Treler Rempuh Rumah, 2 Beradik Maut

Pemandu treler 'lalok' rempuh rumah, dua beradik maut selepas tertimbus dalam runtuhan rumah.
Insiden yang meruntun jiwa itu berlaku di Kilometer 5 Jalan Pekan-Rompin dekat Kampung Ketapang Hilir, Pekan, Kuantan, tadi.
Kejadian itu berlaku selepas seorang pemandu treler dipercayai di bawah pengaruh dadah merempuh rumah dua beradik malang itu.
Mereka yang meninggal dunia ialah Nurnazatul Fasiha Nasruddin, 33, maut di tempat kejadian manakala adiknya, Mohd Waldon Faris Nasruddin, 25.
Mujur tiga lagi mangsa iaitu ibu bapa mangsa, masing-masing berusia 64 dan 54 tahun serta seorang rakan, Mohd Waldon Faris berusia 19 tahun mengalami kecederaan ringan.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin, berkata berdasarkan laporan, kemalangan itu berlaku kira-kira jam 4.15 pagi.
“Kenderaan yang dipandu lelaki itu terbabas ketika melalui selekoh dan terbabas ke laluan bertentangan kemudian merempuh sebuah rumah yang berada di sebelah kanan jalan.
"Akibat kemalangan itu, dua beradik itu maut manakala empat orang yang berada di dalam rumah mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Pekan untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.
Hasil siasatan mendapati, ujian saringan awal yang dijalankan di Hospital Pekan mendapati pemandu treler didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT5340
SELANGOR
BSU3556
JOHOR
JF5411J
PULAU PINANG
PSG3408
PERAK
APM1667
PAHANG
CFJ246
KEDAH
KGJ4232
NEGERI SEMBILAN
NEM2475
KOTA KINABALU
SJU5042
KUCHING
QAB7420P
Terakhir Kemas Kini 10 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Janji Kahwin, Warga Asing Jerat Makcik 60, 70 Tahun Guna Nama Beli Kenderaan
Muhammad Kifli menasihatkan wanita negeri itu, khususnya berusia antara 60 hingga 70 tahun, berwaspada apabila didekati warga asing berusia 30-an.
09-10-2026
Jalan Merekah Di TBS, Jangan Tunggu Sampai Ada Yang Mati
Jalan Merekah Dari TBS ke Cheras: Warga Kota Desak Pembaikan Segera.
09-10-2026
Impak F1 Sepang: PMKS Raih Limpahan Ekonomi RM345 Juta
GP Bahrain di Sepang: PMKS Jana RM345 Juta.
09-10-2026
Pandu Semasa Jerebu? Jangan Guna Lampu Tinggi & Lampu Kecemasan
Bahaya Jerebu Tebal: Awas Salah Guna Lampu Boleh Undang Maut
08-10-2026
Berapa Jauh Naik ECRL Gombak Ke KotaSAS?
ECRL Gombak ke KotaSAS: Perjalanan Hanya 85 Minit!
08-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge