ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Kemelut Neta: Mampukah Neta Kembali Bangkit?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sebelum ini, Neta Auto dikatakan berhadapan dengan cabaran besar sehinggakan terpaksa menghentikan pengeluaran dan mengurangkan tenaga pekerja namun keadaan syarikat kini dilaporkan bakal kembali pulih tidak lama lagi.

Buat masa ini, kilang Neta di  Nanning dan Tongxiang terpaksa menghentikan pengeluaran menyebabkan  pemasangan kereta kini hanya tertumpu di Tongxiang

Selain itu, tenaga kerja juga telah dikurangkan daripada 7,932 kepada sekitar hanya 5,000, manakala gaji di jabatan Penyelidikan dan Pembangunan telah dipotong sebanyak 5–30%. Pemotongan gaji dikatakan bergantung pada gred gaji.

image.png

Dari Januari hingga September 2024, Neta menghantar 53,853 unit di dalam negara, mencapai kurang daripada 30 peratus daripada matlamat jualan tahunannya.

Menurut orang dalam industri, Neta menyampaikan sekitar 4,500 unit pada bulan Oktober.

Selain itu, kilang di Nanning dan Yichun juga menghadapi cabaran kerana ada beberapa model yang tidak terjual selain berhadapan dengan isu undang-undang. 

Walaupun operasi kilang di Nanning sudah disambung semula selepas menerima sokongan kewangan daripada Nanning Industrial Investment, namun kedudukan syarikat masih diragui.

Menurut laman berita, CarNewsChina, Pengasas Neta Auto, Fang Yunzhou dilihat cukup yakin bahawa syarikat akan beransur pulih tidak lama lagi.

image.png

Ini kerana pesanan kereta terhadap jenama mereka dilihat semakin meningkat selain menerima respons yang cukup baik pada Pameran Auto Guangzhou yang diadakan baru-baru ini.

Bagaimanapun, Fang menekankan rancangan untuk menyelaraskan operasi, mengoptimumkan senarai gaji dan mencapai aliran tunai positif menjelang tahun depan.

Walaupun rancangan ini didedahkan, sumber dalam industri mengakui Neta masih lemah dalam membuat  keputusan kerana memberi tumpuan pada pasaran khusus .

Biarpun terpaksa bergelut di pasaran asalnya, Neta kini dilaporkan semakin berkembang di peringkat antarabangsa, dengan penubuhan kilang baharu di Thailand dan Indonesia serta kilang di Malaysia.

image.png

Kilang Malaysia itu akan dikendalikan oleh NexV Manufacturing Sdn Bhd (NMSB), usaha sama antara Careplus Group Berhad dan GoAuto Group Sdn Bhd.

Setelah siap, kilang yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan itu dijangka menjadi kilang pengeluaran dan pemasangan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) yang pertama di Malaysia.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4081

SELANGOR

BSU4704

JOHOR

JF9167J

PULAU PINANG

PSG5134

PERAK

APM3341

PAHANG

CFJ1512

KEDAH

KGJ5019

NEGERI SEMBILAN

NEM3179

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

05-08-2025
EV

13-06-2025
Global

14-05-2025
EV

13-05-2025
Global
Global

19-03-2025

Berita Terkini

EV

Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster

Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia

18-10-2026
EV

ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria

ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.

16-10-2026
EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.