ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Beli Kereta Peugeot Dengan Rebat Cecah RM40K, Waranti Lanjutan 7 Tahun & Banyak Lagi, Masa Terhad!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_TA_Review_Peugeot-408-GT_-10.jpg


Tahun 2024 hampir melabuhkan tirainya, sempena penghujung tahun ini, Stellantis Malaysia melancarkan kempen jualan istimewa "Year End Extravaganza" untuk jenama Peugeot, yang berlangsung hingga 31 Disember. Antara yang ditawarkan sempena kempen ini ialah rebat tunai yang lumayan, lanjutan waranti, insurans percuma dan penyelenggaraan percuma.  


Waranti Lanjutan 


peugeot-2008.jpg


Sepanjang kempen ini, pembelian mana-mana model model Peugeot akan didatangkan dengan waranti lanjutan selama 7 tahun atau 200,000 km (mana-mana yang terdahulu). Biasanya, waranti ini dijual sebagai pilihan tambahan dengan harga antara RM895 hingga RM1,049, tetapi kini pembeli dapat menikmati waranti ini secara percuma. Tanpa promosi ini, waranti standard yang ditawarkan hanya selama tempoh 5 tahun atau sehingga 150,000 km.  


Penyelenggaraan Percuma  


Selain itu, pembeli juga dapat menikmati penyelenggaraan percuma selama 5 tahun yang merangkumi 10 sesi servis. Untuk makluman, jadual servis kereta Peugeot di Malaysia ditetapkan pada setiap 6 bulan atau 10,000 km.  


Rebat Tunai Hingga RM40,000  


Tawaran seterusnya yang disediakan dalam "Year End Extravaganza" ialah rebat tunai mencecah RM40,000 untuk pembelian model-model Peugeot yang berikut:


- Peugeot 3008: Stok tahun 2023 (2023MY) kini dijual pada harga RM129,388 selepas rebat RM40,000. Untuk model 2024 (2024MY), harganya bermula dari RM149,000 dengan rebat RM20,388.  

- Peugeot 5008: SUV tiga baris tempat duduk ini ditawarkan dengan rebat RM26,388, menjadikan harga terbarunya kini RM159,000.  

- Peugeot 2008: SUV subkompak ini kini dijual pada harga RM119,888 selepas rebat RM13,500.  


web_Peugeot-Year-End-Extravaganza-2024.jpg


Insurans Percuma untuk Peugeot 408  


Bagi pembelian model Peugeot 408 varian Premium atau GT, Stellantis Malaysia menawarkan insurans percuma selama 2 tahun bernilai RM10,000. Harga model ini bermula dari RM165,000 untuk varian Premium dan RM195,000 untuk varian GT.  


Promosi Eksklusif di KLIMS 2024  


web_TA_Review_Peugeot-408-GT_-6.jpg


Stellantis Malaysia turut mengundang pelanggan untuk mengunjungi tapak pameran Peugeot di acara KLIMS 2024 yang akan berlangsung pada 5 hingga 11 Disember ini di MITEC, Kuala Lumpur. Di sana, pelanggan boleh menikmati tawaran eksklusif ini sambil melihat model-model terkini Peugeot.  

CariCarz_2023_Twin-test_Peugeot-3008_Peugeot-5008_-16.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU5283

SELANGOR

BSU4910

JOHOR

JG215J

PULAU PINANG

PSG5531

PERAK

APM3612

PAHANG

CFJ1632

KEDAH

KGJ5144

NEGERI SEMBILAN

NEM3294

KOTA KINABALU

SJU6126

KUCHING

QAB7794P

Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

26-03-2025
Berita Auto

10-03-2025
Berita Auto

28-02-2025
Berita Auto

16-01-2025
Berita Auto

13-01-2025
Berita Auto

18-11-2024
Berita Auto

25-10-2024
Berita Auto

01-10-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Isuzu D-Max 2.2L Rentas Sabah Sarawak Cuma 1 Tangki Diesel

Cabaran One Tank: Isuzu D-MAX 2.2L Bukti Penjimatan Luar Biasa

19-10-2026
Berita Auto

Anak Beranak Maut Dihempap Kontena

Dua beranak maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka dihempap kontena.

19-10-2026
Berita Auto

ECRL RM125 Ke Kelantan: Berbaloi Atau Mahal?

ECRL Gombak-Kota Bharu RM125: Ini Beza Tiket Ekspres & Transit Yang Anda Perlu Tahu

19-10-2026
Berita Auto

Berapa Harga Honda City Hatchback Baru

Honda City Hatchback Baharu Mula RM95,900 – Ada Diskaun RM4k.

19-10-2026
Berita Auto

Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?

Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.

16-10-2026
Berita Auto

F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur

Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.

16-10-2026
Berita Auto

Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition

PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.

16-10-2026
Berita Auto

Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini

Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.

16-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.