ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Dilancar: MINI Cooper S 5-Door, Harga Sekitar RM293,000

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selain MINI Aceman elektrik, MINI Malaysia (BMW Group Malaysia) juga memperluaskan barisannya dengan  mengumumkan ketibaan MINI Cooper S 5-Door generasi keempat baharu ke pasaran tempatan.

MINI Cooper S 5-Door (kod casis: F66) sebenarnya sudah pun muncul di pasaran global sejak Jun lalu.

Seperti sebelum ini, varian ini membawa satu lagi pintu tambahan serta kabin yang lebih besar dan agak praktikal dimana ia menampilkan susun atur lima tempat duduk.

image.png

Dari segi dimensi, MINI lima pintu ini sepanjang 4,036 mm manakala jarak roda pula 2,567 mm.

Ini bermakna jarak antara tayar kini lebih panjang iaitu 72mm dan dengan kepanjangan tambahan sebanyak 160mm menjadikan kabin MINI Cooper S 5-door ini lebih luas tanpa menjejaskan rekaan klasiknya.

Dari segi trenkuasanya, MINI Cooper S 5-Door baharu dikuasakan oleh enjin petrol 2.0 liter dimana ia mampu menghasilkan 204 hp (150 kW).

Ini membolehkan ia memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam masa 6.8 saat manakala  kelajuan maksimum pula adalah 242 km/j.

Dari segi estetika, jentera ini sebenarnya mengekalkan banyak ciri khas dan reka bentuk minimalis seperti mana yang dapat dilihat pada  MINI versi 3 Pintu.

image.pngimage.png

Ia hadir dengan gril oktagon dengan bingkai hiasan hitam dan warna kontras bumbung serta penutup cermin sisinya dilihat meningkatkan lagi penampilannya yang bergaya.

Selain itu, bonet gaya ‘clamshell’ kenderaan ini memberikan sentuhan klasik MINI, manakala rim aloi Slide Spoke dua tona bersaiz 18 inci menambahkan lagi gaya sportynya.

Antara ciri yang masih dikekalkan ialah lampu belakangnya jenis  LED berbentuk segi tiga dimana ia memberikan elemen reka bentuk yang tersendiri dengan pilihan tiga pencahayaan utama.

image.png

Bukan itu sahaja, antena ‘bee-sting’ klasik beserta pemegang hitam horizontalnya turut membuatkan MINI baharu ini lebih menonjol.

Bahagian kabinnya pula, ia menampilkan papan pemuka dan kemasan pintu dalam fabrik kait dua tona dan diperbuat daripada poliester kitar semula.

image.png

Kerusinya pula dilapisi dengan Vescin, iaitu sejenis kulit vegan berkualiti tinggi, dengan corak perforated houndstooth dan sisipan tekstil biru yang kontras,

image.png

Beralih kepada ciri teknologinya, sama seperti MINI Aceman baharu, MINI Cooper S 5-Door juga dilengkapi dengan sistem bunyi sekeliling Harman Kardon skrin sentuh OLED 240mm yang dikuasakan olehSistem Operasi 9 MINI.

Dari segi Sistem Bantuan Pemanduan Lanjutan (ADAS), MINI lima pintu ini juga  dilengkapi dengan ciri keselamatan seperti Amaran Tukar dan Keluar Lorong serta Amaran Perlanggaran Hadapan dan Lintasan Trafik Belakang, Kawalan Pengendalian Aktif dengan fungsi Berhenti & Jalan, Bantuan Kawalan Lorong dan Bantuan Had Kelajuan.

image.pngimage.png

Tidak ketinggalan, Bantuan Parkir Plus turut menawarkan bantuan parkir dan mengundur melalui ciri seperti Paparan Menyeluruh 3D dan Bantuan Undur yang dapat dilihat hingga 50 meter.

Bagi yang berminat,  MINI Cooper S 5-Door yang dianggarkan sekitar RM293,000   ini sudah boleh ditempah di semua pengedar sah MINI di seluruh negara.

image.png

Bagaimanapun,  harga tersebut tidak termasuk Pakej Waranti & Waranti  Lanjutan MINI yang mana pembeli perlu menambahkan lagi kos sebanyak RM10,400.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT9671

SELANGOR

BSU4180

JOHOR

JF7160J

PULAU PINANG

PSG4372

PERAK

APM2540

PAHANG

CFJ1205

KEDAH

KGJ4714

NEGERI SEMBILAN

NEM2842

KOTA KINABALU

SJU5583

KUCHING

QAB7540P

Terakhir Kemas Kini 15 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?

Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.

09-09-2026
Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

MINI Paul Smith Edition Kini Boleh Didapati Di Auto Bavaria Dalam Dua Warna Eksklusif

Peminat setia MINI berpeluang menyaksikan pelancaran kereta MINI Paul Smith Edition oleh Auto Bavaria di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

30-04-2026
Berita Auto

Performance Motors Malaysia Kini Urus Pusat Pengedar BMW, MINI

Sime Motors dan Ingress Corporation Berhad menjalinkan kerjasama untuk mengendalikan dan menguruskan dua pusat pengedaran BMW serta satu pusat pengedaran MINI di Performance Motors Malaysia.

29-04-2025
EV

Pengeluaran EV MINI Di Oxford Ditangguhkan, Sasaran EV Kerajaan UK Tidak Masuk Akal?

BMW mengesahkan bahawa rancangan untuk memulakan pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di kilang MINI di Oxford ditangguhkan buat sementara waktu.

24-02-2025
Kereta Baru

MINI Aceman Elektrik Dilancar, Hanya Ada 1 Varian, Harga RM213,888

MINI Malaysia buat julung kalinya melancarkan crossover kompak elektrik pertamanya, MINI Aceman, sebentar tadi.

08-10-2024
EV

Kalau Negara Jiran Dah Dapat, Adakah Mini Aceman SE 2024 Pun Akan Masuk M'sia

Di Thailand, Aceman cuma didatangkan dalam satu varian.

26-08-2024
Kereta Baru

Nantikan Kemunculan Model Baharu MINI

Nampaknya, MINI Malaysia bakall melancarkan sebuah model baharu versi elektrik pada bulan ini.

01-07-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.