- Berita
- Berita Auto
- Hanya 1 Aplikasi, MyBorderPass Diperlukan, Proses Imigresen Johor-Singapura Jadi Lebih Pantas
Hanya 1 Aplikasi, MyBorderPass Diperlukan, Proses Imigresen Johor-Singapura Jadi Lebih Pantas

Sekitar 300,000 pengguna bas dan motosikal Malaysia bakal menikmati proses imigresen yang lebih pantas dengan penggunaan aplikasi MyBorderPass di dua pusat pemeriksaan imigresen Johor-Singapura, lapor The Star.
Perubahan ini berlaku selepas kerajaan memilih satu aplikasi tunggal, menggantikan tiga aplikasi yang diuji sebelum ini iaitu MyBorderPass, MyRentas dan MyTrip.
Satu Aplikasi Di Dua Pusat Pemeriksaan Imigresen

Sebelum ini, iaitu sejak Jun lalu, pengguna motosikal dan penumpang bas perlu menggunakan aplikasi MyTrip di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB). Sementara itu, di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) pula, penumpang bas perlu menggunakan MyRentas, manakala motosikal menggunakan MyBorderPass dengan ciri pengimbasan wajah dan kod QR.
Kini, MyBorderPass diintegrasikan sepenuhnya di lorong bas dan motosikal di BSI, termasuk dua lorong bas dan enam lorong motosikal. Pegawai bertugas disediakan untuk membantu pengguna.
Teknologi Pengimbasan Wajah Memudahkan Proses
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh, menyambut baik inisiatif ini kerana dapat mengurangkan kekeliruan memandangkan pengguna tidak perlu memuat turun banyak aplikasi.
Selain itu, proses juga menjadi lebih lancar kerana teknologi pengimbasan wajah yang digunakan dapat mempercepatkan urusan imigresen.
“Jika terdapat masalah, pengguna masih boleh menggunakan kod QR atau kaunter manual,” katanya.
Rancangan Masa Depan
Kerajaan negeri berharap teknologi kod QR dan pengimbasan wajah dapat diperluaskan ke semua lorong bas dan motosikal di kedua-dua pusat CIQ dengan bantuan dana persekutuan.
Bukti konsep juga sedang dijalankan agar semua maklumat dapat diambil daripada kenderaan seperti kereta dan lori, yang dinaiki ramai penumpang daripada pelbagai negara.
Sumber: The Star
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS9857
SELANGOR
BSU2659
JOHOR
JF3530J
PULAU PINANG
PSG1920
PERAK
APL9589
PAHANG
CFH9422
KEDAH
KGJ3714
NEGERI SEMBILAN
NEM2051
KOTA KINABALU
SJU4442
KUCHING
QAB7190P
Terakhir Kemas Kini 05 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Hukuman Penjara Menanti Mat Rempit Bermula 1 November Ini
Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987: Mat Rempit Berdepan Penjara Mulai 1 November.
05-10-2026
Prestasi Jualan Proton September 2026: Pecah Rekod Dalam 9 Bulan
Jualan Proton 2026 Lepasi Sasaran Lebih Awal, Catat Rekod Tertinggi Sejak 2002.
05-10-2026
PROTON S70 i-GT 1.5 Rasmi Di Sabah, Harga Bermula RM58,800
ROTON S70 i-GT 1.5 Tiba Di Sabah, Catat Sambutan Hangat.
05-10-2026
Tan Chong, SGMW Meterai Kerjasama, Rancang Pasang Bateri Di Malaysia
Kerjasama Tan Chong-SGMW Perkukuh Ekosistem EV Malaysia.
05-10-2026
Maklumkan Kepada Syarikat Insurans Jika Modifikasi Kenderaan
Insurans Kereta Ubah Suai: Adakah Insurans Anda Batal Jika Modifikasi?
05-10-2026
Beli Tayar Continental Di In-Store Marketplace
Continental Tyres Malaysia mengubah landskap pembelian dan penjualan tayar menerusi Konsep Ekosistem InStore Marketplace.
02-10-2026
Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"
Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.
02-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge