BYD M6 Bakal Masuk M'sia, Harga Bermula Dari RM115K

BYD bakal melancarkan MPV elektrik terbaharunya, BYD M6 di pasaran tempatan pada 15 Oktober nanti.
Varian peringkat permulaan BYD M6 dijangka akan dijual sekitar harga RM115,000 dan ia sudah pun menembusi pasaran Indonesia dan Thailand, baru-baru ini.
Bagaimanapun, MPV elektrik yang menawarkan enam tempat duduk ini dikatakan bakal menawan hati si pembeli yang mempunyai anak ramai atau keluarga besar.

Pada masa sama, BYD M6 dikatakan sudah bersedia untuk menewaskan pesaing-pesaing dalam segmennya .
Jika dibandingkan di Thailand, BYD M6 hadir dalam dua varian: M6 Dynamic dan BYD M6 Extended.
Varian Extended boleh menghamburkan kuasa setakat 201 hp (150 kW) manakala Dynamic 161 hp (120kW).

Sementara itu, varian M6 Dynamic hadir dengan bateri berkapasiti 55.4 kWj yang membolehkan ia bergerak sejauh 420 km manakala Extended pula hadir dengan bateri yang lebih besar iaitu 71.8 kWj. Ini membolehkan ia bergerak sejauh 530 km.
Dari segi pengecasan pula, M6 menyokong pengecasan pantas DC sehingga 85 kW, dan sehingga 115 kW untuk Extended.
Ini membolehkan kadar pengecasan dari 10-80% bagi varian Extended boleh dicapai dalam masa 40 minit.
Bagi pengecasan AC pula, ia terhad kepada 7 kW.
Menjengah bahagian kabinnya, M6 menyediakan tempat duduk tiga baris untuk enam penumpang.

Ia menawarkan ruang kaki dan keselesaan yang cukup baik. Selain itu, MPV ini juga hadir dengan bumbung kaca panoramik, tempat duduk hadapan boleh dilaraskan secara elektrik, ada skrin sentuh multimedia bersaiz 12.8 inci yang turut menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.
Antara kelengkapan lain ialah, ia didatangkan dengan but belakang jenis berkuasa, penghawa dingin automatik dan banyak lagi.
Dengan harga yang kompetitif, BYD M6 dijangka mampu menarik pembelinya yang sedang mencari MPV elektrik yang mampu milik namun serba lengkap dengan pelbagai ciri teknologi canggih.
Di sebalik itu, timbul pula teka-teki sama ada BYD akan menyemak semula harga BYD Dolphin di Malaysia memandangkan varian tertinggi Dolphin sudah mencecah lebih RM124,000.
Jika dibandingkan dengan BYD M6, ia jauh lebih murah, lebih besar, menawarkan jarak elektrik yang lebih panjang serta apa yang penting, ia mampu menempatkan lebih ramai penumpang.
Apapun, kita tunggu butiran lebih lanjut mengenai BYD M6 pada minggu hadapan!
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6845
SELANGOR
BSU3764
JOHOR
JF6065J
PULAU PINANG
PSG3794
PERAK
APM1960
PAHANG
CFJ647
KEDAH
KGJ4457
NEGERI SEMBILAN
NEM2595
KOTA KINABALU
SJU5267
KUCHING
QAB7463P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kenapa BYD Tak Jadi Bina Kilang CKD Di Tanjung Malim?
BYD tak jadi bina kilang CKD di Tanjung Malim tetapi jalin kerjasama dengan rakan kongsi tempatan.
11-09-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Masih Jadi Teka-Teki: BYD Teruskan Atau Tangguh Pelaburan Di Tanjung Malim
Belum Ada Kata Putus, MITI Dedah Status Terkini Pelaburan BYD Di Tanjung Malim.
05-08-2026
Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi
BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister
15-05-2026
Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai
Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.
07-05-2026
Bukan Bilik Pameran Biasa! BYD Tukar Bangunan Warisan Jadi Bilik Pameran Ikonik
BYD Mansion Macalister merupakan bilik pameran premium dan paling moden di Malaysia.
17-03-2026
Berita Terkini
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge