Ramai Minat Dengan Proton X50?

Proton meletakkan sasaran untuk menjual 2,500 unit setiap bulan model Proton X50 2024 yang baru dilancarkan, pagi tadi
Angka itu dilihat berasas memandangkan sambutan yang cukup menggalakkan terhadap model sedia ada.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, Proton X50 mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan sejak pelancaran model sebelumnya pada Oktober 2020, dan kekal menjadi antara model Proton paling mendapat pilihan sehingga kini.

"Walaupun (2024) X50 ini nampak sama pada luarannya, namun sebenarnya terdapat kira-kira 20 penambahbaikan (dilakukan) melibatkan noise, vibrations and harshness (NVH) untuk keselesaan pelanggan.
"Kita juga tekankan semula mengenai sistem keselamatan kenderaan yang membantu pemandu dan penumpang Proton X50 ini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan model baharu Proton X50 2024, di ibu pejabat Proton, Shah Alam.
Menurutnya, model Proton X50 2024 ini juga akan dieksport ke 11 negara sedia ada yang berada dalam portfolio eskport syarikat tersebut.

"(Proton) X50 juga mendapat sambutan yang baik di beberapa negara luar seperti Brunei, Afrika Selatan, Bangladesh dan juga Pakistan. Malangnya disebabkan Pakistan kini mengalami krisis ekonomi, ia telah merencatkan sedikit jualan kita di sana," katanya.
Untuk makluman Proton X50 2024 didatangkan dalam 4 varian: 1.5T Standard - RM 86,300, 1.5T Executive - RM93,300, 1.5TPremium - RM101,800 dan 1.5 TGDi Flagship - RM113,300.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6081
SELANGOR
BSR5144
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6847
PERAK
APJ7414
PAHANG
CFH1307
KEDAH
KGG9647
NEGERI SEMBILAN
NEK8743
KOTA KINABALU
SJS9915
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026
PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.
02-07-2026
Bukan Sekadar Jual Kereta, Proton Iktiraf 97 Perunding Jualan Terbaik
PROTON mengiktiraf 97 perunding jualan terbaik dari seluruh negara menerusi program Elite Sales Achiever (ESA) Award Trip 2026 di Phuket.
01-07-2026
PROTON Tapau Pasaran Automotif Sebab Saga, e.MAS 7 PHEV?
Dominasi ICE Dan EV: PROTON Catat Jualan 16,995 Unit Pada Mei 2026.
08-06-2026
Tragedi Jalan Raya: 6 Maut Dalam Nahas Proton X50, Lori Tanah
Tak Sempat Elak: 6 Terkorban Pertembungan Proton X50 & Lori Tanah.
08-06-2026
Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia
Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?
28-05-2026
Proton Saga Masih Raja, S70 Pula Pecah Rekod! Ini Sebab Kenapa PROTON Semakin Diminati pada 2026
Suku Kedua Bermula Garang! Proton Dominasi Jalan Raya.
07-05-2026
Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia
Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.
20-04-2026
Rasmi: Proton X50 Kini Ditawarkan Dengan Warna Quartz Black Untuk Semua Varian Bermula April 2026
PROTON secara rasmi memperkenalkan warna Quartz Black sebagai pilihan warna tetap untuk semua varian Proton X50 bermula April ini.
10-04-2026
Berita Terkini
Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar
Kempen Punya Pasal, Keselamatan Tolak Tepi? Petugas Akan Disaman Jika Tunggang Motosikal Tanpa Pakai Topi Keledar.
10-07-2026
Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi
Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.
10-07-2026
Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura
Proton e.MAS 5 menembusi pasaran di Singapura.
09-07-2026
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Padah Amuk Kerana Hon, Kena Penjara 10 Tahun
Gara-Gara Hon, Merana Badan Dipenjara 10 Tahun.
08-07-2026
Berita Baik Rakyat Kelantan, Lebuh Raya KBKK Dah Siap 71%
Balik Raya Tak Jem Lagi? Lebuh Raya KBKK Siap 71.4% Manakala Siap Sepenuhnya 2027.
08-07-2026
Tular Video Gaduh Di Kaunter JPJ: Sebenarnya Palsu & Guna AI
Video Gaduh Di Kaunter JPJ, Hanya Rekaan AI.
08-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
