ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Dapat Hak Edar Jenama Deepal, Bermaz Bakal Lancar SUV Elektrik, S05, S07 Tak Lama Lagi

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Bermaz Auto Berhad (BAuto), melalui anak syarikatnya, Bermaz Changan Sdn Bhd (BCSB),  dilantik sebagai pengedar rasmi kenderaan elektrik Deepal (EV) di Malaysia. 

Difahamkan, hasil kerjasama ini dimeterai termasuk jualan kenderaan, alat ganti dan perkhidmatan selepas jualan.

Hak pengedaran itu diberi oleh, anak syarikat Changan Automobile, Mobitech Co., Ltd. Ia adalah salah satu pengeluar automotif terkemuka China yang berpangkalan di Chongqing, China.

Untuk makluman, Changan mempunyai lebih 40 tahun pengalaman dalam pembuatan kereta.

image.pngimage.png

Sebelum ini, Changan dikatakan sedang membina kilang pengeluaran kenderaan elektrik (EV)pertamanya yang terletak di Rayong, Thailand. Pembinaan  kilang itu dikatakan menelan  kos  sebanyak 8.8 bilion bhat (RM 1.13 bilion) di bawah Fasa 1.

Kilang itu  dijangka beroperasi seawal 2025 nanti dimana ia akan memasang kenderaan, enjin, dan bateri dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 100,000 kenderaan untuk setiap tahun.

Pada Fasa 2,  Changan merancang untuk melabur sebanyak 20 bilion bhat (RM 2.6 bilion) bagi membina kilang kenderaan tenaga baharu (NEV) dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 200,000 kenderaan untuk setahun. 

Sementara itu,  Ketua Pegawai Eksekutif BAuto, Datuk Francis Lee berkata, pihaknya teruja kerana diberi hak pengedaran jenama kereta elektrik Deepal.

image.png

Beliau menekankan bahawa hasil kerjasama itu seiring dengan matlamat kemampanan BAuto dengan memperkenalkan lebih banyak kenderaan mesra alam kepada pasaran.

Presiden Changan Auto Asia Tenggara, Shen Xing Hua pula berkata, inovasi dan kepuasan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan.

“Lagipun sebelum ini, kenderaan elektrik jenama  Changan mendapat sambutan baik di Malaysia,” ujarnya.

Dua model jenama Deepal yang akan dilancarkan di Malaysia adalah  S05 dan S07.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN4423

SELANGOR

BST3745

JOHOR

JD4430J

PULAU PINANG

PSF2384

PERAK

APL1676

PAHANG

CFH5927

KEDAH

KGH7933

NEGERI SEMBILAN

NEL6428

KOTA KINABALU

SJT8459

KUCHING

QAB4935P

Terakhir Kemas Kini 29 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Teaser Mazda CX-80 Disiarkan – Tiba Di Pasaran Malaysia Dalam Masa Terdekat?

Selepas dipertontonkan di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024, Mazda CX-60 dan CX-80 nampaknya bakal tiba di negara kita secara rasmi.

25-08-2025
Kereta Baru

Ini Dia Pesaing Tesla Model Y, SUV Xpeng G6, Ada 2 Varian - Harga Bermula Dari RM167K

Bermaz Auto yang merupakan pengedar rasmi kenderaan elektrik jenama Xpeng melancarkan secara rasminya, SUV Xpeng G6 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

27-08-2024
EV

Kalau Negara Jiran Dah Dapat, Maknanya Tak Lama Lagi Masuk M'sia

Pengedaran jenama EV China baharu ini akan dikendalikan Bermaz Auto.

30-07-2024
Berita Auto

Proton, Perodua & Bermaz Serap SST Ribuan Kereta Tak Sempat Diserah Akhir Mac Ini

Masih ribuan pelanggan yang layak menerima insentif tersebut belum menerima kenderaan. Ini syarikat yang menyatakan komitmen untuk menyerap SST.

25-03-2023
Kereta Baru

Peugeot Landtrek 2023, 1 Varian, 1 Pilihan Enjin, Harga Bermula Dari RM120K

Pengedar tunggal kenderaan Peugeot di Malaysia, Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd (BAASB) melancarkan trak pikap Peugeot Landtrek 2023.

20-03-2023
Pandu Uji

[PANDU UJI] Peugeot 3008 & 5008: Serupa Tapi Tidak Sama

Ini pandangan jujur kami tentang Peugeot 3008 dan 5008.

13-03-2023
Berita Auto

Baru Dilancarkan Semalam, Mazda CX-30 Versi CKD Terima 1,000 Tempahan

Mazda CX-30 versi CKD yang dilancarkan semalam telah mencecah 1,000 tempahan.

09-03-2023
Berita Auto

Kia Sorento 2023 Dipertontonkan – 7 Tempat Duduk, 2 Trenkuasa, Harga Dianggarkan Dari RM220K

Bermaz Auto Berhad (BAuto) baru–baru ini telah mempertontonkan kepada pihak media SUV crossover Kia Sorento 7 tempat duduk generasi ke-4. Ini perinciannya...

16-01-2023

Berita Terkini

EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026
EV

Berapa EV Terbakar Di Malaysia

Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.

19-08-2026
EV

EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar

Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.

17-08-2026
EV

Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia

Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.

12-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.