GAC GS3 Emzoom Versi CKD Kini Di Pasaran – Satu Varian, Lebih Murah, RM126,800

WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), pengedar eksklusif jenama GAC dan AION, hari ini mengumumkan bahawa model sulung mereka, GAC GS3 Emzoom, kini dipasang sepenuhnya di Malaysia (CKD) buat pertama kali untuk rantau ASEAN.
Pengeluaran Tempatan di Segambut

Model crossover kompak ini telah mula dipasang oleh WTCA di kilang pemasangan GAC di Segambut sejak 11 Mei tahun ini. Bermula hari ini, 10 Ogos, model ini sudah boleh dibeli di bilik pameran dan pengedar sah GAC.
Harga Jualan Terbaru Lebih Rendah
Dengan pengeluaran CKD, beberapa perkara terbaru telah diumumkan syarikat pengeluar. Pertama, GS3 Emzoom kini hanya ditawarkan dalam satu varian iaitu Premium R buat masa ini. Selain itu, status CKD ini turut menyaksikan penurunan harga sebanyak RM2,100, menjadikan harga jualan terkini RM126,800 berbanding RM128,900 bagi versi import penuh (CBU).
Pilihan kepada Pelanggan CBU
WTCA juga memaklumkan bahawa mereka telah menghentikan penerimaan tempahan bagi model CBU. Pelanggan yang telah membuat tempahan untuk model CBU boleh memilih untuk menukar tempahan mereka kepada model CKD ini, dan mereka yang berbuat demikian akan menerima perkhidmatan tinted percuma bernilai RM2,100.
WTCA turut menawarkan tinted percuma ini kepada pelanggan dengan tempoh menunggu lebih tiga bulan.
Spesifikasi Kekal Sama dengan Pilihan Warna Baharu



Menurut sumber CariCarz.com, spesifikasi model CKD ini kekal sama seperti model CBU yang dilancarkan sebelum ini, kecuali penambahan dua pilihan warna baharu, menjadikan keseluruhannya lima pilihan warna.
Tawaran Kepada Pembeli Terawal
Faedah istimewa kepada pembeli terawal yang diumumkan semasa pelancaran juga masih sama yang mana WTCA menawarkan jam pintar percuma kepada 2,000 pelanggan pertama GAC GS3 Emzoom yang dipadankan dengan crossover ini, serta jaminan enjin dan trenkuasa selama 7 tahun atau 180,000 km.
Selain itu, WTCA juga menawarkan jaminan selama 5 tahun atau 150,000 km serta pilihan antara servis percuma selama 1 tahun atau tiga sesi penyelenggaraan percuma.
CEO WTCA, Tan Keng Meng, menyatakan kegembiraan beliau dengan pengumuman bahawa semua unit CBU GAC GS3 Emzoom telah habis dijual. Beliau juga optimis bahawa model CKD GAC GS3 Emzoom akan mendapat sambutan yang baik.
Reka Bentuk Tajam dan Teknologi Terkini

Diperkenalkan pada bulan Mei lalu, GAC GS3 Emzoom memasuki ruang SUV crossover segmen B yang semakin berkembang di Malaysia dengan rekaan yang menyerlah dan segar, enjin 1.5 liter 4 silinder turbo, serta beberapa ciri inovatif termasuk sistem ekzos aktif.
GS3 Emzoom turut hadir dengan pelbagai ciri sistem bantuan pemandu aktif (ADAS) sebagai standard, yang menjanjikan tahap pemanduan separa autonomi yang tinggi termasuk keupayaan parkir automatik.
Untuk butiran lebih mendalam mengenai GAC GS3 Emzoom boleh baca laporan pelancaran kami di sini: GAC GS3 EMZOOM Kini Rasmi Di Malaysia

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4246
SELANGOR
BSU4734
JOHOR
JF9284J
PULAU PINANG
PSG5180
PERAK
APM3397
PAHANG
CFJ1526
KEDAH
KGJ5027
NEGERI SEMBILAN
NEM3206
KOTA KINABALU
SJU5975
KUCHING
QAB7695P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge