Belanjawan 2025: Adakah Harga EV CBU Menjulang 2 Tahun Lagi?

Memandangkan Belanjawan 2025 tidak mengumumkan sebarang insentif lanjutan kenderaan elektrik untuk versi import sepenuhnya (CBU) , maka harga EV CBU akan mencanak pada tahun 2026.
Langkah itu dilihat bertepatan dengan pelaksanaan struktur cukai jalan EV baharu yang telah disemak namun perkara itu kini mula menimbulkan kebimbangan kepada mereka yang berhasrat untuk membeli EV.
Berikut adalah senarai lengkap EV yang dijual di Malaysia, termasuk harga bebas cukai dan kadar cukai jalan yang perlu dibayar oleh pemilik mulai 2026.

Biarpun, pemain industri sudah bersedia untuk menggalakkan penggunaan EV secara besar-besaran namun isu mampu milik kini menjadi satu cabaran besar.
Sebaliknya, kerajaan pula bergantung kepada model EV daripada Proton dan Perodua untuk menguasai pasaran EV gara-gara harganya lebih berpatutan.
Bagaimanapun, dengan pengecualian cukai dan jika syarat harga EV berharga RM100,000 dihapuskan, maka nasib EV peringkat permulaan yang digelar sebagai mampu milik masih menjadi tanda tanya.

Tanpa insentif lanjutan EV, nampaknya, EV import yang berharga rendah sudah tidak dapat dibeli memandangkan harga cukai baharu akan dimonopoli oleh jenama EV tempatan (Proton, Perodua).
Maka, dalam dua tahun lagi, nasib EV CBU berada di hujung tanduk!
Selain itu, bagi kebanyakan pengeluar EV dari luar negara, pemasangan CKD tempatan bukanlah pilihan yang berdaya maju kerana jumlah jualan EV Malaysia masih rendah, jika dibandingkan dengan Thailand.

Ini menyebabkan banyak jenama tidak dapat menawarkan harga yang kompetitif melainkan terdapat perubahan dasar jangka panjang baharu.
Apapun, sokongan kerajaan secara berterusan sebenarnya perlu dilakukan walaupun Belanjawan 2025 tidak menyentuh mengenai lanjutan insentif untuk EV.

Tanpa langkah sedemikian, penggunaan EV secara besar-besaran tidak mungkin dipercepatkan, manakala harga EV hanya untuk kereta nasional sebenarnya akan meninggalkan kesan.
Ini bermakna masa depan pasaran EV Malaysia mungkin banyak bergantung pada kesediaan kerajaan untuk memberikan sokongan berterusan dalam bentuk pengecualian cukai, subsidi, atau bentuk pelepasan lain kepada pengguna dan pengilang.
Cabaran Infrastruktur: Salah satu cabaran terbesar kepada penggunaan EV ialah kekurangan infrastruktur pengecasan yang mencukupi.
Walaupun tidak ditangani secara langsung dalam Bajet 2025, sebenarnya perlu ada desakan untuk menyelaraskan pemasangan stesen pengecas EV.
Pengendali titik caj (MSM) : kini berhadapan dengan peningkatan kos akibat kerenah birokrasi, menyebabkan mereka terpaksa mengecilkan pelan pengembangan di Malaysia dan sebaliknya menumpukan kepada pasaran asing yang lebih menjanjikan seperti India, Indonesia & Thailand.
Pendek kata, industri EV dilihat tidak banyak ditekankan dalam Belanjawan 2025 namun tanpa insentif kerajaan selanjutnya atau tumpuan yang lebih kukuh terhadap pembangunan infrastruktur, prospek penggunaan EV di Malaysia kekal tidak menentu.
Walaupun jenama tempatan seperti Proton dan Perodua mungkin akan membantu menangani isu ini namun isu infrastruktur pengecasan dan harga yang kompetitif untuk EV CBU memerlukan sokongan dasar yang lebih mantap.
Seperti diketahui umum, pengecualian cukai untuk model-model EV yang diimport sepenuhnya (CBU) akan berakhir pada 31 Disember 2025.
Bagaimanapun, kerangka insentif cukai EV sedia ada telah distruktur supaya ia selari dengan hasrat untuk menggalakkan peralihan kepada EV pemasangan tempatan (CKD).
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT7468
SELANGOR
BSU3867
JOHOR
JF6365J
PULAU PINANG
PSG3972
PERAK
APM2142
PAHANG
CFJ874
KEDAH
KGJ4505
NEGERI SEMBILAN
NEM2670
KOTA KINABALU
SJU5337
KUCHING
QAB7486P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge