Proton Umum Pemenang Peraduan, Tak Sia-Sia Beli Kereta Proton

“Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu”. Begitulah pepatah yang sempurna menggambarkan nasib dua pemenang bertuah peraduan Pandu Uji dan Menang Proton!
Siapa sangka dengan pembelian sebuah Proton Saga Premium pada Julai lalu, Mohamed Affandy Zainal Ariffin dari Teluk Intan, Perak membawa kebahagiaan berganda.
Affandy yang dinobatkan sebagai pemenang hadiah utama pertandingan Proton Q3 Test Drive & Win, telah membawa pulang satu lagi kereta Proton Saga Standard.
Bapa kepada seorang anak itu telah membeli keretanya dari Han 333 Otomobil Sdn Bhd di Perak.

Untuk itu, dia merupakan antara 12,992 peserta pertandingan tersebut, yang memberi peluang kepada pelanggan yang menempah dan mendaftar kereta sepanjang tempoh pertandingan untuk memenangi hadiah utama.
Affandy menerima hadiah itu daripada Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah dalam satu acara yang diadakan di ibu pejabat Pusat Kecemerlangan PROTON, pada 5 November lepas.

Selain Affandy, seorang lagi pemenang dari Sarawak Abdul Taib Ahmad turut membawa pulang PROTON S70 baru selepas memenang kempen Test Drive & Win Big untuk bulan Oktober lalu.
Sebelum itu, Abdul Taib juga telah membeli sebuah Proton Persona dari Ngu’s Motor Service Sdn Bhd bagi melayakkan dia menyertai cabutan bertuah bulanan.

Kempen itu adalah susulan daripada Kempen PROTON Vaganza Akhir Tahun adalah usaha berterusan dalam kempen pandu uji Proton dari Oktober hingga Disember 2024.
Orang ramai dijemput melawat pusat jualan Proton dan pandu uji mana-mana model.
Pelanggan akan berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai bernilai sehingga RM2,500 dan jikalau tempahan dan pendaftaran sebuah kereta Proton baru dilakukan pada bulan tersebut, mereka akan memasuki cabutan bertuah bulanan dan berpeluang untuk memenangi sebuah PROTON S70 baru.

Selain itu, pelanggan yang berkongsi posting di media sosial peribadi mengenai pandu uji mereka dan mendapat likes terbanyak pada bulan tersebut akan memenangi hadiah wang tunai tambahan bernilai sehingga RM1,500.
Selain hadiah yang ditawarkan dalam Kempen Ujian Memandu Q4, kempen PROTON Vaganza Tahun Akhir juga menawarkan rebat sehingga RM7,000 untuk model terpilih, termasuk PROTON X50 2024 dan PROTON X70 2025.
Malah, beberapa model boleh dibeli dengan pakej nilai tambahan seperti perkhidmatan percuma selama dua tahun, memberikan penjimatan jangka panjang serta ketenangan fikiran kepada pemilik.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4451
SELANGOR
BSR6550
JOHOR
JA4193J
PULAU PINANG
PSD8530
PERAK
APJ9073
PAHANG
CFH1849
KEDAH
KGH1351
NEGERI SEMBILAN
NEK9496
KOTA KINABALU
SJT1297
KUCHING
QAB2144P
Terakhir Kemas Kini 18 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu
2,203,409 Perjalanan, 41 Tahun: Kenapa Proton Saga Kekal Sebagai Kereta Paling Dekat di Hati Kita?
09-07-2026
Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026
PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.
02-07-2026
Dari Jalan Raya Ke Koleksi Peribadi: Proton Saga & e.MAS 5 Kini Ada Versi Miniatur 1/64!
PROTON kini meneruskan usaha mendekati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat usia melalui kolaborasi terbaharu bersama Sunway Tiny Toys dengan memperkenalkan model miniatur berskala 1/64 bagi Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5.
25-06-2026
Proton Saga Masih Raja, S70 Pula Pecah Rekod! Ini Sebab Kenapa PROTON Semakin Diminati pada 2026
Suku Kedua Bermula Garang! Proton Dominasi Jalan Raya.
07-05-2026
Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman
Proton terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan suku pertama tertinggi dalam tempoh 22 tahun,
03-04-2026
Program Lanjutan Waranti Proton Saga MC3 2026 -Hanya RM1,200
Anda boleh menambahkan waranti ke atas bahagian enjin dan kotak gear pada harga RM1,200.
30-03-2026
Perodua Alza Ada Lawan? Lakaran Proton Saga MPV Mula Viral, Bakal Jadi Kereta 7-Seater Paling Murah Malaysia?"
Lakaran Proton Saga MPV menjadi bualan hangat di media sosial.
09-03-2026
Berita Terkini
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat