Chery Omoda 5 Dijamin Selamat, Raih ASEAN NCAP 5 Bintang

Selepas dilancarkan secara rasmi di pasaran tempatan tahun lalu, Chery Omoda 5 kini mencatat sejarah sebagai model pertama jenama ini yang dinilai dalam Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP). Hasil ujian, model ini berjaya meraih penarafan 5 bintang dengan jumlah markah keseluruhan 88.64 mata.
Prestasi Cemerlang Dalam Semua Kategori Penilaian


Chery Omoda 5 menunjukkan prestasi cemerlang dalam keempat-empat kategori penilaian yang dijalankan menggunakan protokol ASEAN NCAP 2021–2025. Berikut adalah perincian setiap kategori:
- Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP): Mencatatkan skor 36.77/40.00, pencapaian ini membuktikan keupayaannya untuk melindungi penumpang dewasa semasa pelanggaran hadapan dan sisi.
- Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP): Dengan skor 17.36/20.00, model ini mempamerkan kehadiran teknologi keselamatan yang efektif untuk melindungi penumpang kanak-kanak.
- Bantuan Keselamatan (SA): Pencapaian skor 19.51/20.00, menunjukkan bahawa Omoda 5 memiliki sistem bantuan pemandu yang canggih untuk mencegah kemalangan dan mengurangkan impak kemalangan.
- Keselamatan Penunggang Motosikal (MS): Dengan skor 15.00/20.00, Chery memperlihatkan komitmen untuk menjaga keselamatan pengguna jalan raya lain terutamanya penunggang motosikal yang merupakan sebahagian besar daripada pengguna jalan raya di rantau ASEAN.
Ciri-Ciri Keselamatan Kenderaan

Kesemua varian Chery Omoda 5 dilengkapkan dengan ciri keselamatan yang komprehensif termasuk enam beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Peringatan Tali Pinggang Keledar (SBR), Amaran Pengesanan Penumpang Belakang, Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Pengesanan Titik Buta (BSD), Lampu Tinggi Automatik (AHB) dan Perlindungan Pejalan Kaki (PP).
Selain ciri-ciri standard ini, Omoda 5 juga menawarkan beberapa teknologi bantuan keselamatan lanjutan, sama ada sebagai standard atau pilihan, termasuk Amaran Keluar Lorong (LDW), Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW) dan Bantuan Kekal Lorong (LKA).
Chery Pamerkan Komitmen Terhadap Aspek Keselamatan

Secara keseluruhan, ASEAN NCAP berpuas hati dengan komitmen Chery terhadap keselamatan menerusi penilaian yang dijalankan ke atas Omoda 5. Kejayaan model ini meraih 5 bintang menunjukkan bahawa Chery telah menetapkan penanda aras yang tinggi untuk model-model akan datang.
Chery Omoda 5 turut menerima penarafan 5 bintang daripada Euro NCAP pada Disember 2022, manakala Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 Pro juga mendapat penarafan keselamatan 5 bintang daripada Australasia NCAP.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT7694
SELANGOR
BSP2133
JOHOR
JYU7196
PULAU PINANG
PSB3982
PERAK
APG6122
PAHANG
CFG2056
KEDAH
KGF3015
NEGERI SEMBILAN
NEK1254
KOTA KINABALU
SJR3673
KUCHING
QAB5463N
Terakhir Kemas Kini 17 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Chery Bikin Comeback Di Malaysia, Akhirnya Berjaya Tawan Hati Orang Malaysia, 30,073 Unit Terjual!
Chery Malaysia mencatatkan pencapaian yang membanggakan apabila merekodkan jualan kumulatif sebanyak 30,073 unit sejak tahun 2023.
06-01-2026
Letupan Gas Putra Heights: 25 Mangsa Sudah Terima Kereta Chery
Sebanyak 25 kenderaan itu diserahkan pada hari ini manakala baki 25 lagi akan diserahkan pada Selasa depan.
04-04-2025
Chery Omoda 5 Kini Guna Nama Baharu Di China, Tiggo 5x
Chery baru-baru ini telah memberikan nafas baharu kepada model Omoda 5 yang laris di pasaran China. Kini dikenali dengan nama Tiggo 5x High Energy Edition.
26-12-2024
Chery Omoda 5 Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – SUV Segmen B Paling Selamat?
Benarkah Chery Omoda 5 SUV segmen B paling selamat? Jom kita lihat skor yang berjaya dikumpulkan Omoda 5 berbanding SUV lain.
08-10-2024
Chery Tawar Diskaun 50% Untuk Atlet Yang Bawa Pulang Pingat Emas
Chery Malaysia menawarkan diskaun eksklusif sehingga 50% untuk para atlet Olimpik dan Paralimpik yang melakar kejayaan pada Sukan Olimpik 2024 di Paris, baru-baru ini.
18-09-2024
Thinaah Pilih Omoda 5, Chery Tawar Diskaun 30% Tapi Hanya Untuk
Atlet badminton negara, Thinaah Muralitharan menerima Chery Omoda 5 berwarna hitam yang ditempahnya baru-baru ini.
10-09-2024
Mercedes-Benz, Toyota, Chery Dipanggil Balik
Para pemilik yang terlibat diminta membuat temujanji dengan pihak pengeluar kereta.
25-06-2024
Omoda 5: Tinggal Lagi 25 Kereta Untuk Diperiksa
Sebanyak 575 unit kenderaan Chery Omoda 5 yang disyaki terlibat isu kegagalan gandar, sudah pun diperiksa.
29-05-2024
Berita Terkini
Rebut Peluang Bida Nombor Plat P_P
Bida nombor plat JPJ Siri P_P: Tarikh, Harga & Cara Mohon di JPJeBid.
17-04-2026
Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta
"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.
17-04-2026
Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?
Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.
17-04-2026
Proses Lupus Kereta Tersadai Kini Lebih Cepat: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu
Amaran Pemilik Kereta Lama: DBKL Kini 'Bersihkan' Ibu Kota, Elakkan Kenderaan Anda Ditunda.
16-04-2026
Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen
Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.
15-04-2026
15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?
auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!
15-04-2026
Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya
Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.
15-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat