Zeekr X Didedah, Ada 2 Varian, Harga BAWAH RM180,000

Zeekr X akhirnya didedahkan kepada pihak media di Sunway Pinnacle, Subang Jaya, pada pagi tadi.
Buat masa ini, Zeekr X masih belum dijual namun tempahan untuk jentera ini sudah pun dibuka sejak beberapa hari lepas.
Untuk pasaran Malaysia, Zeekr X ditawarkan dalam dua varian iaitu Premium dan Flagship AWD dengan harga di bawah RM180,000, sahaja.
Untuk makluman, anda, Zeekr X dibina berdasarkan platform Scalable Electric Architecture (SEA) Geely yang turut digunakan oleh smart #1, smart #3, Volvo EX30.
Dari segi dimensi, Zeekr X ini mempunyai ukuran dimensi 4,432mm (panjang), selebar 1,836mm, tinggi 1,566mm manakala jarak roda pula, 2,750mm.

Menjengah bahagian luaran, memang tidak dinafikan, Zeekr X ini sememangnya sporty dan kelihatan agak futuristik disebabkan rekaan lampu depan hadir dengan teknologi matriks manakala potongan lampu nyalaan siang harinya pula jenis lampu dua tingkat.



Apa yang membuatkan Zeekr X ini lebih menonjol adalah kerana pintu dengan cermin tanpa bingkai manakala pemegang pintunya juga tersembunyi serta dilengkapi dengan bumbung panaromik sepanjang 1.21 meter persegi.

Namun anda jangan risau dengan bumbung panoromik ini kerana ia hadir dengan pelindung sinaran matahari.
Mengenai kabin pula, Zeekr X hadir dengan rekaan dalaman yang cukup minimalis, tampak mewah dan moden.
Difahamkan, warna kabin kedua-dua varian Zeekr X adalah berlatar belakang warna Charcoal Black dan Stone Grey.
Tidak cukup dengan itu, ketika jari-jemari merasai kabinnya, kebanyakan bahagian kabinnya hadir dengan sentuhan permukaan yang lebih lembut.


Malah, ia juga hadir dengan lampu ambien umpama bongkah-bongkah ais yang nyata menimbulkan aura yang cukup tenang terutama pada waktu malam.
Tidak ketinggalan, Zeekr X juga didatangkan dengan skrin sesentuh infotainmen 14.6 inci, pad pengecasan tanpa wayar, head-up display serta sistem bunyi Yamaha 13 pembesar suara.

Apa yang paling penting, Zeekr X juga hadir dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.
Sementara itu, mengenai trenkuasanya, model Flagship AWD hadir dengan dua motor elektrik berkembar dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 315 kW dan tork 543 Nm. Varian ini mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 3.8 saat.
Bagi varian Premium pula, ia disumbat dengan motor elektrik pacuan roda belakang dimana ia mampu menjana kuasa setakat 200kW dan boleh memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 5.6 saat.
Datang pula mengenai pengecasannya, kenderaan ini sebenarnya menyokong pengecasan pantas DC 150kW dimana ia mengambil masa 30 minit bagi pengecasan 10-80 peratus.
Dengan bateri berkapasiti 66 kWj, ia dikatakan mampu bergerak sejauh 440 kilometer (berdasarkan WLTP).

Bagi ciri keselamatan, Zeekr X sebenarnya cukup dengan ciri-ciri keselamatan yang cukup canggih.
Antaranya ialah lima kamera, lima radar, menyokong sistem ADAS tahap 2, Kawalan Jelajah Adaptif, Tukar Lorong Automatik, Kawalan pengekalan tengah lorong, Amaran Buka Pintu, Brek Kecemasan Parkir, Bantuan Parkir Automatik, Pengesan Titik Buta, Bantuan pengelakan lintasan trafik depan (FCTA), belakang (RCTA) dan banyak lagi.
Bagi yang berminat, Zeekr X didatangkan dalam lima pilihan warna: Crystal White, Mist Grey, Grid Grey, Palace Beige dan Pine Green.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge