Careplus Lancar Program ESG: Kilang Pengeluaran EV yang Mesra Alam di Negeri Sembilan

Careplus Group Berhad semalam telah melancarkan program Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Careplus Group, bersempena dengan pembangunan Careplus Mall. Pelancaran ini menandakan komitmen kumpulan ini terhadap kelestarian dan tanggungjawab sosial sebagai nilai teras dalam usaha mereka menceburi bidang pembuatan kenderaan elektrik (EV).
Pelancaran di Dua Lokasi di Negeri Sembilan


Acara pelancaran ini diadakan di dua lokasi berasingan di Negeri Sembilan, dengan yang pertama berlangsung di Careplus Mall, Seremban dan yang kedua di tapak fasiliti pembuatan NevX di Chembong.
Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, YB Nicole Tan Lee Koon, bersama Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke, yang juga merupakan Ahli Parlimen Seremban. Sebagai simbolik permulaan program ESG ini, sebatang pokok berusia 30 tahun dari Careplus Mall telah ditanam di sebelah kilang NevX di Chembong.
Kilang NevX Fokus terhadap Kelestarian Alam
Dengan pelancaran program ESG ini, kilang pengeluaran EV baharu NevX akan dikendalikan dengan strategi ESG yang berteraskan kelestarian. Sebaik sahaja beroperasi, kilang ini dijangka mengurangkan jejak karbon melalui beberapa penyelesaian mesra alam, termasuk pelepasan air sisa sifar dan pencemaran bunyi sifar, manakala sisa pepejal akan diproses melalui pusat kitar semula dalam kawasan kilang.
Di samping itu, sebahagian besar tenaga kilang ini akan dijana oleh panel solar yang bakal dipasang pada bumbung kilang.
Sokongan Kerajaan terhadap Usaha Kelestarian

YB Anthony Loke memuji usaha Careplus untuk mewujudkan program ESG mereka sendiri, dan menyatakan bahawa rancangan syarikat itu untuk membina kilang pengeluaran EV adalah sebahagian daripada usaha mempromosikan teknologi bersih, mengurangkan jejak karbon negara, serta mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil yang semakin berkurangan.
"Jelas sekali, penggunaan EV juga merupakan salah satu cara efektif untuk menegakkan prinsip ESG. Oleh itu, bagi saya, pilihan untuk membangunkan industri EV adalah pilihan yang tepat selaras dengan industri automotif sambil menegakkan prinsip ESG," kata Loke.
Pelan Pembangunan NevX

Kilang pengeluaran EV NevX dijangka akan beroperasi sepenuhnya 2025. Pembinaan Fasa 1 kilang ini telah dimulakan sejak November tahun lalu dan telah 30% siap pada April 2024. Fasa pertama projek ini dijangka mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 50,000 unit, selain menawarkan lebih 600 peluang kerjaya kepada komuniti setempat.
Sementara itu, Fasa 2 dan Fasa 3 projek ini dijangka bermula pada 2026 dan 2028. Apabila siap sepenuhnya, kompleks yang dibangunkan membabitkan pelaburan keseluruhan sebanyak RM600 juta ini akan mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan melebihi 100,000 unit.
Baca: Kilang Pengeluaran NEV Negeri Sembilan Mula Operasi 2025 Ini – CKD NETA, HIGER, YUTONG

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF7809
SELANGOR
BSR5442
JOHOR
JA1337J
PULAU PINANG
PSD7184
PERAK
APJ7691
PAHANG
CFH1442
KEDAH
KGH308
NEGERI SEMBILAN
NEK8945
KOTA KINABALU
SJT426
KUCHING
QAB1845P
Terakhir Kemas Kini 14 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kilang EV Bakal Ditubuhkan Di Sandakan, Sabah – 500 Peluang Kerja
Maxland Bhd (nama lama: Priceworth International Bhd), merancang untuk melabur sehingga RM100 juta menjelang 2028.
17-02-2025
Syarikat EV China Rancang Bina Kilang di Johor - JIMEX
Johor bakal menjadi hab utama pembuatan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia?
11-07-2024
Pengeluar EV Diseru Jadikan Malaysia Hab EV ASEAN – Lokasi Strategik, Infrastruktur Canggih
Pengeluar kenderaan elektrik (EV) yang mempunyai kilang pengeluaran di Malaysia digalakkan untuk mempertimbangkan negara ini sebagai hab EV.
22-02-2024
Kilang BYD Bakal Dibuka Di Thailand, 150K Unit EV Akan Dikeluarkan Setiap Tahun
Pengeluar kenderaan elektrik (EV) China, BYD, bakal membangunkan kilang pengeluaran kenderaannya di Thailand.
06-03-2023
Kilang Pengeluaran NEV Negeri Sembilan Mula Operasi 2025 Ini – CKD NETA, HIGER, YUTONG
NMSB tubuhkan kilang pertama di Malaysia bagi tujuan pengeluaran dan pemasangan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV). Operasi dijangka mula pada 2025.
12-01-2024
Kilang Pembuatan NEV Bakal Dibangunkan Di Negeri Sembilan, Ini 4 Kesannya Kepada Negara
Sebuah kilang pembuatan dan pemasangan kenderaan tenaga baharu (NEV) bakal didirikan di kawasan perindustrian Chembong, Rembau.
15-12-2023
Berita Terkini
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
