MG Cyberster Sudah Boleh Ditempah, Harga Anggaran RM350K

SAIC Motor Malaysia mengumumkan roadster elektrik pertama mereka MG Cyberster sudah boleh ditempah dimana harga anggarannya cuma di bawah RM350,000.
Jika anda berminat dengan jentera ini, ia akan ditayang MG Cyberster akan ditayangkan pada Auto Car Expo (ACE)2024 selama dua hari bermula 26 Oktober ini.

Pameran itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.
Untuk makluman, MG Cyberster hadir dalam satu varian dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 503 PS (375 kW) dan tork maksimum 725 Nm.
Ia adalah dhasil daripada sistem pacuan semua roda (4WD) dengan dua motor.


Dibekalkan dengan bateri berkapasiti 77 kWh, Cyberster mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 3.2 saat dan menawarkan jarak pemanduan sehingga 446 km (WLTP).
Menjengah luarannya, MG Cyberster tampil dengan siluet rendah dan lebar serta
bumbung lembut yang boleh dibuka.


Pintu gunting elektrik tanpa bingkai bukan sahaja memudahkan akses tetapi juga menambah gaya. Roadster ini dilengkapi roda aloi Jetstream 20-inci, angkup brek merah yang menonjol dan lampu depan LED automatik dengan DRL untuk penglihatan lebih jelas.
Malah, Cyberster turut menampilkan pakej dalaman yang sporty dengan tempat duduk sukan kulit yang dihiasi sisipan Alcantara dan stereng berbalut kulit Nappa.
Ia juga dilengkapi dengan skrin infotainment bersaiz 7- inci dan paparan pemandu bersaiz 10.25 inci selain terdapat dua skrin tambahan , satu di kiri dan satu lagi di kanan.
Untuk pengalaman audio yang mantap, ia hadir dengan sistem bunyi Bose 8 pembesar suara.

Dari segi ciri keselamatan, anda jangan risau! Ini kerana ia cukup sarat dengan pelbagai ciri keselamatan.
Antaranya, Amaran Perlanggaran Depan (FCW), Brek Kecemasan Automatik (AEB) dengan pengesanan pejalan kaki dan basikal, Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Bantuan Kesesakan Lalu Lintas (TJA), serta Amaran dan Bantuan Lorong (LDW LKA).
Ia juga hadir dengan Pengesan Titik Buta, Bantuan Tukar Lorong Lane Change Assist (LCA), Amaran Lintasan Trafik Belakang dan Bantuan Lampu Suluh Tinggi.

MG Cyberster hadir dalam empat warna menarik: Dynamic Red, Camden Grey, Inca Yellow, dan English White.
Bagi pilihan Dynamic Red dan Camden Grey, ia mempunyai bahagian dalam hitam dan merah, sementara Inca Yellow dan English White dilengkapi dengan bahagian dalam kelabu.
Sepanjang acara berlangsung, MG HS dan MG Cyberster boleh ditempah awal dengan anggaran harga bagi MG Cyberster akan turut diumumkan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge