh

Zeekr Lounge Dibuka Di PJ: Cas EV 480kW Hanya RM1.20/kWh.

23-11-2026
Tips
Kereta Terpakai Anda Mungkin Bernilai Lebih Daripada  Anda Fikirkan. Ini Apa Yang 10 Pemilik Dapat Melalui Konsainan

Kereta Terpakai Anda Mungkin Bernilai Lebih Daripada Anda Fikirkan. Ini Apa Yang 10 Pemilik Dapat Melalui Konsainan

Mahu menjual kereta terpakai anda di Malaysia? Lihat apa yang diterima oleh 10 pemilik melalui konsainan CariCarz AutoMall, daripada Axia hinggalah Zeekr.

26-10-2026
Global
Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?

Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?

Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027

21-10-2026
Global
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat

Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat

Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.

20-04-2026
Berita Auto
Zeekr Malaysia Bakal Dominasi 2026? 3 Model Baharu, SUV 1,400 HP, CKD

Zeekr Malaysia Bakal Dominasi 2026? 3 Model Baharu, SUV 1,400 HP, CKD

Zeekr Malaysia mengesahkan rancangannya untuk melancarkan tiga model baharu sepanjang tahun 2026.

13-02-2026
EV
Stok 2025 Dah Licin! Zeekr 7X Kini Dari RM182,800, Lebih Tinggi, Tapi Masih Berbaloi?

Stok 2025 Dah Licin! Zeekr 7X Kini Dari RM182,800, Lebih Tinggi, Tapi Masih Berbaloi?

Zeekr Malaysia secara rasmi telah mengumumkan harga terkini bagi model SUV elektrik Zeekr 7X bagi tahun 2026.

09-02-2026
EV
Spek Zeekr 8X Didedahkan, Bateri 70kWj, Gerak EV 328KM

Berita Terkini

Global
Jetour TX EV Dilancar: SUV Elektrik Lasak - RM55k

Jetour TX EV Dilancar: SUV Elektrik Lasak - RM55k

Jetour TX EV Rasmi Tiba, Saingan Baharu SUV Kompak.

25-11-2026
Global
Guna 2 Tayar! BYD Denza B5 Berjaya Tarik Boeing 747

Guna 2 Tayar! BYD Denza B5 Berjaya Tarik Boeing 747

SUV BYD Denza B5 Cipta Rekod Tarik Pesawat Seberat 180 Tan.

25-11-2026
Global
Panggil Balik  Beg Udara Takata Honda & Toyota 2026: 1.6 Juta Kenderaan Terjejas

Panggil Balik Beg Udara Takata Honda & Toyota 2026: 1.6 Juta Kenderaan Terjejas

Beg Udara Takata, Honda Toyota beberapa model yang terjejas.

24-11-2026
Global
296 Challenge Stradale: Jentera Litar Ferrari Sah Di Atas Jalan

296 Challenge Stradale: Jentera Litar Ferrari Sah Di Atas Jalan

Ferrari dedah 296 Challenge Stradale sah jalanan dan 296 Challenge Evo 2027. Tampil dengan enjin V6 700 hp tanpa hibrid dan berat ringan 1,330 kg.

23-11-2026
Global
Bahana Lumba Di Negara Orang, Melayang RM1,447

Bahana Lumba Di Negara Orang, Melayang RM1,447

Pelancong Malaysia Disaman Gara-Gara Buat Onar Di Negara Orang.

16-11-2026
Global
Isu Gandar Belakang Chery Omoda 5 Makin Merebak

Isu Gandar Belakang Chery Omoda 5 Makin Merebak

Selepas Malaysia, Beberapa Negara Lain Pula Umum 'Recall' Chery Omoda 5 Kerana Isu Gandar Belakang.

13-11-2026
Global
Syarat Baharu Thailand: Pandu Kereta Pinjam Kena Surat Mahkamah

Syarat Baharu Thailand: Pandu Kereta Pinjam Kena Surat Mahkamah

Ada Sebabnya Kastam Thailand Ketatkan Syarat Kenderaan Rentas Sempadan.

10-11-2026
Global
Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia

Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia

Rupanya Bukan Tercabut Sendiri Tetapi Terlanggar Susur.

06-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.