- Berita
- Kereta Baru
- JAC T9 Elektrik, Diesel Ditayang, Harga Trak Elektrik Bawah RM200K, Diesel Bawah RM120K
JAC T9 Elektrik, Diesel Ditayang, Harga Trak Elektrik Bawah RM200K, Diesel Bawah RM120K

JAC Motors menayangkan trak pikap T9 diesel dan T9 versi elektrik dalam satu majlis pratonton eksklusif yang diadakan di Petaling Jaya, petang tadi.
Kedua-dua varian itu akan dilancarkan secara rasmi pada tahun Januari 2025. Ia akan dijual pengedar rasmi JAC di Malaysia, EvolvElectric Motors Sdn Bhd.

Kedua-dua varian didatangkan dengan ADAS 2.0 (Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan), brek cakera hadapan dan belakang, Sistem Pemantauan Pemandu, dan tujuh beg udara, untuk memastikan keselamatan maksimum untuk pemandu dan penumpang.
Model T9 Diesel 4x4 telah mendapat penarafan 5 bintang dengan Australia NCAP, yang menekankan komitmennya terhadap keselamatan dan prestasi.

T9 elektrik didatangkan dengan dua motor elektrik dimana motor di hadapan mampu menghasilkan kuasa 70 kW, manakala motor belakang 160 kW.
Secara keseluruganya, ia mampu menghasilkan tork 516 Nm dan boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa 8.4 saat dan mencapai laju maksimum 140 km/j.
T9 elektrik didatangkan dengan bateri berkapasiti 88 kWh, yang membolehkan ia bergerak sejauh 340 km mengikut ujian WLTP.

Ia boleh dicas dengan pengecas DC sehingga 88 kW dimana baterinya penuh dari 30-80% dalam masa 35 minit.
Jika menggunakan pengecas AC, baterinya akan naik dari 15-100% dalam masa enam jam 50 minit.

Buat masa ini, harga EV T9 elektrik masih belum diumumkan namun pihak JAC Motors menawarkan harga pengenalan istimewa untuk pelanggan awal:
● T9 Diesel 2.0 CTI 4x4: Ditawarkan pada harga kurang daripada RM 120,000 (di atas jalan, tanpainsurans), ia disertakan dengan waranti perbatuan tanpa had selama 5 tahun. Harga promosi ini tersedia untuk 300 pelanggan pertama yang menempah kenderaan sebelum 31 Disember 2024.
● T9 BEV 4x4: Tersedia pada kurang RM 200,000(di atas jalan, tanpa insurans), ia termasuk waranti 6 tahun atau 200,000 km. Pelanggan yang berminat dengan siri pikap T9 boleh menempah kenderaan mereka secara dalam talian menerusi laman Facebook EvolvElectric Motors, dengan bayaran tempahan RM 1,000. Harga promosi ini hanya untuk 100 pelanggan pertama yang membuat tempahan sebelum 31 Disember 2024.
Untuk keterangan lanjut, layari evolvelectricmotors.com.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRA6207
SELANGOR
BSQ4281
JOHOR
JYX4741
PULAU PINANG
PSC5767
PERAK
APH7560
PAHANG
CFG6287
KEDAH
KGG2483
NEGERI SEMBILAN
NEK5154
KOTA KINABALU
SJS1284
KUCHING
QAB9045N
Terakhir Kemas Kini 30 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
MITI: JAC Motors Bakal Melabur Di M'sia Untuk Fasiliti CKD
JAC Motors telah membincangkan rancangan pelaburan meraka di Malaysia.
27-09-2024
Berita Terkini
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'
Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.
22-05-2026
RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup
GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.
21-05-2026
DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k
Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.
21-05-2026
Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?
Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid
15-05-2026
Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?
Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.
14-05-2026
Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?
Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.
13-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
