- Berita
- Berita Auto
- Pendaftaran Minat Jaecoo J7 PHEV Kini Dibuka – Cecah 1,200 KM, Lancar Suku Keempat 2024?
Pendaftaran Minat Jaecoo J7 PHEV Kini Dibuka – Cecah 1,200 KM, Lancar Suku Keempat 2024?

Chery Auto Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasmi rancangannya untuk memperkenalkan kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) untuk pasaran tempatan. Model PHEV tersebut akan diperkenalkan di bawah jenama Jaecoo.
Pengumuman ini dibuat melalui laman media sosial Jaecoo Malaysia, bersama dengan jemputan untuk orang ramai membuat pendaftaran minat bagi mereka yang ingin menjadi yang terawal mengetahui perkembangan terkini. Ini memberi petunjuk bahawa Jaecoo J7 PHEV mungkin akan dilancarkan dalam masa yang terdekat.
Persoalan CKD: Akan Dipasang di Malaysia atau Import?

Sekiranya dipasang CKD, model ini mungkin dapat ditawarkan pada harga yang lebih kompetitif kerana mampu mengurangkan cukai. Jika langkah ini diambil, ini bermaksud operasi CKD sedia ada Jaecoo akan diperluas, bukan sahaja untuk J7 yang kini di pasaran tetapi juga untuk J7 PHEV dan model Omoda C9 yang baru dipertontonkan.
Prestasi Hebat dengan Sistem Hibrid Terbaru

Walaupun secara luaran J7 PHEV menyerupai J7 yang sudah berada di jalan raya Malaysia, ia tidak menggunakan enjin petrol turbo 1.6 liter 4 silinder tetapi enjin 1.5 liter turbo yang dipadankan dengan transmisi khas hibrid dan motor elektrik di hadapan. Sistem ini dijangka memberikan gabungan kuasa sebanyak 342 hp dan 525 Nm.
Selain itu, Jaecoo J7 PHEV menawarkan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sejauh 88 km melalui bateri besar berkapasiti 18.3 kWj. Dengan tangki penuh 60 liter, jarak pemanduan hibrid keseluruhan melebihi 1,200 km. Kadar penggunaan bahan apinya adalah 5.2 liter untuk setiap 100 km berdasarkan piawaian WLTP.
Baca: JAECOO J7 Bukan Sahaja SUV Mewah Tapi Kereta 2 ALAM?
Ciri Pengecasan Pantas dan Teknologi Terkini
Salah satu ciri yang menonjol pada Jaecoo J7 PHEV ialah keupayaan untuk menerima pengecasan pantas DC. Pengecasan daripada 30% ke 80% hanya mengambil masa 20 minit. Model ini juga menyokong fungsi Vehicle-to-Load (V2L), yang membolehkan tenaga dari bateri kenderaan digunakan untuk peralatan luaran.

Buat masa ini, harga jualannya masih belum didedahkan, namun model J7 yang kini di pasaran dijual pada harga RM138,800 untuk versi 2WD dan RM148,800 untuk versi 4WD.
Bagi yang berminat, boleh kunjungi laman pendaftaran minat J7 PHEV Jaecoo Malaysia.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF7674
SELANGOR
BSR5436
JOHOR
JA1279J
PULAU PINANG
PSD7162
PERAK
APJ7664
PAHANG
CFH1435
KEDAH
KGH286
NEGERI SEMBILAN
NEK8940
KOTA KINABALU
SJT413
KUCHING
QAB1845P
Terakhir Kemas Kini 13 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Jaecoo J7 Buatan Malaysia Dieksport Ke Brunei
Chery Corporate Malaysia (Chery) telah memperluaskan usaha eksport pemasangan tempatan (CKD) ke pasaran Brunei, baru-baru ini.
20-01-2026
Jaecoo E5 Masuk UK, Selepas Ini Mungkin Masuk Malaysia?
Jaecoo mengesahkan bahawa Jaecoo E5 akan mula dihantar ke United Kingdom (UK) bermula Oktober ini.
15-08-2025
Imej Teaser Tersiar, Maknanya Jaecoo J5, Omoda C9 Bakal Dilancar Tak Lama Lagi!
Omoda & Jaecoo (O&J) Malaysia baru sahaja menyiarkan imej teaser dua model terbaharunya, Jaecoo J5 dan Omoda C9 PHEV yang dikatakan bakal menggoyahkan pasaran SUV tidak lama lagi.
06-08-2025
Jaecoo J8 Dilancarkan, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM178,800
Omoda | Jaecoo Malaysia melancarkan secara rasminya, Jaecoo J8 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
18-07-2025
Lakar Sejarah: Chery Hampir Lepasi Jumlah Eksport Sebanyak 5 Juta Unit, Jenama Chery Semakin Laku Keras
Chery menghantar sebuah kenderaan ke luar negara pada setiap 29 saat.
13-06-2025
Chery Mula Eksport Jaecoo, Jenama Pertama Syarikat China Eksport Kereta Dari M'sia
Penghantaran eksport kumpulan pertama Jaecoo dibuat ke Vietnam,baru-baru ini.
18-02-2025
Kurang Setahun Di Malaysia, Lebih 7,000 Unit Jaecoo J7 Didaftarkan Tahun Lalu
Belum genap setahun beroperasi di Malaysia, jenama automotif premium di bawah Chery, Jaecoo, telah menunjukkan pencapaian yang luas biasa setelah mendafarkan sebanyak 7,041 unit SUV Jaecoo J7.
13-01-2025
SUV Premium, Jeacoo J7 Kini Rasmi di Pasaran – CKD, Mampu Off-Road, dari RM138,800
Jaecoo telah melancarkan model pertama untuk pasaran Malaysia, sebuah SUV premium lasak berkemampuan off-road, Jaecoo J7.
19-07-2024
Berita Terkini
Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti
Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.
13-07-2026
Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan
Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.
12-07-2026
4 Penunggang RXZ Maut
Empat penunggang motosikal Yamaha RX-Z maut dalam kemalangan membabitkan 12 motosikal di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
12-07-2026
Saman Menanti, Petugas Kempen Tunggang Motosikal Tanpa Topi Keledar
Kempen Punya Pasal, Keselamatan Tolak Tepi? Petugas Akan Disaman Jika Tunggang Motosikal Tanpa Pakai Topi Keledar.
10-07-2026
Prestasi Cemerlang Q2: UMW Toyota Buktikan Keyakinan Pengguna Kekal Tinggi
Sukar Digugat! UMW Toyota Catat Jualan Luar Biasa Cetus Dominasi Pasaran 2026.
10-07-2026
Dilancar: Proton e.MAS 5 Berharga Setengah Juta Di Singapura
Proton e.MAS 5 menembusi pasaran di Singapura.
09-07-2026
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
