Ini Dia Jaguar Type 00, EV Era Baharu!

Jaguar telah mengorak setapak ke hadapan apabila mendedahkan kereta konsep mereka, Jaguar Type 00, baru-baru ini.
Disebut sebagai zero-zero, kereta konsep ini sebenarnya menggunakan model Jaguar terdahulu manakala dua digit kosong itu merujuk kepada nombor model sifar di bawah kereta elektrik baharu Jaguar.


Menjengah luarannya, gril hadapannya jenis tertutup sehingga ke bawah selain tertera perkataan Jaguar manakala lampu depannya pula jenis nipis menyebabkan ia kelihatan unik.
Malah, bahagian belakangnya juga agak menyerlah kerana berbentuk segi empat tepat seperti mana bahagian depan.


Ia turut didatangkan dengan lampu belakang LED jenis nipis, serta dipasang dengan bampar bawah yang sporty sekali gus memberikan bahagian belakang segi empat sama sedikit sentuhan sporty.
Jaguar Type 00 ini juga tidak mempunyai cermin pandang belakang.



Begitupun, kereta konsep ini masih mengekalkan gaya badan fastback dua pintu iaitu sama seperti beberapa model Jaguar yang paling ikonik, terutamanya Jaguar E-Type.
Selain itu Type 00 dilihat membawa beberapa elemen reka bentuk Land Rover, terutamanya bahagian hadapan kerana mempunyai trim fender sisi berwarna emas yang menempatkan kamera pandangan sisi, dan secara keseluruhannya ia kelihatan berkotak.


Melihat bahagian kabinnya, Type 00 didatangkan dengan susun atur dua tempat duduk, dan rekaan dalamannya cukup minimalis.
Apa tidaknya, ia tidak dilengkapi dengan skrin paparan yang kini namun kami yakin versi pengeluaran Type 00 akan disertakan dengan sekurang-kurangnya satu skrin.

Memandangkan ia adalah kereta konsep maka, tidak menghairankanlah mengapa Jaguar masih belum mendedahkan sebarang butiran mengenai trenkuasanya.
Namun apa yang pasti Type 00 dibina berdasarkan platform JEA, yang menjanjikan jarak pemanduan 770 kilometer.
Dikhabarkan, Jaguar bakal melahirkan EV generasi seterusnya berdasarkan konsep Type 00 ini, dimana versi pertama akan menampilkan gaya badan GT empat pintu, dijangka dan akan tiba pada penghujung 2025.
Selain GT elektrik, dua model iaitu SUV dan crossover akan turut didedahkan nanti!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF6081
SELANGOR
BSR5144
JOHOR
J9999J*
PULAU PINANG
PSD6847
PERAK
APJ7414
PAHANG
CFH1307
KEDAH
KGG9647
NEGERI SEMBILAN
NEK8743
KOTA KINABALU
SJS9915
KUCHING
QAB1767P
Terakhir Kemas Kini 11 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
JLR Malaysia Rangkul Anugerah Peruncit Terbaik Asia Pasifik Buat Kali Ke-5
Jaguar Land Rover (JLR) Malaysia terus mengukir sejarah apabila berjaya merangkul anugerah Peruncit Terbaik Asia Pasifik (APAC) untuk kali kelima.
26-11-2024
Jaguar F-PACE 2022 Diperkenal Di Malaysia, Harga RM598.8K, Ini Perinciannya...
Jaguar Land Rover Malaysia telah memperkenalkan Jaguar F-PACE 2022, ini perinciannya...
27-06-2022
Jaguar Naik Taraf I-PACE Dengan Alexa! Ini Cara Ia Berfungsi
Jaguar kini memperkenalkan I-PACE versi elektrik sepenuhnya dengan teknologi baharu.
23-03-2022
Kerjasama Ini Bertujuan Untuk Reka Cipta E-Pace
Jaguar membuat keputusan untuk berkolaborasi dengan Baracuta baru-baru ini.
31-12-2021
Jaguar XF Dalam Filem James Bond Terbaharu!
Jaguar XF telah digunakan dalam sebuah filem Hollywood terkenal, Bond 'No Time To Die'
28-10-2021
Jaguar C-Type Continuation, Bangga Bangkitkan Nostalgia Kemenangannya
Selepas 70 tahun kemenangan pertamanya di perlumbaan Le Mans 24Jam, Jaguar Classic telah menghidupkan edisi terhad menerusi keluaran model ikonik baharunya, C-Type Continuation.
22-10-2021
Jaguar Sambut Baik Kehadiran Kedua-Dua Jentera Ini
Jaguar mendedahkan dua model baharunya baru-baru ini.
11-10-2021
E-Pace Hadir Dengan Teknologi Yang Canggih!
Jaguar nampaknya menayangkan model baharunya dan seluruh rangkaian model ini dilengkapi dengan penyambungan teknologi baharu.
01-07-2021
Berita Terkini
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat