Hati-Hati Cas Telefon Dalam Bas, Remaja Maut Terkena Renjatan Elektrik

Seorang remaja lelaki maut dengan tangan kirinya melecur akibat terkena renjatan elektrik ketika mengecas telefon bimbitnya di soket bas ekspres dalam kejadian di Terminal bas Penang Sentral di sini, semalam.
Ketika kejadian mangsa berusia 18 tahun menaiki bas berkenaan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.
Hasil pemeriksaan polis terhadap tubuh mangsa di lokasi kejadian mendapati terdapat kesan melecur di jari kirinya disyaki akibat renjatan elektrik ketika mengecas telefon bimbit berpandukan keadaan penghujung kabel cair serta peranti terbabit turut berada dalam keadaan panas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abd Rahman berkata, temubual terhadap pemandu bas itu mendakwa mangsa menaiki bas ekspres untuk ke KL Sentral pada jam 6 petang namun 10 minit kemudian, seorang penumpang memaklumkan kepada pemandu bahawa mangsa menjerit sebelum ditemui dalam keadaan mulut berbuih.
"Pemandu kemudian menghubungi ambulans untuk mendapatkan rawatan awal namun pegawai perubatan yang hadir mengesahkan mangsa telah meninggal dunia," katanya.
Hasil bedah siasat yang dijalankan terhadap mangsa di Hospital Seberang Jaya (HSJ) mengesahkan remaja lelaki itu maut akibat renjatan elektrik dan tiada kecederaan lain.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT9073
SELANGOR
BSU4086
JOHOR
JF6941J
PULAU PINANG
PSG4245
PERAK
APM2413
PAHANG
CFJ1132
KEDAH
KGJ4650
NEGERI SEMBILAN
NEM2780
KOTA KINABALU
SJU5480
KUCHING
QAB7531P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
JPJ Cekup 11 Bas Ekspres, Persiaran Tidak Sediakan Pemandu Kedua
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengesan 11 bas ekspres dan persiaran yang tidak mempunyai pemandu kedua
17-09-2025
JPJ Keluar 1,415 Saman Kepada Penumpang, Pemandu Bas Sebab Tidak Pakai Tali Pinggang
JPJ telah mengeluarkan sejumlah 1,415 notis saman kepada penumpang serta pemandu kenderaan perkhidmatan awam atas kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar.
11-09-2025
Amaran Keras Saman Tertunggak: Tepat 12 Tengah Malam Hari Terakhir 8 Julai, JPJ Akan Ambil Tindakan
"Kita beri jaminan tepat jam 12 tengah malam hari terakhir itu, pasukan JPJ akan berada di jalan raya bagi mengambil tindakan terhadap kenderaan terbabit yang dikesan gagal melangsaikan saman tertunggak, - kata Ketua Pengarah JPJ.
30-06-2025
Tali Pinggang: Pemandu, Penumpang Bas Ekspres, Persiaran Wajib Pakai Tali Pinggang Keledar Mulai 1 Julai
Semua pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas persiaran diwajibkan memakai tali pinggang keledar berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.
29-06-2025
Pemandu Bas Tunjuk Isyarat Lucah, Pandu Melulu, Syarikat Bas Digantung Operasi Sebulan
Sebuah syarikat bas ekspres digantung operasi selama sebulan bermula awal Julai depan selepas pemandunya dikesan memandu secara berbahaya dan menunjukkan isyarat lucah.
26-06-2025
Pangkalan Data Bakal Dibangunkan, Mampu Kesan Pemandu Bas Bermasalah
Dengan adanya sistem pangkalan data, syarikat bas menilai kelayakan serta latar belakang pemandu sebelum mereka diambil bekerja.
12-06-2025
Bas Ekspres Terbakar, Pemandu, Penumpang Terselamat
Sebuah bas ekspres hangus terbakar namun 29 orang termasuk pemandu dan penumpang terselamat selepas bas yang dinaiki mereka terbakar.
30-05-2025
Aidilfitri: Lebih 16,000 Tiket Raya Ke Kelantan "Licin" Dalam 4 Jam
Tiket bas ekspres dari Kuala Lumpur Ke Kota Bharu laris apabila 16,454 habis dalam tempoh empat jam.
07-03-2025
Berita Terkini
Perodua Ativa AV Pink Edition: Ada 10 Unit Sahaja
Perodua Ativa Kini Hadir Dalam Warna Pink.
14-10-2026
Kontroversi Brek Honda City Varian E: Apa Yang Diberitahu Kepada Pembeli VS Apa yang Mereka Dapat
Honda City E: Brek Drum Tak Salah, Tapi Kenapa Pembeli Rasa Terpedaya?
14-10-2026
GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor
Makin Popular, GWM Tambah 2 Cawangan Baharu di Malaysia.
14-10-2026
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge