ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Edisi Terhad; Aston Martin Valour Cuma Ada 110 Di Seluruh Dunia, M'sia Dapat 2 Unit

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Aston Martin Kuala Lumpur (AMKL) telah membawa masuk dua unit model Istimewa, Aston Martin Valour, untuk pasaran Malaysia. 

Apa yang cukup menarik ialah model ini cuma ada 110 unit di seluruh dunia.

image.png

Dua  Valour yang dibawa Malaysia itu berwarna  Tayos Turquoise dan Buckinghamshire Green. Kedua-dua warna itu dilihat cukup unik.

image.pngimage.png

Aston Martin Valour sebenarnya sudah pun didedahkan secara global pada Julai 2023, 

Valour adalah kereta yang cukup istimewa kerana ia dibangunkan demi menghormati tradisi lama Aston Martin dalam menghasilkan kereta sports  berprestasi tinggi dan terhebat di dunia. 

Valour diakui  kereta yang cukup bertenaga kerana dikuasakan dengan enjin 5.2 liter pengecas turbo berkembar V12 serta dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan.

Maka, tidak hairanlah mengapa ia mampu menghamburkan kuasa setakat  715 PS dan 753 Nm.

Sebagai kereta sport yang sejati,  kotak gear manual enam kelajuan dikatakan banyak membantu dalam melakukan penghantaran kuasa ke roda belakangnya (RWD). 

image.pngimage.png

Untuk merasai  pemanduan analog yang maksimum, Valour juga dilengkapi dengan pembezaan gelinciran mekanikal yang menawarkan sistem kawalan kestabilan kereta.

Menjengah reka bentuknya,  pereka Aston Martin dilihat berjaya menggabungkan bahasa reka bentuk kontemporari jenama itu ke dalam model AM gaya badan GT yang panjang.

Hasilnya, Valour kelihatan seakan-akan sama dengan Aston Martin V8 Vantage GT yang ikonik.

image.pngimage.png

Dari segi kemasan estetik, beberapa elemen reka bentuk yang dipaparkan pada Valour digunakan untuk memaksimumkan prestasinya, termasuk saluran udara pada hud hadapannya yang memanjang, dan terdapat tiga ekzos  yang diperbuat daripada keluli tahan karat ringan yang beratnya 7 kilogram lebih ringan berbanding yang biasa.

Selain itu, ia juga menggunakan tayar ' Michelin Pilot Sport S 5 dengan rim bersaiz  21-inci.

Melihat bahagian kabinnya, ia menawarkan  kemasan  premium dan upholsteri mewah selain hadir dengan susun atur dua tempat duduk.

image.pngimage.png

Pelanggan dikatakan boleh mengubahsuai kenderaan itu  mengikut citarasa sendiri.

Untuk itu, pelanggan boleh memilih tempat duduk gentian karbon ringan Valour, yang merupakan penghormatan kepada pelumba Aston Martin yang memenangi Le Mans pada tahun 1959.

image.pngimage.png

Selain tempat duduk, pelanggan juga boleh memilih spesifikasi unik untuk beberapa bahagian dalaman yang lain, termasuk pemuka hadapan, konsol tengah, tombol gear dan banyak lagi.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT9671

SELANGOR

BSU4180

JOHOR

JF7160J

PULAU PINANG

PSG4372

PERAK

APM2540

PAHANG

CFJ1205

KEDAH

KGJ4714

NEGERI SEMBILAN

NEM2842

KOTA KINABALU

SJU5583

KUCHING

QAB7540P

Terakhir Kemas Kini 15 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Kereta Baru
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Kereta Baru
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.