Tempahan EV Lotus Emeya Kini Dibuka Di Malaysia – 2 Varian, Dari RM575,000

Selepas mengumumkan kemunculan semula varian asas SUV elektrik, Eletre di pasaran negara, Lotus Cars Malaysia kini membuka tempahan untuk model terbaru, Lotus Emeya. Hyper GT elektrik ini ditawarkan dalam dua varian untuk pasaran tempatan, iaitu Emeya S dan varian tertinggi, Emeya R, dengan harga bermula daripada RM575,000.
Pasaran Terawal ASEAN

Kehadiran Emeya ini juga menjadikan Malaysia salah satu daripada beberapa pasaran pertama di ASEAN yang menerima hyper GT elektrik ini secara rasmi, dengan pasaran pertama adalah Thailand yang menerima kereta ini pada Mac tahun ini.
Trenkuasa & Prestasi Lotus Emeya

Emeya yang sebenarnya adalah versi GT empat pintu daripada Eletre, turut menggunakan bateri, rangkaian kuasa dan platform pembangunan, Electric Premium Architecture (EPA) yang sama.
Varian asas, Emeya S dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda dwi-motor yang mempunyai kuasa 603 hp (450 kW) dan 710 Nm, membolehkan pecutan daripada 0-100 km/j dalam masa 4.15 saat dengan kelajuan maksimum 205 km/j.




Sementara itu, varian tertinggi, Emeya R adalah varian pacuan semua roda dwi-motor yang lebih bertenaga dengan jumlah kuasa mencecah 905 hp (675 kW) dan 985 Nm. Ini membolehkan pecutan daripada 0-100 km/j dalam masa sepantas 2.78 saat, dengan kelajuan tertinggi, 256 km/j.
Keupayaan Bateri & Pengecasan Lotus Emeya


Untuk pengecasan, Emeya menyokong pengecas DCFC sehingga 350 kW, yang membolehkan kapasiti daripada 10% hingga 80% dicapai dalam hanya 18 minit, sementara pengecas AC 22 kW membolehkan kereta dicas sepenuhnya dalam masa kira-kira 8.5 jam.
Reka Bentuk Yang Aerodinamik Lotus Emeya
Dari segi reka bentuk, Emeya menampilkan beberapa elemen rekaan serupa dengan kembarnya, terutamanya dari sudut hadapan dengan lampu LED matriks dua baris (dual-stack).
Selain itu, Emeya juga dilengkapi dengan beberapa bahagian aero aktif terutamanya di bahagian belakang yang menampilkan diffuser dan spoiler dua tingkat, yang kesemuanya digabungkan untuk menghasilkan daya ke bawah (downforce) bersih sehingga 215 kg, memberikan jentera ini kestabilan dan kualiti pengendalian yang baik walau dipecut pada kelajuan tinggi.
Kabin Lotus Emeya




Menjengah ke ruang dalam kabin, Emeya sarat dengan pelbagai teknologi termasuk papar pandu (HUD) 55 inci dengan fungsi AR, skrin infotainmen tengah yang besar dan banyak lagi. Model ini didatangkan dengan tempat duduk sport secara standard.
Teknologi & Keselamatan Lotus Emeya
Emeya turut dilengkapi dengan sistem suspensi udara elektronik yang sama digunakan pada Eletre, serta sistem pengagihan tork pintar ICC milik Lotus. Sistem ini membolehkan pacuan semua roda sepenuh masa menghantar kuasa ke setiap roda secara berbeza-beza, menjanjikan prestasi belokan yang lebih baik dan pantas.

Selain itu, model ini turut diberikan sistem bantuan pemandu canggih (ADAS) yang lengkap, termasuk amaran halangan, amaran keluar lorong, amaran pelanggaran hadapan dan pemantau titik buta.
Tempahan & Pratonton Eksklusif Lotus Emeya
Ditawarkan pada harga bermula daripada RM575,000, Lotus Emeya kini boleh ditempah secara rasmi di mana-mana cawangan Lotus Cars Malaysia dengan bayaran tempahan sebanyak RM5,000.
Walaupun belum dilancarkan secara rasmi, Emeya akan dipertontonkan secara eksklusif di Pavilion Kuala Lumpur bermula 30 Julai hingga 4 Ogos 2024 ini dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Pendaftaran sesi pratonton ini boleh dibuat melalui laman web rasmi Lotus Cars Malaysia.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ujian & Pembangunan Lotus Emeya EV Kini Berakhir – Sah Boleh Lalu Pelbagai Cuaca Ekstrem
Kini ujian dan pembangunan Lotus Emeya EV telah berjaya diselesaikan.
14-02-2024
Lotus Eletre & Emeya Model 2026 Diperkenalkan – 2 Varian Baharu, Capai 905 HP!
Lotus bersiap sedia untuk melancarkan model tahun 2026 (2026 MY) bagi SUV elektrik Eletre dan sedan elektrik Emeya tidak lama lagi
04-04-2025
Cas 5 Minit Dapat 140 KM! Lotus Perkenal Pengecas EV Ultra-Pantas
Lotus perkenal sistem pengecas DC ultra-pantas dengan kapasiti pengecasan antara yang tertinggi di dunia.
30-11-2023
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge