Subsidi RON 95: Perlu Ikut Jenis Kenderaan Bukannya Gaji Isi Rumah!

Nampaknya, program penyasaran subsidi RON95 yang akan diperkenalkan kerajaan pertengahan tahun hadapan mengikut garis pendapatan isi rumah, menerima pelbagai kritikan.
Terbaharu, Presiden MCA, Wee Ka Siong mencadangkan supaya pemberian subsidi RON 95 sepatutnya bergantung kepada jenis dan dan nilai kenderaan yang dipandu, dan bukannya pendapatan seseorang.
Sebaliknya, beliau berpendapat pemandu kenderaan seperti Perodua Myvi, Ativa dan Alza sepatutnya lebih berhak menerima subsidi penuh petrol RON 95 daripada kerajaan.

“Bagaimanapun, mereka yang memandu Mercedes-Benz, BMW, Ferrari atau Lamborghini tidak memerlukan langsung subsidi ini.
Beliau berkata demikian menerusi satu video di TikTok, baru-baru ini.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau berkata, bagi golongan yang berada di dalam kumpulan pendapatan M40, tetapi memilih untuk memandu kenderaan mewah juga tidak sepatutnya diberikan sebarang subsidi
“Kerajaan tidak sepatutnya menghukum mereka yang mengamalkan langkah kesederhanaan dalam kehidupan seharian dan tidak berbelanja dengan boros,”tambahanya.
Terdahulu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyifatkan (penyasaran subsidi RON95) bukan berdasarkan asas pendapatan isi rumah, sebaliknya mengambil kira faktor-faktor lain.
“Saya boleh sahkan bahawa ia bukan menggunakan kaedah pendapatan isi rumah semata-mata seperti yang dirujuk kepada B40, M40 dan T15.
“Ia bukan kalau kamu gaji sekian-sekian kamu tak dapat (subsidi). Ia tak boleh potong ‘line’ (ikut pendapatan isi rumah) sahaja, kita kena tengok pemboleh ubah lain dan bukan pukul rata.
“Banyak simulasi dan proses yang kita akan lakukan di antara Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan jabatan-jabatan terbabit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kumpulan pendapatan maha kaya (T15) tidak lagi menikmati subsidi RON95 mulai pertengahan tahun depan.
Susulan kenyataan itu, ramai pihak yang tampil dengan pelbagai cadangan bagi membolehkan kerajaan mempertimbangkan cadangan sebelum melaksanakan penyasaran subsidi RON 95.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8215
SELANGOR
BSU3986
JOHOR
JF6629J
PULAU PINANG
PSG4133
PERAK
APM2293
PAHANG
CFJ1053
KEDAH
KGJ4585
NEGERI SEMBILAN
NEM2740
KOTA KINABALU
SJU5414
KUCHING
QAB7512P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Perodua Ativa AV Pink Edition: Ada 10 Unit Sahaja
Perodua Ativa Kini Hadir Dalam Warna Pink.
14-10-2026
Kontroversi Brek Honda City Varian E: Apa Yang Diberitahu Kepada Pembeli VS Apa yang Mereka Dapat
Honda City E: Brek Drum Tak Salah, Tapi Kenapa Pembeli Rasa Terpedaya?
14-10-2026
GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor
Makin Popular, GWM Tambah 2 Cawangan Baharu di Malaysia.
14-10-2026
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge