Lamborghini Temerario Kini Pengganti Huracan – Hibrid, 907 HP!

Setelah beberapa teaser didedahkan, Lamborghini akhirnya memperkenalkan pengganti rasmi bagi model Huracan, iaitu Lamborghini Temerario. Nama "Temerario," yang bermaksud berani atau tidak gentar dalam bahasa Itali, sesuai dengan karakter supercar ini yang dilengkapi enjin hibrid plug-in V8 dengan tiga motor, menawarkan kuasa 45% lebih tinggi berbanding model sebelumnya.
Enjin Baharu V8 Turbo Kembar: Kuasa Tanpa Tandingan


Inti kuasa Lamborghini Temerario terletak pada enjin baharu, 4.0 liter V8 turbo kembar (dengan kod nama L411) yang dibangunkan khusus untuk model ini. Tidak seperti enjin V8 yang digunakan pada Urus PHEV atau model-model lain daripada VW Group, enjin V8 Temerario mempunyai flat-plane crank yang meningkatkan tahap respon, membolehkannya mencapai lebih 10,000 rpm!
Dengan output kuasa 789 hp dan 730 Nm, enjin V8 ini sudah cukup untuk mengatasi kuasa Huracan Evo yang hanya 631 hp dan 600 Nm. Namun, jurutera Lamborghini tidak berhenti di situ. Enjin V8 ini diperkasakan lagi dengan tiga motor elektrik yang menghasilkan 148 hp.
Dua daripada motor ini menggerakkan roda hadapan dalam mod pemanduan Citta (Bandar), menjadikan Temerario sebuah supercar pacuan semua roda (AWD).

Satu lagi motor elektrik ditempatkan di antara enjin V8 dan transmisi automatik lapan kelajuan baharu, yang berfungsi sebagai starter generator untuk mengurangkan kesan turbo lag.
Secara keseluruhannya, gabungan enjin V8 dan motor elektrik ini menghasilkan kuasa keseluruhan 907 hp, menjadikan Temerario lebih berkuasa berbanding pesaingnya seperti Ferrari 296 GTB (819 hp) dan McLaren 750S (740 hp).

Walaupun sistem kuasa yang kompleks ini menambah berat kenderaan kepada 1,690 kg, iaitu 268 kg lebih berat daripada Huracan Evo dan 220 kg lebih berat daripada 296 GTB, kuasa yang mantap ini berjaya ‘menyembunyikan’ beban tersebut. Lamborghini mendakwa Temerario mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa hanya 2.7 saat, 0.2 saat lebih pantas berbanding model sebelumnya.
Dengan kelajuan maksimum 343 km/j, Temerario tergolong dalam kalangan model versi pengeluaran yang terpantas pernah dihasilkan oleh jenama ini.
Teknologi Hibrid Plug-In


Walaupun prestasi enjin V8 model ini didedahkan secara terperinci, Lamborghini tidak mendedahkan butiran penuh aspek elektrik Temerario. Bagaimanapun, apa yang diketahui setakat ini adalah ia dilengkapi dengan bateri 3.8 kWj yang kecil, dengan jarak EV yang tidak didedahkan. Bateri ini boleh dicas menggunakan pengecas AC 7 kW atau menggunakan enjin V8 sebagai penjana dalam mod pemanduan Recharge.
Rekaan dan Teknologi: Gabungan Gaya dan Fungsi
Dari segi rekaan, Lamborghini Temerario menggabungkan elemen rekaan dari model Huracan dan Revuelto HPEV. Ia memiliki siluet sebuah kereta sport berenjin tengah dengan garis badan yang tajam dan elemen rekaan bersudut yang sering dilihat pada kedua-dua model tersebut. Apa yang membezakan Temerario dari pendahulunya ialah lampu hadapan baharu dengan lampu DRL LED berbentuk heksagon di bahagian depan.
Selain unit pencahayaan dan bilangan silinder yang lebih sedikit, perbezaan lain antara Temerario dan Revuelto terletak pada penggunaan casis aluminium yang lebih murah, bukannya gentian karbon sepenuhnya seperti pada Revuelto.
Suis Penghidup Enjin Ala Jet


Di dalam, Temerario mengekalkan susun atur papan pemuka (dashbaord) yang sama seperti model terdahulu, dengan skrin infotainmen pada kedudukan potret dan konsol tengah terapung yang menempatkan suis penghidup enjin seperti dalam kokpit jet.
Empat mod pemanduan ditawarkan, termasuk Strada, Sport, Corsa dan Corsa Plus. Selain itu, terdapat juga mod drift khas yang membolehkan pemandu memilih tahap oversteer yang berbeza untuk aksi 'tail-wagging'.
Harga Jualan


Buat masa ini, Lamborghini masih belum mengumumkan harga rasmi untuk Lamborghini Temerario V8 PHEV. Memandangkan Huracan Evo dijual pada harga melebihi $300,000 (~RM1.3 juta) di beberapa pasaran antarabangsa, besar kemungkinan jentera elektrik ini akan dijual pada harga yang lebih tinggi, berkemungkinan hampir $400,000 (~RM1.77 juta).
Baca: SUV PHEV Berprestasi Tinggi, Lamborghini Urus SE Kini Di Malaysia – Capai 789 HP! Dari RM1,028,000
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Lamborghini Temerario Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM1.3 Juta, Cecah 907 HP
Lamborghini Kuala Lumpur hari ini secara rasmi melancarkan kenderaan elektrik berprestasi tinggi (HPEV), Lamborghini Temerario.
15-07-2025
Lamborghini Temerario GT3 Diperkenalkan – Versi Litar, 523 HP
Hampir setahun selepas pelancaran supercar hibrid plug-in V8, Lamborghini Temerario, pengeluar kereta sport mewah Itali ini memperkenalkan jentera tersebut dalam versi litar, GT3, yang dinamakan Lamborghini Temerario GT3.
14-07-2025
Audi R8 Bakal "Dihidupkan" Semula, Kali Ini, Lebih Power
Hampir setahun pengeluaran Audi R8 sudah dihentikan namun khabarnya model ini bakal dihidupan semula.
13-03-2025
Lamborghini Temerario Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM1.3 Juta, Cecah 907 HP
Lamborghini Kuala Lumpur hari ini secara rasmi melancarkan kenderaan elektrik berprestasi tinggi (HPEV), Lamborghini Temerario.
15-07-2025
Audi R8 Bakal "Dihidupkan" Semula, Kali Ini, Lebih Power
Hampir setahun pengeluaran Audi R8 sudah dihentikan namun khabarnya model ini bakal dihidupan semula.
13-03-2025
Cukai Jalan RM12k Mati, Lamborghini RM1 Juta Antara Disita JPJ
Ops Luxury JPJ: Lamborghini RM1 Juta Disita Cukai Jalan Mati.
08-09-2026
JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k
Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.
28-08-2026
Lamborghini Terbabas, Pemandu Maut
Niat seorang lelaki untuk bersarapan di Bentong tidak kesampaian.
30-06-2024
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
