Peluang Rebut Proton S70 Sempena Kempen Jualan Akhir Tahun

PROTON melancarkan Kempen PROTON Vaganza Akhir Tahun sehingga 31 Disember ini bagi menghargai sokongan dan kepercayaan para pelanggannya.
Selain kempen itu, Proton turut mengadakan Kempen Pandu Uji dan rebat istimewa dimana anda sebenarnya berpeluang memenangi hadiah berupa Proton S70.

Yang pertama, Proton menawarkan rebat tunai sehingga RM500 untuk pembelian Proton Saga, Persona dan Iriz manakala rebat tunai sehinggga RM3,000 ditambah aksesori bernilai RM3,130 untuk Proton S70.


Bagi X90 pula, Proton menawarkan rebat tunai sehingga RM3,000 dan servis percuma selama 2 tahun. Tidak ketinggalan buat Proton X50 dan Proton X70, Proton menawarkan rebat sehingga RM7,000.
Berikut adalah perinciannya:

Untuk pelanggan yang melakukan pandu uji model Proton dan menyertai kempen ini pula berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai bernilai sehingga RM2,500.
Malah, bagi mereka yang melakukan sesi pandu uji ini dan mendapat 'likes' terbanyak untuk hantaran media sosial mereka mengenai uji pandu akan memenangi hadiah wang tunai tambahan sehingga RM1,500.

Sementara itu, bagi mereka yang membuat tempahan dan mendaftar sebuah kenderaan Proton baharu pada bulan tersebut juga layak menyertai cabutan bertuah bulanan dimana ia menawarkan hadiah utama sebuah Proton S70.
“Menjelang akhir tahun, PROTON ingin mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh pelanggan kami dalam memastikan kejayaan berterusan PROTON.
"Kami mengucapkan terima kasih melalui pelaksanaan kempen PROTON Vaganza ini dengan rebat istimewa untuk semua model PROTON dan sebuah Proton S70 sebagai ganjaran yang akan diberikan setiap bulan," Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah.
Untuk keterangan lanjut, layari laman sesawang Proton di https://www.proton.com/.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Bumbung Proton X50 Tiba-Tiba Retak, Dikatakan Masalah Wear & Tear?
Sunroof Proton X50 Pecah Sendiri? Pemilik Terkilan Ditolak Waranti.
14-09-2026
Proton e.MAS & S70 Punca Jualan Proton Lonjak Ogos 2026
Ogos 2026: Proton Catat Jualan Tertinggi Sejak 2010.
08-09-2026
Proton X50 Tumbang? Ini 4 Punca Perodua Traz Laku Keras
Minyak Lebih Jimat: Kenapa Perodua Traz Mengatasi Proton X50?
18-08-2026
Gegar Pasaran Julai 2026: Proton Jual 18,442 Unit, Siri e.MAS Pecah Rekod EV Negara
Proton Mengganas Julai 2026! Jualan Lonjak 18,442 Unit, Eksport Pula Pecah Rekod Dalam Tempoh 13 Tahun.
06-08-2026
Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026
PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.
02-07-2026
Bukan Sekadar Jual Kereta, Proton Iktiraf 97 Perunding Jualan Terbaik
PROTON mengiktiraf 97 perunding jualan terbaik dari seluruh negara menerusi program Elite Sales Achiever (ESA) Award Trip 2026 di Phuket.
01-07-2026
PROTON Tapau Pasaran Automotif Sebab Saga, e.MAS 7 PHEV?
Dominasi ICE Dan EV: PROTON Catat Jualan 16,995 Unit Pada Mei 2026.
08-06-2026
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

