ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Jaecoo J7 PHEV Buktikan Mampu Redah Perjalanan 1,300 KM Dengan 1 Isian Minyak, Cas Penuh!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Photo-1-(5).JPG

Jaecoo J7 PHEV berjaya melepasi jangkaan apabila berjaya melakukan perjalanan sejauh 1,300 kilometer dengan satu isian minyak dan hanya sekali cas penuh.

Photo-2-(3).JPG

Malaysia merupakan salah satu negara daripada enam negara yang menyertai acara 7 Countries Marathon dimana ia melibatkan pemanduan dari Guangzhou ke Wuhu, China, pada 16 Oktober lalu.

Photo-5.jpeg

Antara tujuh negara yang terlibat dalam perjalanan ini ialah United Kingdom, Arab Saudi, Turki, Itali, Sepanyol, Malaysia dan Mexico.

Photo-3.JPG

Pemanduan ini dikatakan mengambil masa selama 13 jam dimana setiap pemandu dari tujuh negara itu melalui pelbagai laluan mencabar termasuk meredah perjalanan ketika waktu puncak, jalan-jalan bandar dan lebuh raya.

Photo-7.JPGPhoto-8.JPG

Kesemua wakil dari negara ini diberi satu unit Jaecoo J7 PHEV bagi menentukan siapa yang mampu melakukan perjalanan sejauh 1,300 km dengan isian satu tangki minyak dan hanya sekali cas.

Photo-4.JPG

Di atas kertas, JAECOO J7 PHEV dikatakan mampu bergerak sejauh 106 kilometer (km) manakala penggunaan bahan api dikatakan adalah antara yang terendah dalam kelasnya.

Ini kerana penggunaan minyak Jaecoo J7 PHEV  mencatatkan kadar penggunaan minyak serendah 5.99 liter untuk setiap 100km. 

Photo-13.jpeg

Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif Chery Corporate Malaysia, Leo Chen berkata, pihaknya memahami kebimbangan jarak  apabila ia membabitkan dengan EV .

“Inilah sebabnya mengapa JAECOO menyerahkan J7 PHEV untuk setiap wakil dari seluruh dunia  bagi  menyaksikan sendiri pengalaman perjalanan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dengan keyakinan dan ketenangan fikiran. 

“Langkah kami  memperkenalkan JAECOO J7 PHEV adalah bertepatan dengan masa kerana kebanyakan pasaran bukan sahaja menuntut prestasi enjin tetapi bahan api,”katanya.

Naib Presiden Jaecoo Malaysia, Emily Lek berkata, dengan menggunakan mod elektrik, JAECOO J7 PHEV  sebenarnya sudah menjangkaui jarak  EV  sejauh 125. 2 km, iaitu lebih 19.2km* daripada dijangkakan.

image.png

“Ini adalah bukti Super Hybrid System (SHS) yang membolehkan Jaecoo J7 PHEV mengekalkan kecekapan dan pemanduan yang menjimatkan tenaga.

“Kami  cukup berbangga memperkenalkan JAECOO J7 PHEV untuk rakyat Malaysia nanti,” katanya.

Dikhabarkan, Jaecoo J7 PHEV akan dilancarkan secara rasminya ke pasaran Malaysia pada hujung tahun ini.

Menjengah bahagian luarannya, ia kelihatan sama sahaja dengan versi petrol, Jaecoo J7.

Selain daripada sistem keselamatan dan ciri keselesaan, ia sebenarnya sama sahaja namun apa yang membezakan J7 PHEV adalah ia memiliki enjin hibrid dan menyokong  pengecasan pantas DC dimana ia boleh membekalkan kuasa elektriknya untuk menggunakan peralatan elektronik seperti projektor, cerek, pengering rambut, dan banyak lagi.

Untuk pasaran Malaysia, Jaecoo J7 PHEV akan hadir dalam dua varian: varian pacuan semua roda (AWD) dan pacuan dua roda (2WD).

Varian AWD didatangkan dengan tujuh mod pemanduan: Ekonomi, Standard, Sports, Pasir,Lumpur, Salji atau Off-Road. 

Sementara itu, varian 2WD pula menawarkan tiga mod pemanduan, iaitu Standard, Sport, dan Economy. 

Sistem PHEV dikuasakan oleh bateri berkapasiti 18.3kW manakala,  tangki bahan api nya pula 60 liter dimana jentera ini mampu menghasilkan kuasa setakat 347 PS dan tork 525 Nm.

Ia juga dilengkapi dengan Pengecas Arus Terus (DC) yang menyokong arus sehingga 40kW.

Tambah Emily, para pelanggan akan mempunyai pelbagai pilihan dari segi memilih warna, gaya rim dan pengemaskinian dalamannya untuk menambahkan keperibadian  tersendiri pada JAECOO J7 PHEV, namun mengeaklkan identitinya iaitu ‘From Classic, Beyond Classic’. 

“Bagaimanapun, pendaftaran minat untuk JAECOO J7 PHEV akan bermula sejurus pratonton Jaecoo J7 PHEV nanti, iaitu sebelum kami melancarkan secara rasminya  pada akhir tahun ini.

“Kami akan memulakan penghantaran Jaecoo J7 PHEV selewat-lewatnya pada Februari 2025,” tambahnya.

Sesi pratonton JAECOO J7 PHEV akan bermula pada, 23 Oktober hingga 27 Oktober ini di Sunway Pyramid (LG2 Orange Wing). 

Untuk keterangan lanjut, layari www.jaecoo.com.my. 





Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN3625

SELANGOR

BST3575

JOHOR

JD4073J

PULAU PINANG

PSF2146

PERAK

APL1472

PAHANG

CFH5857

KEDAH

KGH7835

NEGERI SEMBILAN

NEL6328

KOTA KINABALU

SJT8259

KUCHING

QAB4874P

Terakhir Kemas Kini 29 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

11-02-2025
Berita Auto

13-08-2024
Kereta Baru

08-04-2024
Berita Auto

23-02-2024
Berita Auto

06-12-2023
Kereta Baru

24-10-2025
Berita Auto

06-05-2025
Berita Auto

13-08-2024

Berita Terkini

EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026
EV

Berapa EV Terbakar Di Malaysia

Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.

19-08-2026
EV

EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar

Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.

17-08-2026
EV

Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia

Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.

12-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.