Kembar e.MAS 7 Guna Teknologi Roda Inovatif, Boleh Pusing 360 Darjah Satu Tempat

Jenama automotif gergasi China, Geely, memperkenalkan teknologi pergerakan tayar yang inovatif, sistem stereng empat roda bebas 90 darjah. Model yang digunakan untuk menguji teknologi ini ialah kenderaan elektrik (EV), Geely EX5, kembar Proton e.MAS 7.
Apakah Kelebihan Sistem Stereng 90 Darjah Ini?
Teknologi yang dibangunkan sendiri oleh Geely Automobile ini membolehkan prototaip EX5 tersebut melakukan pergerakan luar biasa, termasuk berpusing di tempat yang sama, parkir di ruang sempit dengan mudah dan digerakkan ke pelbagai arah atau omnidirectional.


Sistem ini menggunakan motor elektrik yang diintegrasikan secara langsung ke dalam setiap roda. Ini bermakna prototaip EX5 yang digunakan untuk ujian ini mempunyai empat unit pemanduan khas yang ditetapkan kepada setiap roda.
Dengan setiap roda mempunyai unit pemanduan dan stereng bebas, prototaip EX5 kini boleh melakukan pergerakan yang mustahil dilakukan oleh kereta biasa, terutamanya dalam ruang yang sempit.


Selain berpusing 360 darjah di tempat yang sama dan parkir dengan mudah, sistem ini turut menyokong mod pemanduan "ketam" atau crab driving mode, serupa dengan prototaip Hyundai Ioniq 5 yang dilengkapi sistem stereng empat roda Hyundai Mobis.
Adakah Prototaip EX5 Ini Perlu Diubah Suai Untuk Sistem Stereng Baharu?
Ya, jurutera Geely terpaksa melakukan beberapa kompromi dan pengubahsuaian pada prototaip EX5 untuk memuatkan sistem stereng 90 darjah ini seperti:
- Penyambungan Gandar: Bahagian gandar belakang kereta dan lengkungan roda (wheel arches) diperbesar untuk memuatkan jejari pusingan 90 darjah untuk roda.
- Kesan Terhadap Ruang Kabin: Walaupun tiada gambar kabin didedahkan, timbul spekulasi bahawa sistem stereng baharu ini mungkin menjadikan ruang kabin lebih kecil.
Bilakah Teknologi Ini Dijangka Memasuki Pasaran?
Buat masa ini, sistem stereng empat roda 90 darjah ini masih di peringkat prototaip. Geely belum mendedahkan bila mereka merancang untuk ‘menaikkan’ teknologi ini ke tahap pengeluaran besar-besaran.

Menurut sumber CarNewsChina, sistem stereng empat roda bebas ini merupakan sebahagian daripada inovasi teknologi baharu Geely, di mana kenderaan yang dilengkapi ciri ini boleh dikawal menggunakan sarung tangan khas.
Juga Menarik: Ini Dia Proton e.MAS 7 PHEV, Masih Dalam Versi Prototaip, Dikhabarkan Bakal Dilancar
Geely merancang untuk menjadikan sarung tangan ini sebagai pengganti kepada pelbagai peranti pintar lain, tetapi tiada maklumat teknikal lanjut yang tersedia buat masa ini.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6230
SELANGOR
BSU3687
JOHOR
JF5842J
PULAU PINANG
PSG3654
PERAK
APM1847
PAHANG
CFJ509
KEDAH
KGJ4374
NEGERI SEMBILAN
NEM2549
KOTA KINABALU
SJU5166
KUCHING
QAB7445P
Terakhir Kemas Kini 12 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
Geely EX5 Terlebih Dahulu Masuk Pasaran UK Bulan Depan, Apa Pula Nasib Proton e.MAS 7?
Geely EX5 EV SUV iaitu kembar kepada Proton e.MAS 7 akan dilancarkan secara rasmi di pasaran UK pada bulan depan.
17-09-2025
Kembar Tak Serupa, Geely EX5 Pula Didedah Di Nepal
Hanya beberapa bulan lalu selepas Proton melancarkan Proton e.MAS 7 di Nepal, rakan kongsinya Geely pula memperkenalkan EX5 di negara terbabit.
07-08-2025
Geely EX5 Hadir Dengan Jaminan Bateri Seumur Hidup Tetapi Ada Syaratnya
Nampaknya, Geely Auto Indonesia menjadi tumpuan memandangkan ia menawarkan waranti bateri seumur hidup untuk model Geely EX5 di awah pakej promosi yang dinamakan ‘EXceptional Value Deals.
08-07-2025
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
PDRM Guna Proton e.MAS Untuk Tugas Operasi Harian
PDRM Terima 3 Unit Proton e.MAS Untuk Penilaian Operasi Rasmi.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berita Terkini
Boleh 'Layan Movie' Dalam Kereta! Apple CarPlay Bakal Sokong Penstriman Video
Kaki 'layan' movie dalam kereta, Apple membawa berita gembira buat pengguna setia iPhone dengan pengenalan fungsi tonton video dan filem melalui Apple CarPlay.
23-02-2026
AI Boleh 'Dengar' Kerosakan Enjin, WISEDRIVE Kini Di Malaysia – 20 Kali Lagi Tepat Dari Mekanik?
Membeli kereta terpakai sering kali dianggap seperti ‘bermain judi’, ada kalanya untung, ada kalanya rugi kerana dapat kereta yang bermasalah.
14-01-2026
Peugeot Mula Uji Stereng 'Petak' Hypersquare – Bakal Digunakan Pada Peugeot 208
Jenama ‘singa’ dari Perancis, Peugeot, menunjukkan betapa seriusnya syarikat itu untuk tampil unik dan inovatif dengan rekaan terbarunya, sebuah stereng ‘petak’ yang dinamakan Hypersquare.
16-12-2025
Kembar e.MAS 7 Guna Teknologi Roda Inovatif, Boleh Pusing 360 Darjah Satu Tempat
Jenama automotif gergasi China, Geely, memperkenalkan teknologi pergerakan tayar yang inovatif, sistem stereng empat roda bebas 90 darjah.
16-12-2025
Zeekr Lancar Kempen Pengumpulan Dana Untuk Naik Taraf Teknologi Bantuan Pemandu Canggih
Jarang kita dengar pengeluar kereta yang telah membina empayar gah menggunakan pembiayaan awam (crowdfunding) untuk pembangunan teknologi.
26-11-2025
SUV Sporty Omoda 7 Miliki Teknologi Parkir Luar Biasa
SUV yang diposisikan sebagai model segmen C ini tampil dengan rekaan sporty yang menarik perhatian golongan muda.
26-11-2025
Tesla Ubah Prinsip, Sedia Tawar Apple CarPlay Untuk Tarik Pembeli
Tesla mungkin akan mula menyokong dan mengintegrasikan Apple CarPlay dalam kenderaannya tidak lama lagi.
18-11-2025
Volkswagen Bakal Guna Teknologi XPeng Pada Model-Model Akan Datang
XPeng bersama Volkswagen Group telah mengambil satu langkah besar dalam kolaborasi teknologi mereka melalui sistem seni bina elektronik dan elektrikal (E/E).
18-08-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



