Porsche Macan Elektrik, Ada 4 Varian, Harga Bermula Serendah RM430,000

Setelah dipertonton dan dibuka untuk tempahan, Porsche Malaysia (Sime Darby Auto Performance – SDAP) akhirnya melancarkan secara rasminya, SUV Porsche Macan elektrik di ibu negara, hari ini.
Ia yang dibangunkan berdasarkan platform Premium Platform Electric (PPE) yang mampu menampung 800 volt didatangkan dalam empat varian.

Antaranya ialah:
Macan Base
Macan 4
Macan 4S
Macan Turbo.
Keempat-empat varian ini adalah versi import sepenuhnya (CBU) dari Leipzig, Jerman.
Kesemua varian ini juga dilengkapi bateri berkapasiti 95.0 kWh yang menyokong pengecasan pantas DC sehingga 270 kW.

Apa yang menarik, tempoh pengecasan dari 10% hingga 80% hanya mengambil masa kira-kira 21 minit.
MACAN BASE
Bermula dengan Macan base, ia dilengkapi dengan motor belakang yang memacu roda belakangnya dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 355 hp dan tork 563 Nm. Menerusi mod 'Overbboost', ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 5.7 saat manakala kelajuan maksimum pula ialah 220 km/j. Varian ini didakwa mampu melakukan pergerakan sejauh 641 kilometer (km).
MACAN 4, MACAN d 4S.


Kedua-dua varian ini agak bertenaga kerana menggunakan sistem pacuan semua roda (AWD).
Dengan adanya, motor berkembar, Macan 4 boleh menghasilkan kuasa sebanyak 382 hp dan 650 Nm manakala Macan 4S pula boleh menjana kuasa 442 HP dan 820 Nm .
Dengan 'Overbboost', kuasa Macan 4 boleh melonjak kepada 402 hp manakala Macan 4S pula setakat 510 hp . Ini membolehkan Macan 4 boleh memecut dari 0-100 km/j hanya dalam hanya 5.2 saat dan 4.1 saat (Macan 4S).
Selain Macan 4 boleh bergerak sejauh 613 km manakala Macan 4S sejauh 606km.
MACAN TURBO.
Namun berbeza dengan Macan Turbo dimana varian tertinggi ini yang disumbat dengan motor elektrik berkembar boleh menghasilkan kuasa 576 HP (630 HP dengan 'Overbboost') dan tok 1,130 NM .
Ini menjadikannya ia sebagai varian paling berkuasa dan paling pantas memandangkan ia mampu memecut dari 0-100 km/j dalam 3.3 saat manakala kelajuan maksimum pula 260 km/j.
KABIN
Menjengah bahagian kabin, semua varian didatangkan dengan kluster instrumen digital 12.6 inci , skrin sentuh infotainmen 10.9 inci, paparan kepala (HUD) realiti tambahan (AR), pencahayaan ambien kabin, suite audio Burmester, dan banyak lagi.

Bagi sistem infotainmen , ia mempunyai Android Automotive OS serta menawarkan arahan bantuan suara "Hey Porsche".
Ia juga menawarkan but standard seluas 540 liter namun ruangnya boleh dibesarkan kepada 1,348 liter, jika kerusi belakang direbahkan. Ia juga ditambah dengan ruang simpanan kecil di bahagian depan sebanyak 82 liter.

Menyentuh mengenai harga, Macan base bermula dari RM430,00, Macan 4 bermula dari RM445,000 dan Macan 4S (bermula dari RM525,000).
Sementara itu, Macan Turbo pula RM635,000. Kesemua harga tidak termasuk insurans dan kos pendaftaran kereta.

Namun ia didatangkan dengan waranti 2 tahun dan pakej penyelenggaraan, serta jaminan bateri EV 8 tahun/160,000KM.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT1854
SELANGOR
BSN9734
JOHOR
JYU4127
PULAU PINANG
PSB2566
PERAK
APG4843
PAHANG
CFG1471
KEDAH
KGF1826
NEGERI SEMBILAN
NEJ9761
KOTA KINABALU
SJR2757
KUCHING
QAB5238N
Terakhir Kemas Kini 11 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Macan Capai Pengeluaran 1 Juta Dalam 12 Tahun! – Terpantas Dalam Sejarah Porsche
Kini di usia yang ke-12, Porsche mengumumkan detik bersejarah model ini yang telah mencapai jumlah penghasilan satu juta unit!
17-07-2025
Macan Elektrik Dominasi Jualan Porsche Dalam 6 Bulan Pertama 2025
Jenama kereta sport mewah dari Jerman, Porsche, telah mengumumkan angka jualan bagi separuh pertama tahun 2025. Model terlaris? Macan generasi kedua versi elektrik.
11-07-2025
Porsche Macan EV Dah Tempuh Ujian 3.5 Juta KM! Muncul Tak Lama Lagi?
Porsche turut mendedahkan beberapa maklumat berkenaan spesifikasi model ini. Klik untuk mengetahui selanjutnya.
16-01-2024
Cayenne S E-Hybrid Coupe 2025 Kini Boleh Ditempah Di Malaysia – CKD, Cecah 512 HP, Dari RM728K
Sime Darby Auto Performance (SDAP), wakil rasmi Porsche Malaysia, baru-baru ini melancarkan varian kedua SUV ikonik Porsche Cayenne S E-Hybrid Coupe yang dipasang secara tempatan (CKD).
07-01-2025
Porsche Taycan 2024 Dilancarkan Di Malaysia – 7 Varian, Dari RM575,000
Porsche Malaysia, diwakili oleh Sime Darby Auto Performance (SDAP), telah memperkenalkan Porsche Taycan yang telah dikemaskini bagi tahun 2024.
21-06-2024
Porsche Panamera 2024 Kini Rasmi di Malaysia – Enjin V6 348 HP, Dari RM1.3 Juta
Sime Darby Auto Performance kini telah secara rasminya membawa masuk Porsche Panamera generasi ketiga untuk pasaran Malaysia. Ini spesifikasinya...
03-05-2024
Berita Terkini
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan
Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!
08-04-2026
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.
08-04-2026
MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki
Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.
07-04-2026
DENZA B8: SUV Off-Road Mewah Bakal Menggegarkan Jalan Raya Malaysia
ROI Denza B8 sudah dibuka.
06-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
