Pengecas DC ChargEV x Kempower Kini Di Eco Galleria, JB – 320 kW, RM1.60/kWj

ChargEV telah mengaktifkan stesen pengecasan pantas DC berkuasa tinggi di Eco Galleria @ Eco Botanic, Iskandar Puteri, Johor Bahru. Terletak di tempat letak kereta terbuka berhampiran lorong parkir bertingkat, stesen ini menyediakan enam unit pengecas DC satelit Kempower yang mampu menyalurkan output maksimum 320 kW.
Teknologi Pengecasan Dinamik
-full_normal.jpg)
Kami difahamkan bahawa pengecas Kempower ini menggunakan teknologi pengecasan dinamik, yang mana kadar pengecasan bergantung pada kapasiti pengecasan pantas kenderaan elektrik (EV) pengguna dan jumlah kenderaan yang dicas secara serentak. Ini bermaksud terdapat kemungkinan EV pengguna hanya akan ‘menarik’ sekitar 50kW sekiranya banyak kenderaan lain yang sedang menggunakan stesen sama.
Tip: Hentikan pengecasan apabila kapasiti bateri (SoC) anda mencapai 80%, kerana input DC biasanya berkurang selepas kadar tersebut, ini menyebabkan masa pengecasan antara 80% ke 100% memakan masa lebih lama, melainkan anda perlu menempuhi perjalanan jarak jauh sebelum tiba ke stesen pengecasan seterusnya.
Kadar Pengecasan
-full_normal.jpg)
Berdasarkan maklumat yang dipaparkan dalam aplikasi ChargEV, kadar yang dikenakan di stesen ini adalah RM1.60/kWj. Bagaimanapun, sekiranya anda melanggan pelan tahunan Essential (RM788/tahun) ChargEV, anda boleh menikmati diskaun sebanyak 50%, menjadikan kos pengecasan DC hanya RM0.80/kWj.
Buat masa ini, semua sesi pengecasan perlu dibuat melalui aplikasi ChargEV, kerana stesen ini masih belum dipaparkan di dalam aplikasi pengecasan lain seperti Gentari Go dan JomCharge, walaupun ketiga-tiga penyedia pengecasan ini telah menandatangani perjanjian roaming tahun lalu.
Foto: PLUGSHARE
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge