Zeekr Bakal Lancar 4 SUV, 2 MPV & Sebuah Model Estate Menjelang 2026
-full_normal.webp)
Rancangan produk Zeekr sehingga tahun 2026 ini didedahkan oleh Deutsche Bank.
Jenama kenderaan elektrik (EV) pintar mewah, Zeekr di bawah naungan Geely, dilaporkan akan melancarkan tujuh model kenderaan baharu menjelang tahun 2026. Rancangan ini termasuk empat model crossover, dua van mini dan sebuah model estate, perkara ini didedahkan oleh Deutsche Bank.
Ditubuhkan pada tahun 2021, Zeekr menunjukkan kemajuan yang pesat dengan lebih daripada 67,000 kereta telah diserahkan kepada pengguna dalam tempoh hanya lima bulan pertama 2024. Model yang kini ditawarkan di pasaran ialah SUV crossover Zeekr X, liftback 001, sedan 007 dan MPV 009.
-full_normal.webp)
Model yang Bakal Dilancarkan Zeekr dalam Tahun 2024
Untuk tahun 2024, Zeekr merancang untuk memperkenalkan dua model baharu iaitu:
#1 MPV Zeekr Mix: MPV kompak yang baru-baru ini diperkenalkan di Beijing Auto Show 2024, telah pun membuat permohonan lesen jualan di China. Dari segi dimensi, model ini berukuran 4688/1995/1755 mm dengan jarak roda 3008 mm. Ia menggunakan motor elektrik 310 kW dan 440 Nm pada gandar belakang.
Varian asas menggunakan bateri LFP 77 kWj yang menawarkan jarak sehingga 550 km dan varian jarak jauh, diberikan bateri NMC berkapasiti 102.7 kW yang membolehkannya mencapai jarak EV 712 km, kedua-duanya dibekalkan oleh CATL.
#2 Zeekr Ark (CX1E): SUV ini dibina berdasarkan platform PMA2 (yang turut digunakan oleh sedan 007), dan menggunakan bahasa rekaan Hidden Energy. Dengan output 475 kW, ia dijangka memiliki trenkuasa yang sama seperti sedan 007. Model ini menggunakan bateri NMC 100 kWj daripada CATL.
-full_normal.webp)
Model yang Bakal Dilancarkan Zeekr dalam Tahun 2025
Pada tahun 2025, Zeekr bakal melancarkan tiga model baharu:
#1 Estate Zeekr 007 (CC1E): Direka khas untuk pasaran Eropah, model ini dijangka memiliki prestasi yang tinggi dan pelbagai ciri canggih seperti model Zeekr yang lain. Model ini masih dalam fasa pra-pengeluaran.
#2 SUV EX1E: Sebuah E-SUV yang dijangka bersaiz besar berdasarkan kod namanya, berkemungkinan menyasarkan segmen pasaran SUV elektrik premium. Maklumat terperinci masih belum didedahkan.
#3 SUV DX1E: Sebuah SUV bersaiz sederhana berdasarkan kod namanya, yang disasarkan untuk bersaing dalam segmen pasaran SUV sederhana. Maklumat terperinci masih belum didedahkan.
-full_normal.webp)
Model yang Bakal Dilancarkan Zeekr dalam Tahun 2026
Pada tahun 2026, Zeekr akan menambah dua lagi model baharu:
#1 Minivan Beluga: Minivan ini dijangka menawarkan ciri-ciri premium dan ruang kabin yang luas. Maklumat terperinci masih belum didedahkan.
#2 Crossover Grampus: Sebuah crossover yang dijangka menawarkan ciri sama seperti model Zeekr lain iaitu berprestasi tinggi dengan reka bentuk yang menawan. Maklumat terperinci masih belum didedahkan.
Strategi Pertumbuhan Zeekr
-full_normal.webp)
Strategi produk yang baik, reka bentuk kereta yang memukau serta penggunaan trenkuasa yang menjanjikan prestasi tinggi, membantu syarikat ini untuk berkembang pesat dalam tempoh yang singkat. Faktor-faktor ini juga dijangka akan membantu pertumbuhan syarikat ini di pasaran antarabangsa dalam tempoh yang terdekat.
Sumber: CarNewsChina
Baca: Jenama EV Zeekr Bakal Masuki Pasaran Malaysia Di Bawah Sentinel Automotive
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat
Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.
20-04-2026
Zeekr Malaysia Bakal Dominasi 2026? 3 Model Baharu, SUV 1,400 HP, CKD
Zeekr Malaysia mengesahkan rancangannya untuk melancarkan tiga model baharu sepanjang tahun 2026.
13-02-2026
Stok 2025 Dah Licin! Zeekr 7X Kini Dari RM182,800, Lebih Tinggi, Tapi Masih Berbaloi?
Zeekr Malaysia secara rasmi telah mengumumkan harga terkini bagi model SUV elektrik Zeekr 7X bagi tahun 2026.
09-02-2026
Imej Rasmi SUV Zeekr 8X PHEV Didedahkan, Bakal Dilancar Separuh Pertama Tahun 2026
Zeekr, telah menyiarkan beberapa imej rasmi SUV hibrid plug-in (PHEV) terbaharunya, Zeekr 8X.
22-01-2026
Imej Teaser Zeekr 8X PHEV Didedah, Bakal Dilancarkan Tahun Ini
Jenama NEV premium dari China, Zeekr, mendedahkan imej teaser SUV PHEV berprestasi tinggi terbaharunya, yang dikenali sebagai Zeekr 8X.
06-01-2026
Siti Nurhaliza, Pemilik Zeekr 7X Yang Ke-2,000
Penyanyi nombor satu di Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi pemilik Zeekr 7X yang ke-2,000 baru-baru ini.
22-12-2025
Berita Terkini
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

