500 Unit CKD Jaecoo J7 AWD Diserahkan Kepada Pengedar Seluruh Malaysia

Sejak jenama Jaecoo diperkenalkan di Malaysia beberapa bulan lalu, syarikat ini terus menunjukkan perkembangan yang pesat di pasaran tempatan. Kurang daripada sebulan selepas pelancaran produk pertamanya, pengeluar automotif dari China ini telah menyerahkan 500 unit pertama SUV mewah Jaecoo J7 kepada pengedar-pengedarnya di seluruh negara.
Unit CKD dari Shah Alam


Kesemua 500 unit pertama J7 yang dihantar ini adalah model yang dipasang secara tempatan (CKD) di kilang pengeluaran Chery Corporate Malaysia di Shah Alam, yang baru memulakan operasi beberapa bulan yang lalu.
Menurut Jaecoo Malaysia, kesemua 500 unit J7 yang pertama dihantar ini adalah varian pacuan semua roda (AWD) spesifikasi tertinggi, yang ditawarkan pada harga yang lebih rendah dari jangkaan iaitu RM148,800, atas jalan.
Sementara itu, model asas J7 dengan pacuan dua roda (2WD), yang dijangka akan mula diserahkan pada bulan September tahun ini, ditawarkan pada harga RM138,800, atas jalan, menjadikannya antara SUV segmen C yang paling mampu milik di pasaran kita.
Terima Sambutan Hebat

"Kami sangat teruja untuk menyerahkan 500 unit pertama J7 dan melihat pelanggan memandu SUV off-road premium ini di Malaysia," kata Naib Presiden Eksekutif Chery Corporate Malaysia, Leo Chen.
"Fokus kami adalah untuk mengekalkan momentum yang mantap bagi penghantaran pesanan J7 dalam beberapa bulan akan datang. Kami juga gembira untuk berkongsi bahawa rangkaian kami bersedia untuk memberikan pengalaman pelanggan premium Jaecoo 'From Classic, Beyond Classic', daripada penyerahan kenderaan hingga perkhidmatan selepas jualan," tambah Naib Presiden Jaecoo Malaysia, Emily Lek.
Jaecoo J7: Pilihan Premium pada Harga Berpatutan
-full.webp)
-full.webp)
Meskipun model ini ditawarkan pada harga mampu milik, Jaecoo J7 berjaya memposisikan dirinya sebagai alternatif yang lebih premium berbanding SUV segmen C lain di pasaran kerana reka bentuk ala Land Rover, kualiti kabin yang tinggi, serta pelbagai kelengkapan teknologi yang disediakan.
-full.webp)

J7 dikuasakan oleh enjin 1.6 liter 4 silinder TGDi yang menghasilkan 194 hp dan 290 Nm, sama seperti yang digunakan pada Chery Tiggo 7 Pro, dan digabungkan dengan transmisi automatik 7 kelajuan DCT. Bergantung kepada varian, kuasa ini dihantar kepada sama ada roda hadapan (FWD) atau kesemua roda (AWD), dengan varian AWD menggunakan All Road Drive Intelligent System (ARDIS) yang menyediakan tujuh mod pemanduan untuk pelbagai jenis permukaan jalan.
Pembelian Jaecoo J7 adalah termasuk jaminan kenderaan yang komprehensif selama 7 tahun atau 150,000 km.

Baca: Jaecoo J7 SUV Luar Biasa, Boleh Tempuh Trek Off-Road M4TREC Yang Mencabar!
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge