ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Jualan EV Kurang Memberangsangkan, Volkswagen Ubah Strategi

Sofea Najmi

Kongsi melalui

DB2022FA00003_medium.jpg


Pengeluar automotif Jerman, Volkswagen (VW), telah mengumumkan perubahan dalam strateginya iaitu untuk memperlahankan usaha pertambahan dan perluasan kilang bateri di Eropah dan Amerika Utara akibat penurunan jualan kenderaan elektrik (EV).


Menurut Ketua Pegawai Teknikal (CTO) VW, Thomas Schmall,  keputusan untuk memperluas kilang bateri bergantung kepada perkembangan pasaran kenderaan elektrik. Sebelum ini, VW telah merancang untuk membina enam kilang bateri menjelang 2030 dengan kapasiti pengeluaran tahunan mencecah 240 gigawatt-jam (GWj).


Pembinaan Kilang di Eropah & Kanada


DB2021AL00279_medium.jpg


Ketua Pegawai Teknikal (CTO) VW, Thomas Schmall


Syarikat bateri VW, PowerCo, baru-baru ini memulakan pembinaan dua tapak kilang di Eropah. Salah satunya terletak di Salzgitter, Jerman, yang dijangka memulakan pengeluaran pada tahun hadapan (2025), diikuti oleh kilang kedua di Valencia, Sepanyol, pada tahun 2026. Selain itu, kilang ketiga di Ontario, Kanada, juga sedang dalam proses pembinaan.


"Kami merancang untuk menghasilkan sehingga 170 GWj di tiga tapak kilang di Salzgitter, Valencia dan Ontario," kata Schmall. Beliau turut mengesahkan VW telah menyusun semula kapasiti pengeluaran dan mengurangkan bilangan kilang bateri, namun kilang di Kanada bakal menjadi pusat pengeluaran yang 'sangat besar'.


Kemungkinan Pengembangan pada Masa Hadapan


DB2019AL02136_medium.jpgDB2020AL01222_medium.jpg


Bergantung kepada keperluan, kedua-dua kilang di Valencia dan Ontario boleh diperluaskan bagi mencapai sasaran awal pengeluaran sebanyak 200 GWj. 


"Saya belum pasti sama ada pengembangan di Sepanyol dan Kanada akan berlaku. Tetapi ia sememangnya boleh dicapai dalam tempoh enam tahun menjelang 2030 jika diperlukan," jelas Schmall.


Bateri Berkeupayaan Tinggi dalam Perancangan


DB2024AU01503_medium.jpg


Schmall tidak menjelaskan sama ada VW akan menghasilkan bateri lithium iron phosphate (LFP) di Salzgitter, yang mempunyai kos pengeluaran lebih rendah berbanding jenis nikel mangan kobalt (NMC). Bateri jenis ini dianggap penting oleh pengeluar kereta Eropah bagi menghasilkan EV mampu milik untuk bersaing dengan jenama China.


Dalam masa yang sama, Schmall turut mengesahkan VW akan mula menghasilkan bateri pepejal (solid-state) berasaskan teknologi QuantumScape dalam dekad ini, yang menjanjikan jarak pemanduan lebih jauh dan keupayaan pengecasan lebih pantas.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT9073

SELANGOR

BSU4086

JOHOR

JF6941J

PULAU PINANG

PSG4245

PERAK

APM2413

PAHANG

CFJ1132

KEDAH

KGJ4650

NEGERI SEMBILAN

NEM2780

KOTA KINABALU

SJU5480

KUCHING

QAB7531P

Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.