Kia Sportage Facelift 2025 Diberikan Sentuhan & Teknologi Canggih Seperti EV9 – Lambat Lagi Tiba Di M'sia?

Setelah mendedahkan teaser pada hujung bulan lalu, syarikat automotif Korea, Kia, akhirnya memperkenalkan Kia Sportage 2025 versi facelift di pasaran domestiknya. Berdasarkan model generasi kelima (kod NQ5), model facelift ini memperlihatkan reka bentuk yang diinspirasikan daripada EV9, selain beberapa peningkatan teknologi dan mekanikal.
Rekaan Baharu Lebih Segar & Berani

Dari segi visual, sentuhan yang diberikan kepada Sportage kali ini menyamai model-model terbaru Kia yang lain seperti Sorento dan Carnival. Perubahan paling ketara terletak pada bahagian depan, dengan lampu DRL LED berbentuk L seperti Kia EV9, dengan lampu depan kini diletakkan dalam bentuk menegak.




Sportage facelift ini turut menampilkan bampar depan baharu dengan gril yang lebih besar serta liang ambilan udara yang lebih lebar, membuatkannya kelihatan gagah.
Kia turut mengubah profil sisi Sportage dengan fender depan yang lebih lebar dan rim baharu bersaiz antara 17 hingga 19 inci, bergantung kepada varian.
Bampar belakangnya juga diberikan sedikit perubahan, yang mana lampu LED belakangnya kini mempunyai grafik pencahayaan baharu.
Baca: Kia Tubuh Pusat Latihan Di Glenmarie – Pertama Di Asia Pasifik
Kabin Lebih Canggih Dengan Teknologi Terkini




Di bahagian dalam, Sportage facelift dilengkapkan dengan pelbagai teknologi dan kelengkapan baharu. Antara yang menarik ialah dwi-skrin melengkung yang berukuran 12.3 inci serta papar pandu (HUD) yang berwarna.


Selain skrin baharu, kabin kali ini turut menampilkan stereng dua jejari dalam rekaan terbaru, pendingin udara yang lebih halus dengan panel kawalan fizikal, serta tombol gear jenis bulat yang direka semula untuk konsol tengah yang lebih kemas.
Baca: Kia EV9 2024 Dilancarkan Di TRX, Rasmi Di Malaysia – 2 Varian, Capai 505 KM, Dari RM369K!
Peningkatan Prestasi & Aspek Mekanikal
Selain rekaan, Sportage facelift ini juga menerima peningkatan dari segi prestasi dan mekanikal yang meningkatkan pengalaman pemanduan. Untuk pasaran Korea, varian asas dipasangkan dengan enjin 2.0 liter LPG yang menjana 144 hp, manakala varian pertengahan diberikan enjin 1.6 liter turbo 4 silinder dengan kuasa 177 hp. Enjin ini kini dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan menggantikan transmisi DCT tujuh kelajuan pada versi terdahulu.
Bagi varian hibrid (HEV), ia masih menggunakan enjin 1.6 liter turbo dengan kuasa 177 hp, namun kuasa motor elektrik tunggalnya kini ditingkatkan 5 hp, menjadikan jumlah kali ini lebih tinggi iaitu 64 hp. Selain itu, model HEV juga diberikan sistem brek regeneratif yang lebih baik, di mana pemandu boleh menetapkan sendiri kekuatan janaan kuasa melalui pedal pada stereng.
Baca: Kempen “Fuel-on-Us”: Beli Kia Carnival, Dapat Subsidi RM1.05/Liter Selama 5 Tahun!
Lebih Selesa dan Kurang Gangguan Bunyi

Selain peningkatan kuasa, jurutera Kia juga telah menambah baik casis Sportage facelift dengan memasang penyerap hentakan dua hala pada gandar depan untuk meningkatkan keselesaan dan mengurangkan gangguan bunyi. Tahap NVH (bunyi, getaran, kekasaran) juga telah diperbaiki dengan penggunaan bahan penebat bunyi tambahan pada badan kenderaan.
Harga dan Jangkaan Pasaran Antarabangsa

Di Korea, harga untuk Kia Sportage facelift 2025 bermula daripada KRW 28.36 juta (~RM89,227) hingga KRW 48.70 juta (~RM153,222), bergantung kepada varian. Penghantaran dijangka bermula awal tahun depan, dan dijangka akan memasuki pasaran antarabangsa dalam tahun 2025.
Pelancaran di Malaysia

Bagi pasaran tempatan, pengimport rasmi Kia, Dinamikjaya Motors (Bermaz Auto), dijangka melancarkan model pra-facelift Kia Sportage yang akan dipasang secara tempatan (CKD) di kilang Inokom, Kulim pada tahun ini. Oleh itu, kemungkinan besar versi facelift baharu ini tidak tiba di Malaysia dalam masa yang terdekat.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kia Seltos Generasi Terbaru – Lebih Besar, Agresif, 2 Versi ICE
Kia telah mendedahkan rekaan SUV crossover subkompaknya dalam versi generasi terbaru, Kia Seltos. Model ini tampil dengan reka bentuk yang jauh lebih berani, diinspirasikan daripada model SUV Kia lain yang terbaru.
12-12-2025
Kia Vision Meta Turismo Didedahkan, Adakah Ia Pengganti Stinger GT?
Kia memperkenalkan konsep GT empat pintu terbaharunya yang dikenali sebagai Vision Meta Turismo.
09-12-2025
Ini Dia Kereta Konsep Kia, Mungkin Pengganti Kepada Model Stinger?
Gambar teaser itu menguatkan lagi spekulasi bahawa kereta yang ditunjukkan itu akan menjadi pengganti kepada model Kia Stinger.
05-12-2025
Kia PV5 Bakal Saingi VW ID.Buzz?
Lebih banyak butiran akan didedahkan sempena Hari EV pada 27 Februari ini.
24-02-2025
Rekaan Kia EV4 Didedahkan – Sedan Elegan & Hatchback Sporty
Selepas beberapa imej acah dikongsikan minggu lalu, Kia akhirnya mendedahkan imej rasmi pertama model elektrik kompak terbarunya, Kia EV4.
17-02-2025
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!
Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.
03-02-2025
Teaser Kia K8 Facelift Didedahkan – Tampil Elegan Dengan Sentuhan Rekaan EV9
Kia, baru-baru ini telah mengeluarkan teaser pertama untuk Kia K8 facelift yang akan datang.
01-08-2024
Belum Daftar SKDS 2.0? Ini Kata Menteri
Jika mereka tergolong dalam mana-mana kategori yang terdiri daripada SKDS 2.0, mereka haruslah mendaftarkan diri untuk mendapatkan subsidi.
25-06-2024
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge