ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

MPV Elektrik: BYD M6 Dilancar, Ada 2 Varian

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

BYD M6 dilancarkan di Thailand, baru-baru ini namun adakah ia akan dibawa masuk ke negara kita, ia masih menjadi teka-teki.

Di Thailand, MPV elektrik dalam dua varian iaitu M6 Extended, berharga 929,900 bhat (RM120,000) manakala M6 Dynamic pula 829,900 bhat (RM107,000).

Sebenarnya, M6 ini adalah versi facelift daripada BYD E6 dimana sebelum ini, ada rancangan bahawa BYD E6 akan dijadikan sebagai teksi elektrik pertama di Malaysia namun malangnya ia masih belum menjadi kenyataan.

image.png



Difahamkan, MPV bersaiz sederhana yang didatangkan dalam enam susun atur menawarkan kabin yang cukup luas selain reka bentuknya adalah mesra keluarga.

Di Thailand, kenderaan BYD diedarkan oleh Kumpulan Rever, di mana BYD memperoleh sebanyak 20% pegangan saham. 

Perkembangan positif ini telah membuka laluan kepada BYD untuk menubuhkan kilang pertamanya  di Thailand, dengan pelaburan bernilai USD 490 juta (RM2.1 bilion).

image.png

Sementara itu, Pengurus Besar Bahagian Jualan Auto Asia Pasifik BYD, Liu Xuexiang berkata, sebanyak   17,402 unit telah didaftarkan dalam tempoh tujuh bulan pertama 2024. 

Ini sekali gus menyumbang kepada jualan global BYD sebanyak 717,600 unit.

Berbalik kepada BYD M6, ia adalah MPV elektrik sepenuhnya dimana ia memenuhi citarasa keluarga moden pada masa ini.

Dengan rekaan kontemporari selain prestasi pemanduannya, ia dikatakan bakal menambati hati rakyat negara jiran kita.

Bagaimanapun, penghantaran M6 dijadualkan bermula pada bulan ini.

 image.png

Untuk makluman, M6 Extended dikuasa dengan motor 150kW dan bateri berkapasiti 71.9 kWj dimana ia boleh bergerak sejauh 530 kilometer.

Sementara itu, varian Dynamic disumbat dengan bateri berkapasiti 55.4 kWj (120kW) dan ia boleh bergerak sejauh 420 km memandangkan saiz baterinya yang kecil.

Menjengah bahagian kabinnya, ia dilengkapi dengan enam tempat duduk dilengkapi dengan bumbung kaca panoramik.

Antara kelengkapan lain ialah  skrin sentuh multimedia 12.8 inci yang boleh berputar secara menegak dan mendatar selain ada sokongan Apple CarPlay dan Android Auto.

image.png

Selain itu, pintu belakangnya dikatakan berkuasa dan boleh dibuka dan ditutup dengan menggunakan  alat kawalan jauh.

Bagi bagi tempat duduk hadapan, ia boleh dilaraskan secara berkuasa selain terdapat pendingin hawa automatik serta ada saluran penghawa dingin di barisan  kedua dan ketiga.

Pendek kata, tiada istilah panas di semua barisan tempat duduk.

Dari segi ciri-ciri teknologi, M6 menampilkan sistem trenkuasa 8-dalam-1serta ia menyokong pengecasan DC 115 kW, dimana pengecasan penuh daripada 0% hingga 100% dalam masa 80 minit sahaja.

Ia juga menyokong pengecasan AC 7 kW. Sistem V2L (kenderaan-ke-muatan) standard membolehkan kereta membekalkan kuasa kepada peranti luaran. 

BYD  M6 di Thailand hadir dengan waranti  kenderaan 8 tahun/160,000 km dan waranti bateri EV, serta 8 tahun/150,000 km EV drivetrain dan waranti komponen.

Gallery

Tag:

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN6694

SELANGOR

BST4219

JOHOR

JD5319J

PULAU PINANG

PSF2926

PERAK

APL2162

PAHANG

CFH6117

KEDAH

KGH8429

NEGERI SEMBILAN

NEL6739

KOTA KINABALU

SJT8721

KUCHING

QAB5081P

Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

02-02-2026
Global

02-01-2026
Berita Auto

24-12-2025
Global

15-12-2025
EV

29-10-2025
Kereta Baru

24-07-2025
Pandu Uji

07-04-2025

Berita Terkini

Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.