Leapmotor C10 Kini Rasmi Di Malaysia – Hanya RM149,000 Hingga 30 Nov Ini

Sebentar tadi, Stellantis Malaysia telah melancarkan secara rasmi kenderaan elektrik (EV) Leapmotor C10 untuk pasaran Malaysia.
Trenkuasa Leapmotor C10

Model ini menggunakan satu motor pacuan roda belakang (RWD) dengan output kuasa 214 hp (160 kW) yang dikuasakan oleh bateri lithium besi fosfat (LFP) 69.9 kWj.

Menggunakan pengecas pantas, bateri tersebut boleh dicas daripada 30-80% dalam masa hanya 30 minit. Dengan cas penuh, C10 boleh bergerak sejauh 424 km (WTLP).
Dari segi prestasi, C10 dikatakan dapat melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa sepantas 7.5 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 210 km/j.
Model ini juga dilaporkan menggunakan suspensi talaan Maserati.
Reka Bentuk Leapmotor C10




Diposisikan dalam segmen D, model berukuran 4,739 mm panjang, 1,900 mm lebar dan 1,680 mm tinggi dengan jarak roda 2,285 mm ini memberi saingan kepada EV lain seperti XPeng G6 dan Tesla Model Y.
Secara keseluruhannya SUV EV ini menampilkan reka bentuk luaran minimalis dengan ciri-ciri seperti lampu hadapan dan belakang LED yang terletak rata pada badan kereta, masing-masing dengan jalur lampu yang berkelebaran penuh, permukaan badan juga direka rata pada pelbagai sudut. Untuk meluncur di jalan raya, SUV yang dipamerkan ini menggunakan rim aloi Trident berukuran 20 inci. Model ini ditawarkan dalam warna Glazed Green, Pearly White dan Canopy Grey atau Tundra Grey.
Kabin Leapmotor C10




Skrin infotainmen yang digunakan berukuran 14.6 inci. Sistem ini menyokong ciri seperti navigasi satelit, Bluetooth dan WiFi. Namun tiada sambungan Apple Carplay dan Android Auto buat masa ini. Model ini didatangkan dengan kad kunci NFC yang perlu diletakkan pada konsol tengah supaya enjin dapat dihidupkan.

Selain itu, tempat duduk hadapan C10 boleh dilipat hingga 180 darjah. Apabila kedua-dua tempat duduk hadapan dan belakang dilipat, kabin C10 boleh diubah menjadi ‘katil queen’ untuk dua orang, dengan panjang sehingga 2.7 meter.

Untuk simpanan barang, ruang kargonya berkapasiti 435 liter dan boleh mencapai 1410 liter apabila tempat duduk belakang dilipat.
Dua warna kabin disediakan iaitu coklat (Criollo Brown) khas untuk warna badan kereta berwarna Glazed Green atau hitam (Midnight Aurora).
Ciri Keselamatan Leapmotor C10


Leapmotor C10 didatangkan dengan sistem bantuan pemandu canggih (ADAS) Tahap 2 yang merangkumi 16 ciri keselamatan penting seperti kamera 360 darjah. Model ini turut dilengkapi dengan 7 beg udara.

Berikut adalah ciri keselamatan yang disediakan:
● Adaptive Cruise Control (ACC)
● Lane Centering Control (LCC)
● Traffic Jam Assist (TJA)
● Front Collision Warning (FCW)
● Autonomous Emergency Braking (AEB)
● Blind Spot Detection (BSD)
● Door Opening Warning (DOW)
● Emergency Lane Keeping (ELK)
● Lane Departure Warning (LDW)
● Lane Keep Assist (LKA)
● Rear Collision Warning (RCW)
● Rear Cross-Traffic Alert And Braking (RCTA + RCTB)
● Intelligent Speed Assist (ISA)
● Driver Drowsiness Alert Warning (DDAW)
● Advanced Driver Distraction Warning (ADDW)
Harga & Jaminan Leapmotor C10

Leapmotor C10 ditawarkan di pasaran pada harga kompetitif iaitu RM159,000 menjadikannya pesaing terdekat kepada SUV elektrik terlaris lain di Malaysia, BYD Atto 3 yang dijual pada harga RM149,800. Namun sempena pelancarannya, Leapmotor C10 ditawarkan pada harga pengenalan hanya RM149,000 sehingga 30 November 2024.
Pembelian adalah termasuk jaminan selama 6 tahun atau sehingga 150,000 km, mana-mana tiba dahulu serta jaminan bateri selama 8 tahun atau 160,000 km, mana-mana tiba dahulu.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
Leapmotor Jual 1.5 Juta Kenderaan Secara Global
Leapmotor mengumumkan bahawa pihaknya sudah menyerah 1.5 juta kenderaan di seluruh dunia.
22-06-2026
Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal
Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?
26-02-2026
Bilik Pameran Eksklusif Pertama Leapmotor Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil
Syarikat pengedar automotif terkemuka, Cycle & Carriage (C&C), telah melancarkan pembukaan cawangan bilik pameran pertama jenama kenderaan elektrik (EV), Leapmotor, di pusat beli-belah terkemuka, Pavilion Bukit Jalil.
09-01-2026
Leapmotor Catat Jualan 536,132 Kereta Dari Jan-Nov 2025
Leapmotor mendedahkan bahawa pihaknya berjaya menjual sebanyak 536,132 kenderaan bermula dari Januari hingga November lepas.
16-12-2025
Auto Guangzhou 2025: Leapmotor A10 Didedahkan Kepada Umum – Bakal Tiba Di Malaysia?
SUV crossover elektrik kompak Leapmotor A10 (B03X) akhirnya muncul menyerlahkan rekaannya untuk tatapan umum di Auto Guangzhou 2025.
24-11-2025
Leapmotor B10 Kini Boleh Ditempah – Anggaran Dari RM110K
Leapmotor Malaysia hari ini secara rasmi mengumumkan bahawa tempahan bagi kenderaan elektrik (EV) baharu, Leapmotor B10, kini dibuka kepada umum.
17-11-2025
Leapmotor B05 Ultra Diperkenalkan – Model Elektrik Yang Sporty
Pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China, Leapmotor, telah mendedahkan imej pertama Leapmotor B05 Ultra yang juga dikenali sebagai Lafa 5 Ultra di China.
09-10-2025
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

