ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Mitsubishi Triton Laku Keras, Orang Malaysia Minat Triton Sebab Serba Boleh

Suhana Veru

Kongsi melalui


13_20241016_All-New-Triton_Action.jpg

Mitsubishi Motors Malaysia mengakui bahawa jualan dan sambutan terhadap model Mitsubishi Triton cukup menggalakkan di negara ini.

Ini kerana jualan Mitsubishi Triton menyumbang 48 peratus  kepada jumlah jualan Triton di Malaysia dan menduduki tempat kedua dalam segmen pikap trak untuk empat tahun berturut-turut.

WhatsApp-Image-2024-10-17-at-11.24.08.jpeg

Perkara itu turut diakui Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Motors Malaysia, Shinya Ikeda pada sidang akhbar sempena pelancaran Mitsubishi Triton generasi keenam di Bukit Jalil, Selangor semalam.

WhatsApp-Image-2024-10-17-at-11.23.04.jpeg

Menurutnya, sejak Mitsubishi Triton generasi pertama diperkenalkan pada tahun 1978, sebanyak 5.6 juta unit  Mitsubishi Triton terjual di seluruh dunia.

Mitsubishi Triton dikatakan menerima reputasi yang cukup baik dari segi stabiliti, pengendalian, pemanduan dan kebolehpercayaan.

Untuk makluman, Triton mewarisi DNA Pajero termasuk dari prestasi 4x4 dan ciri keselamatannya.

Ketika ditanya mengenai sambutan Triton generasi lepas, Ikeda mengakui pihaknya mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

WhatsApp-Image-2024-10-17-at-11.24.31.jpeg

“Sejak Triton dilancarkan, kami mendapat respons yang cukup baik daripada para pembeli di negara ini, sebab itu kami memperkenalkan Triton generasi keenam di pasaran Malaysia,” katanya ringkas kepada Carz.com.my.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata, pelancaran Mitsubishi Triton menandakan satu pencapaian penting dalam komitmen Mitsubishi Motors.

Pihaknya bukan sahaja mahu umenyediakan penyelesaian canggih, tetapi menekankan keyakinan pemanduan yang luar biasa serta pengendalian unggul bagi memenuhi keperluan pelanggan trak pikap yang sentiasa berubah.

WhatsApp-Image-2024-10-17-at-11.23.37.jpeg

"Sebagai trak pikap untuk era baharu, kami telah membangunkan Triton baharu dengan pelbagai ciri termasuk kerangka dan badan yang kukuh, casis  tahan lasak, enjin berkuasa serta sistem pacuan empat roda (4WD) yang mencapai pengendalian jalan raya dan kestabilan yang terbaik,”jelasnya.

Berdasarkan statistik MMM, sejak 2006, jualan Triton generasi keempat sudah pun mencecah jualan lebih 120,000 unit  di Semenanjung dan Sabah dan Sarawak.

Jadi, tidak hairanlah mengapa MMM, membawa masuk Triton generasi keenam ke pasaran tempatan.

image.png

Bagi yang berminat, Mitisubishi Triton generasi keenam didatangkan dalam 5 varian.

Mitsubishi Triton Single Cab ditawarkan pada (RM101,980), Triton MT (RM114,980), Triton AT GL (RM116,980), Triton AT Premium (RM145,980) dan Triton Athlete (RM165,980).

Mitsubishi Triton hadir  dalam warna Yamabuki Orange, White Diamond dan Black Mica (Triton Athlete), White Diamond dan Graphite Gray (Triton AT Premium).

Untuk keterangan lanjut mengenai Mitsubishi Triton, KLIK ARTIKEL INI.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4081

SELANGOR

BSU4704

JOHOR

JF9167J

PULAU PINANG

PSG5134

PERAK

APM3341

PAHANG

CFJ1512

KEDAH

KGJ5019

NEGERI SEMBILAN

NEM3179

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

09-04-2026
Kereta Baru

16-02-2026
Kereta Baru

03-02-2026
Kereta Baru

12-01-2026
Kereta Baru

05-01-2026
Berita Auto

14-11-2025
Berita Auto

26-09-2025
Kereta Baru

11-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?

Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.

16-10-2026
Berita Auto

F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur

Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.

16-10-2026
Berita Auto

Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition

PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.

16-10-2026
Berita Auto

Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini

Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.

16-10-2026
Berita Auto

Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?

Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.

15-10-2026
Berita Auto

Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom

Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.

15-10-2026
Berita Auto

Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!

Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.

15-10-2026
Berita Auto

F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini

F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.

15-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.