Jenama Citroën Bakal Tinggalkan Pasaran Australia Setelah 101 Tahun, Ini Puncanya...

Citroën dilaporkan bakal meninggalkan Australia setelah 101 tahun di pasaran negara tersebut. Keputusan untuk menarik diri ini diumumkan oleh pengedar tempatan, Inchcape, yang turut bertanggungjawab untuk mengimport dan mengedar jenama Peugeot. Operasi jualan Citroën di Australia bakal ditamatkan berkuat kuasa 1 November tahun ini.
Keputusan ini didorong oleh prestasi jualan yang lemah. Dalam separuh pertama tahun 2024, jualan yang direkodkan oleh Inchcape untuk jenama tersebut hanya 87 unit. Sebagai perbandingan, jenama mewah seperti Ferrari dan Bentley masing-masing berjaya dijual sebanyak 113 unit dan 102 unit dalam tempoh yang sama di Australia.
Prestasi jualan ini jauh berbeza dengan kejayaan yang pernah dicapai pada tahun 2007, apabila Citroën mencatatkan jualan sebanyak 3,803 unit. Walaupun jualan kereta baharu akan ditamatkan pada bulan November, Inchcape menjelaskan bahawa mereka akan terus memberikan perkhidmatan untuk jaminan lima tahun tanpa had perbatuan yang ditawarkan kepada semua unit Citroën yang telah dijual.

Menurut Pengurus Citroën Australia, David Owen, keputusan untuk menamatkan penjualan kenderaan baharu "tidak dibuat dengan mudah, ia dibuat selepas pertimbangan teliti terhadap produk semasa dan akan datang dalam konteks pasaran tempatan serta keutamaan dan keperluan pembeli kereta baharu di Australia."
Ini merupakan satu kehilangan besar bagi jenama yang dimiliki oleh Stellantis, memandangkan Citroën telah bertapak di Australia sejak tahun 1923. Kemungkinan besar, rangkaian produk semasa Citroën yang terdiri daripada model seperti C3, C4 crossover, C5 Aircross SUV dan C5 X yang sudah agak lama, turut memainkan peranan dalam keputusan ini.



Ketiadaan model baharu turut memainkan peranan besar dalam penurunan jualan jenama tersebut.
Walaupun Citroën baru-baru ini telah memberikan penyegaran semula untuk model seperti C3 dan C3 Aircross di Eropah, kedua-dua model ini belum diperkenalkan di Australia. Rancangan untuk memperkenalkan model-model ini serta model generasi baharu lain di Australia kini telah dibatalkan.
Penarikan Citroën dari Australia juga mengingatkan kita kepada keadaan sama yang berlaku ke atas jenama Peugeot, yang menarik diri dari pasaran Indonesia awal tahun ini. Jenama Perancis itu ditarik keluar dari Republik Indonesia selepas 52 tahun beroperasi akibat kemerosotan jualan.
Baca: Stellantis Bakal Hentikan Jualan Jenama Yang Tidak Laris? Ini Jenama Yang Mungkin Terlibat...
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4996
SELANGOR
BSR6734
JOHOR
JA4495J
PULAU PINANG
PSD8914
PERAK
APJ9285
PAHANG
CFH1907
KEDAH
KGH1527
NEGERI SEMBILAN
NEK9536
KOTA KINABALU
SJT1344
KUCHING
QAB2165P
Terakhir Kemas Kini 19 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
SUV Coupe Citroën Basalt Bakal Ditawarkan di Malaysia? Ini Kata Stellantis M'sia...
Stellantis Malaysia juga telah mendedahkan hasrat untuk menghidupkan semula jenama Citroën di negara ini. Basalt bakal dilancarkan?
29-07-2024
Berita Terkini
Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6
GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?
15-07-2026
Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari
Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.
15-07-2026
Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD
Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.
15-07-2026
SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800
Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.
14-07-2026
India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028
Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.
07-07-2026
WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam
Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam
08-06-2026
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.
27-04-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat