ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Dari Saga Ke S70: Proton Juarai Jualan Sedan Di M'sia

Suhana Veru

Kongsi melalui

Proton-Saga-first-edition.png

Percaya atau tidak, Proton kekal sebagai jenama terlaris bagi kereta sedan di Malaysia apabila sebanyak 3.85 juta unit terjual sejak pelancaran Proton Saga pada 9 Julai 1985.

PROTON-models-were-once-used-as-police-cars-in-Humberside-County,-United-Kingdom.jpeg

Sepanjang 40 tahun penubuhannnya, Proton berjaya menghasilkan  Proton Saga, Proton Wira dan Proton Waja, yang pernah digunakan sebagai kereta polis di Humberside County, United Kingdom.

Proton-Waja-competed-in-British-Touring-Car-Championship.jpg

Tidak ketinggalan dua generasi Proton iaitu  Persona, Prevé, dan kini ialah Proton S70.

Dilancarkan pada bulan November tahun lalu, Proton S70 menjadi pilihan utama dalam kategori sedan-C dalam jangka masa yang cepat, dengan jumlah jualan tahun-ke-tahun mencecah 14,877 unit sehingga bulan September.

image.png

Jualan keseluruhan telah mengatasi pesaing lain dalam kategori yang sama, dengan purata 1,640 unit terjual sebulan sejak bulan Januari tahun ini. 

Model ini mendahului jualan dalam segmennya, dengan tiga negeri teratas iaitu Selangor, Johor, dan Pulau Pinang. 

Namun, penyumbang terbesar dalam kumpulan ini ialah Proton Saga yang sentiasa relevan, dengan jualan melebihi 2 juta unit sejak pelancarannya pada 9 Julai 1985 hingga bulan September tahun ini. 

Proton-Iswara-1992-edition.png

Model ini telah melalui perubahan besar menerusi tiga generasi, dengan peningkatan dari segi keselamatan, reka bentuk, prestasi, keselesaan dalaman dan ciri-ciri, pembangunan platform dan casis, serta badan yang lebih kukuh.

Bagi sedan Proton, pengalaman pemanduan yang responsif, rekod keselamatan, serta keseronokan di belakang stereng memainkan peranan besar dalam menarik minat pembeli kereta. 

Seiring dengan perubahan zaman, model-model ini turut memperkenalkan peningkatan keselamatan yang relevan, seperti sistem brek anti-kunci (ABS), beg udara, pretensioner tali pinggang keledar, struktur badan yang dibentuk dengan hot-press form, dan baru-baru ini dengan Proton S70, ciri-ciri ADAS (Advanced Driver Assistance Systems) tahap 2 seperti bantuan pertukaran lorong, brek kecemasan automatik, kawalan pemanduan pintar, serta maklumat papan tanda trafik untuk memastikan sedan Proton kekal di barisan hadapan teknologi keselamatan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata,  pihaknya berbangga dengan hubungan dengan keluarga Malaysia, yang bermula sejak tahun 1980-an. 

Roslan-Abdullah,-Deputy-CEO-of-PROTON-(2).JPG

“Sedan kami yang bermua dari Saga yang ikonik hingga S70 yang inovatif, bukan sahaja berfungsi sebagai kereta pertama yang boleh diharap tetapi juga telah menjadi warisan keluarga yang dihargai, mencipta kenangan yang abadi merentasi generasi. 

“Dengan lebih 3.85 juta unit terjual, kami terus komited untuk memberikan kualiti, keselamatan, dan inovasi, memastikan setiap kenderaan mencerminkan dedikasi kami terhadap keperluan pelanggan yang semakin berkembang.

Bagaimanapun, pihak Proton tidak menafikan bahawa rakyat Malaysia lebih suka kereta sedan Proton kerana gaya dan praktikalitinya.

Misalnya, Proton Saga mempunyai ciri unik yang mengingatkan pemandu untuk memeriksa kenderaan mereka bagi memastikan tiada barang atau kanak-kanak yang tertinggal sebelum keluar dari kereta, manakala Proton Persona menawarkan ruang but sebanyak 500 liter, memudahkan perjalanan jauh dengan bagasi. 

image.png

Sementara itu, Proton S70 menetapkan piawaian lebih tinggi dengan menggabungkan ciri-ciri seperti lampu hadapan LED, kamera 360 darjah, evolusi terkini perisian dalam kereta PROTON, skrin sentuh 12.3 inci, dan juga bumbung suria, yang terus meningkatkan lagi tahapnya dalam segmen ini.

image.png

Tinjauan terbaru oleh Insight Asia yang melibatkan 277 peserta berumur antara 22 hingga 59 tahun mendedahkan bahawa pembeli mengutamakan kemampuan, keselesaan, dan keselamatan, bersama dengan reka bentuk yang bergaya dan moden.

image.pngimage.pngimage.pngimage.png

Sebab-sebab utama untuk memilihnya termasuk estetika yang menarik, kuasa yang baik, dan nilai keseluruhan yang berbaloi, bermula dari lebih RM70,000. Ramai pemilik telah naik tarafdari segmen yang lebih kecil dan tidak mempertimbangkan model lain, melihat model ini sebagai unik dalam kelasnya.




Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto

06-03-2024
Berita Auto

21-02-2024
Berita Auto

17-04-2023
Berita Auto

03-03-2023
Berita Auto

03-02-2023
Berita Auto

Jualan Proton Kekal Meningkat 3 Bulan Berturut-Turut

PROTON telah mengeluarkan laporan jualan bagi bulan April yang menunjukkan peningkatan jualan selama tiga bulan berturut-turut.

04-05-2021
Berita Auto

04-02-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?

Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?

12-10-2026
Berita Auto

Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman

Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.

12-10-2026
Berita Auto

MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.

12-10-2026
Berita Auto

BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban

Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.

12-10-2026
Berita Auto

Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?

Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.

12-10-2026
Berita Auto

Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5

Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.

11-10-2026
Berita Auto

JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut

Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.

11-10-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa

Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.

09-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.