Ciri Apple CarPlay Kini Tersedia Untuk Proton X70 Facelift – Ini Caranya...

Berita gembira untuk pemilik Proton X70 Facelift! Proton kini telah melancarkan ciri sambungan Apple Carplay melalui kemaskini perisian Over-The-Air (OTA) untuk sistem infotainmen SUV ini.
Pengumuman ini dibuat melalui laman rasmi Facebook dan Instagram Proton, lengkap dengan panduan ringkas untuk pemilik mengenai cara mendapatkan kemaskini tersebut serta mengaktifkan satu ciri baharu yang penting.
Cara Mendapatkan Kemaskini OTA Apple CarPlay



Berdasarkan video yang dilampirkan, pemilik X70 boleh mendapatkan kemaskini OTA dengan mudah hanya dengan menyambungkan unit infotainmen kepada internet yang stabil. Proton mengesyorkan agar proses ini dilakukan semasa kenderaan dalam keadaan statik dan diparkir. Proses muat turun, installation dan reboot hanya mengambil masa beberapa minit sebelum ciri boleh mula digunakan.
Apple CarPlay Tanpa Wayar
Sebaik selesai, pengguna boleh menikmati pelbagai ciri yang ditawarkan Apple CarPlay. Yang menariknya, sambungan dengan sistem ini boleh dibuat tanpa menggunakan wayar iaitu melalui bluetooth atau dengan USB.
Android Auto Bakal Menyusul
Buat masa ini, kemaskini OTA ini hanya disediakan untuk pemilik X70 Facelift yang menggunakan peranti iPhone. Kepada pengguna Android, ciri Android Auto dijangka akan mula ditawarkan dalam masa beberapa bulan lagi. Bagaimanapun, tarikh tepat kemaskini ini masih belum didedahkan.
Baca: [ULASAN RINGKAS] Proton X70 2025 Bukti Kemampuan Sebenar Di Sabah
Proton X70 Facelift



Proton X70 facelift pertama kali diperkenalkan pada awal Ogos tahun ini sebelum pelancarannya secara rasmi pada pertengahan Ogos. SUV ini ditawarkan di pasaran dalam empat varian pada harga yang bermula dari RM98,800. Semua varian dikuasakan oleh enjin 1.5 liter TGDi 3 silinder turbo. Selain itu, terdapat juga perubahan reka bentuk dalaman dan luaran yang ketara.
Ciri paling menonjol dalam model facelift ini adalah skrin infotainment terapung 12.3 inci yang ditingkatkan dengan RAM dan storan lebih besar. Namun ketika pelancaran model ini, sambungan untuk Apple CarPlay atau Android Auto masih belum disediakan lagi.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT2481
SELANGOR
BSP195
JOHOR
JYU4360
PULAU PINANG
PSB2741
PERAK
APG4968
PAHANG
CFG1528
KEDAH
KGF2077
NEGERI SEMBILAN
NEJ9820
KOTA KINABALU
SJR2831
KUCHING
QAB5253N
Terakhir Kemas Kini 12 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Boleh 'Layan Movie' Dalam Kereta! Apple CarPlay Bakal Sokong Penstriman Video
Kaki 'layan' movie dalam kereta, Apple membawa berita gembira buat pengguna setia iPhone dengan pengenalan fungsi tonton video dan filem melalui Apple CarPlay.
23-02-2026
AI Boleh 'Dengar' Kerosakan Enjin, WISEDRIVE Kini Di Malaysia – 20 Kali Lagi Tepat Dari Mekanik?
Membeli kereta terpakai sering kali dianggap seperti ‘bermain judi’, ada kalanya untung, ada kalanya rugi kerana dapat kereta yang bermasalah.
14-01-2026
Peugeot Mula Uji Stereng 'Petak' Hypersquare – Bakal Digunakan Pada Peugeot 208
Jenama ‘singa’ dari Perancis, Peugeot, menunjukkan betapa seriusnya syarikat itu untuk tampil unik dan inovatif dengan rekaan terbarunya, sebuah stereng ‘petak’ yang dinamakan Hypersquare.
16-12-2025
Kembar e.MAS 7 Guna Teknologi Roda Inovatif, Boleh Pusing 360 Darjah Satu Tempat
Jenama automotif gergasi China, Geely, memperkenalkan teknologi pergerakan tayar yang inovatif, sistem stereng empat roda bebas 90 darjah.
16-12-2025
Zeekr Lancar Kempen Pengumpulan Dana Untuk Naik Taraf Teknologi Bantuan Pemandu Canggih
Jarang kita dengar pengeluar kereta yang telah membina empayar gah menggunakan pembiayaan awam (crowdfunding) untuk pembangunan teknologi.
26-11-2025
SUV Sporty Omoda 7 Miliki Teknologi Parkir Luar Biasa
SUV yang diposisikan sebagai model segmen C ini tampil dengan rekaan sporty yang menarik perhatian golongan muda.
26-11-2025
Tesla Ubah Prinsip, Sedia Tawar Apple CarPlay Untuk Tarik Pembeli
Tesla mungkin akan mula menyokong dan mengintegrasikan Apple CarPlay dalam kenderaannya tidak lama lagi.
18-11-2025
Volkswagen Bakal Guna Teknologi XPeng Pada Model-Model Akan Datang
XPeng bersama Volkswagen Group telah mengambil satu langkah besar dalam kolaborasi teknologi mereka melalui sistem seni bina elektronik dan elektrikal (E/E).
18-08-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat