Imej Teaser Tersiar, Maknanya Jaecoo J5, Omoda C9 Bakal Dilancar Tak Lama Lagi!

Omoda & Jaecoo (O&J) Malaysia baru sahaja menyiarkan imej teaser dua model terbaharunya, Jaecoo J5 dan Omoda C9 PHEV yang dikatakan bakal menggoyahkan pasaran SUV tidak lama lagi.
Kedua-dua model ini dijadualkan akan membuat kemunculan buat pertama kalinya di Desa ParkCity, Kuala Lumpur bermula dari 21 hingga 24 Ogos.
Untuk pengetahuan anda, walaupun dikelaskan sebagai SUV segmen-B, J5 tampil dengan reka bentuk dan ciri premium sekali gus mengatasi kedudukannya itu.


Model ini hadir dengan pelbagai ciri menarik termasuk skrin sesentuh potret sebesar 13.2 inci, bumbung suria panoramik, kerusi berkuasa, dan ruang but seluas 480 liter.
Untuk pasaran Malaysia, J5 dijangka hadir dengan rangkaian kuasa 1.6-liter turbo dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 194 hp dan tork 290 Nm. Ia digandingkan dengan transmisi DCT 7-kelajuan.
Trenkuasa ini sebenarnya turut digunakan pada Jaecoo J7, namun kini ia hadir dalam model yang lebih kompak.
Difahamkan, J5 akan bersaing secara langsung dengan Proton X50 serta dengan Chery Omoda 5.
Sementara itu, Omoda 5 pula menampilkan rekaan lebih sporty dan berinspirasikan coupe, manakala J5 meneruskan gaya SUV yang tegap dan berkotak seperti pada J7 sekali gus mampu menarik minat pembeli dengan citarasa berbeza.
Omoda C9 PHEV pula dijangka menjadi model flagship elektrik bagi jenama ini. Ia berasaskan versi petrol yang sudah pun dijual di Malaysia, dimana ia ditawarkan dalam dua varian iaitu 2WD pada harga RM168,800 dan AWD pada RM188,800.
Kedua-dua varian ICE ini dilengkapi dengan enjin 2.0-liter turbo dimana ia mampu menghasilkan kuasa berkuasa setakat 261 hp .


Versi PHEV pula melangkah lebih jauh kerana disumbat dengan enjin 1.5-liter turbo dan dua motor elektrik yang menghasilkan kuasa setakat 610hp dan 920 Nm.
Dengan bateri LFP 34.46 kWh dari CATL, C9 PHEV mendakwa mampu mencapai jarak EV sehingga 150 kilometer (km), manakala jumlah jarak pemanduan gabungan pula adalah 1,100 kilometer dan kadar penggunaan 6.9 L/100 KM. Ia juga menyokong pengecasan DC 70 kW dan AC 6.6 kW.
Ini menjadikan C9 PHEV bukan sahaja sebagai model paling cemerlang dalam barisan Omoda Malaysia, tetapi juga antara PHEV paling berkuasa dan jarak paling jauh dalam kelasnya.
Selaras dengan arah tuju global Kumpulan Chery, jenama Omoda dan Jaecoo kini beroperasi sebagai satu entiti di Malaysia.
Penyatuan ini sudah mula dilihat melalui penjenamaan bilik pameran, kempen pemasaran, dan strategi model yang dikongsi bersama.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Jaecoo J7 Buatan Malaysia Dieksport Ke Brunei
Chery Corporate Malaysia (Chery) telah memperluaskan usaha eksport pemasangan tempatan (CKD) ke pasaran Brunei, baru-baru ini.
20-01-2026
Jaecoo E5 Masuk UK, Selepas Ini Mungkin Masuk Malaysia?
Jaecoo mengesahkan bahawa Jaecoo E5 akan mula dihantar ke United Kingdom (UK) bermula Oktober ini.
15-08-2025
Jaecoo J8 Dilancarkan, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM178,800
Omoda | Jaecoo Malaysia melancarkan secara rasminya, Jaecoo J8 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
18-07-2025
Lakar Sejarah: Chery Hampir Lepasi Jumlah Eksport Sebanyak 5 Juta Unit, Jenama Chery Semakin Laku Keras
Chery menghantar sebuah kenderaan ke luar negara pada setiap 29 saat.
13-06-2025
Chery Mula Eksport Jaecoo, Jenama Pertama Syarikat China Eksport Kereta Dari M'sia
Penghantaran eksport kumpulan pertama Jaecoo dibuat ke Vietnam,baru-baru ini.
18-02-2025
Kurang Setahun Di Malaysia, Lebih 7,000 Unit Jaecoo J7 Didaftarkan Tahun Lalu
Belum genap setahun beroperasi di Malaysia, jenama automotif premium di bawah Chery, Jaecoo, telah menunjukkan pencapaian yang luas biasa setelah mendafarkan sebanyak 7,041 unit SUV Jaecoo J7.
13-01-2025
Pendaftaran Minat Jaecoo J7 PHEV Kini Dibuka – Cecah 1,200 KM, Lancar Suku Keempat 2024?
Chery Auto Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasmi rancangannya untuk memperkenalkan kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV).
16-10-2024
SUV Premium, Jeacoo J7 Kini Rasmi di Pasaran – CKD, Mampu Off-Road, dari RM138,800
Jaecoo telah melancarkan model pertama untuk pasaran Malaysia, sebuah SUV premium lasak berkemampuan off-road, Jaecoo J7.
19-07-2024
Berita Terkini
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut
Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.
11-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
