ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

JAC T9 Elektrik, Diesel Ditayang, Harga Trak Elektrik Bawah RM200K, Diesel Bawah RM120K

Suhana Veru

Kongsi melalui

IMG_20241021_150741.jpg

JAC Motors menayangkan trak pikap T9 diesel dan T9 versi elektrik dalam satu majlis pratonton eksklusif yang diadakan di Petaling Jaya, petang tadi.

Kedua-dua varian itu akan dilancarkan secara rasmi pada tahun Januari 2025. Ia akan dijual  pengedar rasmi JAC di Malaysia,  EvolvElectric Motors Sdn Bhd.

IMG_20241021_151412.jpg

Kedua-dua varian didatangkan dengan ADAS 2.0 (Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan), brek cakera hadapan dan belakang, Sistem Pemantauan Pemandu, dan tujuh beg udara, untuk memastikan keselamatan maksimum untuk pemandu dan penumpang. 

Model T9 Diesel 4x4 telah mendapat penarafan 5 bintang dengan Australia NCAP, yang menekankan komitmennya terhadap keselamatan dan prestasi.

IMG_20241021_151328.jpg

T9 elektrik didatangkan dengan  dua motor elektrik dimana motor di hadapan mampu menghasilkan kuasa 70 kW, manakala motor belakang 160 kW.

Secara keseluruganya, ia mampu menghasilkan tork   516 Nm dan boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa 8.4 saat dan mencapai laju maksimum 140 km/j.

T9 elektrik didatangkan dengan bateri berkapasiti 88 kWh, yang membolehkan ia bergerak sejauh  340 km mengikut ujian WLTP. 

IMG_20241021_151522.jpg

Ia boleh dicas dengan pengecas DC sehingga 88 kW dimana baterinya penuh dari  30-80% dalam masa 35 minit. 

Jika menggunakan pengecas AC, baterinya akan naik dari 15-100% dalam masa enam jam 50 minit.

IMG_20241021_153334.jpg

Buat masa ini, harga EV T9 elektrik masih belum diumumkan namun pihak JAC Motors menawarkan harga pengenalan istimewa untuk pelanggan awal:

T9 Diesel 2.0 CTI 4x4: Ditawarkan pada harga kurang daripada RM 120,000 (di atas jalan, tanpainsurans), ia disertakan dengan waranti perbatuan tanpa had selama 5 tahun. Harga promosi ini tersedia untuk 300 pelanggan pertama yang menempah kenderaan sebelum 31 Disember 2024.

T9 BEV 4x4: Tersedia pada kurang RM 200,000(di atas jalan, tanpa insurans), ia termasuk waranti 6 tahun atau 200,000 km.  Pelanggan yang berminat dengan siri pikap T9 boleh menempah kenderaan mereka secara dalam talian menerusi laman Facebook EvolvElectric Motors, dengan bayaran tempahan RM 1,000.  Harga promosi ini hanya  untuk 100 pelanggan pertama yang membuat tempahan sebelum 31 Disember 2024.

Untuk keterangan lanjut, layari evolvelectricmotors.com.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRA6207

SELANGOR

BSQ4281

JOHOR

JYX4741

PULAU PINANG

PSC5767

PERAK

APH7560

PAHANG

CFG6287

KEDAH

KGG2483

NEGERI SEMBILAN

NEK5154

KOTA KINABALU

SJS1284

KUCHING

QAB9045N

Terakhir Kemas Kini 30 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

MITI: JAC Motors Bakal Melabur Di M'sia Untuk Fasiliti CKD

JAC Motors telah membincangkan rancangan pelaburan meraka di Malaysia.

27-09-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.

22-05-2026
Kereta Baru

Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'

Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.

22-05-2026
Kereta Baru

RM259,800 Sahaja, GWM TANK 300 HEV Ditawar Dengan Jaminan Enjin Seumur Hidup

GWM Malaysia melancarkan TANK 300 HEV pada harga RM259,800.

21-05-2026
Kereta Baru

DENZA B8 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM458k

Ancaman Baharu SUV Mewah! DENZA B8 Rasmi Tiba Di Malaysia, Sarat Kemewahan & Kuasa DMO.

21-05-2026
Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026
Kereta Baru

Kia Tasman Bakal Dilancar Di Malaysia?

Adakah Kia Tasman bakal dilancarkan ke pasaran tempatan, semuanya masih misteri.

14-05-2026
Kereta Baru

Bukan Sekadar SUV Biasa: Apa Yang Istimewa Tentang AMG GLC 43 Nightfall?

Gagah & Gelap: Mercedes-AMG GLC 43 Nightfall Edition Kini Di Malaysia.

13-05-2026
Kereta Baru

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.