ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

BYD Atto 3 2024 Terima Penarafan "Tidak Disyorkan", Tapi Ada Sebabnya

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Berita ini mungkin kurang enak bagi yang sudah membeli BYD ATTO 3!

Ini kerana kecoh di Facebook apabila badan penilaian keselamatan Euro NCAP memuat naik satu hantaran yang mengatakan BYD ATTO 3 2024 not recommended.  

Menerusi ujian penilaian keselamatan terbaharu, Euro NCAP memberi penarafan yang rendah untuk BYD ATTO 3  gara-gara isu Kawalan Jelajah Adaptif Pintarnya, yang gagal memenuhi piawaian keselamatan.

Menurut Euro NCAP, sistem itu gagal berfungsi menyebabkan kenderaan itu berada dalam bahaya kerana sistem itu mengekalkan kawalan kelajuan semasa memotong sekali gus meletakkan pemandu dalam bahaya.

Dalam ujian "Intervensi Pemandu Tidak Responsif", Atto 3 menerima markah 0 daripada 25 mata. 

Keputusan hasil daripada ujian itu mendapati BYD ATTO 3 hanya memperolehkan penarafan “Lemah” dan "Mencukupi" dalam kategori elak pelanggaran.

Apa yang memburukkan keadaan lagi, sistem ATTO 3 dilihat sukar untuk mengesan tanda jalan menyebabkan ia cuma memperoleh skor sebanyak 55% dalam kategori Bantuan Kenderan.

image.png

Badan penilai itu turut menekankan bahawa tiada kereta yang menerima skor "Tidak Disyorkan" sejak ia mula menguji teknologi bantuan pemanduan pada 2020.

Menurut Autoexpress UK, BYD bagaimanapun telah menunjukkan bahawa modelnya yang lebih baharu, seperti Dolphin dan Seal, menampilkan sistem bantuan pemandu yang lebih maju berbanding Atto 3.

Untuk makluman, BYD Atto 3 adalah salah satu daripada lima kenderaan yang diuji baru-baru ini oleh Euro NCAP.

Ujian itu turut membabitkan model BMW i5 elektrik dan Mercedes-Benz C-Class yang masing-masing menerima penarafan "Sangat Baik", manakala Volkswagen ID.7 dan Volvo EC40 juga menerima penggredan "Baik".

image.png

Pada 2026, Euro NCAP dijadualkan melancarkan sistem penarafan baharu yang menawarkan penilaian yang lebih teliti terhadap teknologi bantuan pemandu, kerana sistem ini semakin disepadukan ke dalam kereta kontemporari.

Apa yang pasti, sistem penarafan yang dikemas kini ini memberikan penelitian yang lebih mendalam pada teknologi ini selain  memastikan standard keselamatan yang lebih ketat. 


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4081

SELANGOR

BSU4704

JOHOR

JF9167J

PULAU PINANG

PSG5134

PERAK

APM3341

PAHANG

CFJ1512

KEDAH

KGJ5019

NEGERI SEMBILAN

NEM3179

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

BYD Atto 3 Rasmi Di Malaysia: Harga Bermula RM125,800, Ada Dua Varian

Jangan Terlepas! 500 Pelanggan Pertama BYD Atto 3 Terima Diskaun Overtrade RM10,000 & Wallbox Percuma.

05-06-2026
Global

06-03-2023
EV

06-02-2023

Berita Terkini

EV

Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster

Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia

18-10-2026
EV

ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria

ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.

16-10-2026
EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.